Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label best. Show all posts
Showing posts with label best. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

MEMANG NASIB BAIK...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru je lepas layan Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Kelima. Tema minggu ini adalah Musical Comedy. Saya tengok semua kumpulan berusaha untuk menyampaikan persembahan yang terbaik kepada semua penonton. Tapi, ada juga kumpulan yang terlalu mencuba sehingga asyik menjerit saja. Ada juga kumpulan yang asyik gunakan konsep yang bagi saya dah 'outdated'.

Tapi, saya suka persembahan hampir semua kumpulan. Dan kejutan untuk minggu ini adalah tiada penyingkiran. Kalau tak ada penyingkiran minggu ini, berkemungkinan minggu penyingkiran untuk dua kumpulan. Ini saya teka je. Kita tengok minggu depan macam mana k?

Saya suka persembahan Shiro. Walaupun Shahrul tak tahu menyanyi tapi memang lawak. Saya setuju dengan Awie tentang jangan sentuh isu agama. Memang isu sensitif. Tapi, secara keseluruhannya, memang best.

Persembahan Jozan pun tak mengecewakan. Lagipun, Zizan dah memang pandai menyanyi dan menari. Johan pula kreatif. Kumpulan R2 pun sekarang ini semakin menyerlah tetapi betul kata Awie, persembahan minggu lepas (Minggu Ketiga) memang superb, saya suka sangat, minggu ini agak kurang menyengat sikit. Tapi overall, masih best.

Saywho pun memberikan persembahan yang sangat baik. Saywho sekarang dah pandai dan memahami cara nak tackle penonton di Malaysia. Persembahan yang bersahaja dan suka part lagu Kelantan tu, lawak sungguh. Best.

Jambu seperti biasalah, suka buat lawak spontan tapi cuma malam ini, persembahan dorang 'pick up' agak lambat sikit. Masa pertengahan baru saya rasa nak gelak. Tapi, masih best. Saya suka.

Kumpulan-kumpulan yang lain tu bukan saya tak suka, tapi saya tak berapa nak gelak sangat. Dan memang dorang sangat bernasib baik sebab tiada penyingkiran pada minggu ini. Semoga minggu depan, dorang akan berikan persembahan yang lebih baik.

Anyway, 'Peace Yo'.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 26, 2012

"UPDATED LAH BLOG BRO..."



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sangat busy hari ini sebab ada banyak kerja kena buat. Lagipun, hari ini saya terpaksa ke TMPoint Teluk Intan untuk hantar borang penukaran alamat dan pindahkan talian telefon serta streamyx ke rumah baru saya. Memang tak sempat nak updated blog.

Balik je dari Teluk Intan, saya terus buka blog dan check bahagian komen yang saya nak approvekan. Terjumpa satu komen ini suruh saya updated blog. Terkejut juga saya. Sebab tak sangka ada juga orang yang baca blog saya dan lagi-lagi minta saya update blog saya ini.

Kepada FAIZMIN, terima kasih sangat-sangat sudi baca blog saya yang cikai ini dan juga paling saya berterima kasih kepada awak kerana ingatkan saya supaya updated blog saya.

p/s : Tak sangka saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 14, 2011

"PERKARA HARAM DIBUAT MEMANG BEST"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hisap rokok korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah hisap rokok, memanglah tak best. Tapi, yang pada mulanya nak try konon, terus ketagih. Pada dorang hisap rokok tu best. Padahal, asap masuk dalam paru-paru dan rosakkan diri je. Memang best kan?

Minum arak korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah minum arak, memanglah tak best. Tapi, yang dah mula jinak-jinak minum arak ni kemudian ketagih. Bagi dorang memang syok minum arak ni. Dunia macam dorang yang punya. Berada di awang-awangan. Padahal, arak ni merosakkan diri je. Memang best kan?

Suntik dadah dalam badang korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah suntik dadah dalam badan, memang la tak best. Tapi bagi yang dah tersuntik ni, dorang ketagih dan dorang rasa best sebab khayal serta hilang masalah. Bila tak dapat je, menggigil satu badan sebab tak tahan ketagih. Pastu, meragut dan aktiviti tak bermoral yang sewaktu dengannya. Lastly, dapat penyakit. Memang best kan?

Tak tutup aurat korang rasa best tak? Bagi yang nak sangat perhatian, londeh semua pun takpe. Asal dapat perhatian. Lagi ramai orang tengok, lagi dia rasa syok. Pastu, bila dah berbadan dua, jantan tulah salah. I tak salah pun. Memang best kan?

Cinta sejenis korang rasa best tak? Bagi sesetengah orang ni cinta sejenis memang best. Tak payah nak beranak pinak. Tak payah nak risau mengandung. Boleh "projek" tanpa kerisauan je. Memang best kan?

Ada banyak lagi tapi saya rasa korang boleh sambungkan. Sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah itu akan menjadi best bila takde rasa takut seksaan Allah. Bila ada perasaan takut tu, kita takkan berani buat.

Betul tak?

p/s : Kalau dah pernah buat, kita boleh mohon keampunan daripada Allah. Sementara masih sempat ni. Tak tentu lagi kita akan hidup esok.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, August 31, 2011

"MAI... SALAM MAK UDA KALAU NAK DUIT RAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini saya jalan-jalan rumah sebelah a.k.a. rumah emak dan bapa saudara saya. Disebabkan dari pagi tak makan nasi, saya makan soto dengan sup ayam tambah 3 kali.

Mak Tam : Sedap ye Naser? Tambah 3 kali dah

Saya : Sedap. Dari pagi tak makan nasi Mak Tam.

Saya jawab dengan suara serak saya. Hilang suara tiba-tiba. Memang saya dah sakit tekak sejak sebelum raya lagi. Tapi saya buat donno je. Pagi tadi makin teruk. Masih buat donno je. Hehehe.

Pastu, navigator saya a.k.a. emak saya ajak pergi rumah Mak Lang saya kat Sungai Duri. Saya layan je.

Sampai rumah Mak Lang saya, ternampak laksa. Saya cool dulu. Duduk jap. Pastu, dengan pantasnya saya menceduk laksa dan menjamah dan tambah 2 kali. Hehehe. Kuat makan saya kan?

Pastu masa nak balik, emak saya pun menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan.

"Mai... Salam Mak Uda kalau nak duit raya"

Pantas je budak-budak tu bersalaman dengan emak saya. Saya teringat masa saya kecil dulu. Macam tu la saya dan memang best dapat duit raya. Terkenang plak zaman kecil comel lote saya dulu. Hehehe.

Sesiapa nak bagi saya duit raya, meh. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"BEST KE BLOG NI? MACAM BORING JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam masa tengah update blog tentang "Bila Adik Beradik bertemu...", sepupu saya tengok saya busy menaip dalam Samsung Galaxy S saya. Masa tu tengah riuh rendah dengan hilai tawa adik beradik emak saya a.k.a. Emak-emak saudara dan bapa-bapa saudara saya. Tiba-tiba sepupu saya tanya:

Sepupu: Buat ape tu?

Saya : Tak buat ape pun. Updated blog je.

Sepupu : Owh... Best ke buat blog ni. Macam boring je.

Saya : Eh... Best la. Boleh merepek panjang-panjang.

Sepupu : Tapi saya suka main facebook lagi.

Saya senyum je sambil terus menaip sampai siap. Biasa la tu. Minat ni perlu datang sendiri. Saya pun sama. Suka main facebook dulu. Tapi rasa macam boring sikit. So, bila blogging ni bleh merepek dan merapu. Kadang-kadang boleh luahkan perasaan. Kadang-kadang boleh kongsi ilmu yang kita dapat.

Best atau tidak buat blog ni? Bergantung kepada diri individu tu sendiri. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 11, 2011

BEST KE ENTRY SAYA?

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tajuk tak boleh blah kan? Hahaha... Saya tak boleh tentukan macam mana kriteria entry best setiap orang ada citarasa berbeza. Bagi diri saya, entry yang best bila saya enjoy baca. Kadang-kadang boleh buat saya tergelak. Hahaha... Tapi tak dinafikan entry yang ada informasi pun antara pilihan saya. Penilaian yang terbaik adalah daripada korang yang sudi baca entry kat blog ni.

Kembali pada tajuk kat atas. Entry yang saya menggunakan ayat dan gaya saya sendiri. So, best ke tak best ke, saya puas hati sebab berjaya tulis satu entry.

Macam entry yang sekarang saya tengah tulis ni. Best tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka