Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label rokok. Show all posts
Showing posts with label rokok. Show all posts

Friday, January 4, 2013

BUDAK SEKOLAH AGAMA DAN ROKOK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah hari tadi saya ke salah sebuah masjid di Selangor. Masjid ini berdekatan dengan sebuah sekolah agama. Saya pun berjalan untuk mengambil wuduk, saya ternampak seorang budak lelaki lengkap berpakaian baju melayu putih dan seluar putih serta siap dengan bersampin hijau lagi. Sampin hijau ini sinonim dengan pelajar sekolah agama. Saya secara tak sengaja ternampak di tangannya ada sebatang rokok.

Muka budak tu kelihatan bangga sambil tunjukkan rokok tu kepada kawannya. Bila dia perasan saya tengah tengok, terus dia sorokkan rokok itu. Pelajar itu kelihatan kecil je dan saya yakin dia masih belum matang lagi.

Saya teringat kepada kawan-kawan saya dulu, dorang cakap kepada saya,

"Hang nak matang, hang kena hisap rokok"

Saya masa itu memang kedekut sangat. Saya cuma rasa pada masa itu daripada saya membazir beli rokok, baik saya simpan duit saja. Sebab itu, ramai juga yang tak layan saya sangat sebab dorang fikir saya tak matang tapi dorang dah matang dengan ... hisap rokok.

Sekarang ini dah makin teruk. Sampai budak sekolah rendah pun dah pandai hisap rokok. Duit beli rokok tu dorang dapat daripada siapa? Sudah semestinya daripada parent dorang.

Bagi saya, hisap rokok ini macam bakar duit je. Sebab dorang beli rokok, pastu bakar. Korang setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, December 17, 2012

ASAP ROKOK DAN IBU HAMIL...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi saya bawa isteri saya ke Klinik Kesihatan untuk buat check up dan ambil balik buku merah sebab isteri saya ambil keputusan untuk bersalin di Selangor. Lagipun, ini anak pertama kami, memang kami langsung tak tahu apa nak buat. Di Selangor, ada ibu mertua yang boleh bagi panduan dan beritahu apa yang perlu dibuat.

Saya tinggalkan isteri dan kembali ke pejabat. Setelah dah selesai check up, isteri saya pun telefon saya untuk datang ambil dia. Saya pergi ambil dia di Klinik Kesihatan dan terus bawa dia bersarapan di sebuah kedai berdekatan dengan pejabat saya. Ramai juga pelanggan sebab banyak kedai makan tutup hari ini.

Masa tengah makan, ada sekumpulan orang-orang tua dan muda sedang bersembang serta bersarapan juga. Dari perbualan mereka yang saya dengar, rasanya mereka ini orang Bagan Datoh yang dah lama tak balik Bagan Datoh. Dorang nampaknya tersekima dengan perubahan dan pembangunan yang berlaku di Bagan Datoh.

Tiba-tiba tengah saya dan isteri kusyuk makan, hidung terbau suatu bau yang kurang menyenangkan. Saya terus toleh ke arah bau tersebut dan terlibat salah seorang lelaki melayu tersebut tengah hisap rokok dan asap rokok menghala ke arah saya. Saya pun tegurlah,

"Pakcik, ada ibu mengandung di sebelah saya ini. Minta hisap rokok di tempat lain"

Tapi, pakcik yang berada di depan pakcik yang hisap rokok itu yang menjawab,

"Saya tak hisap rokok pun"

Saya terus jawab,

"Bukan pakcik, pakcik ni"

Sambil jari saya menunding ke arah pakcik yang hisap rokok tu. Terus pakcik yang hisap rokok letak rokoknya di sebelah yang satu lagi.

Isteri saya cakap kepada saya,

"Biarlah, orang tua tu"

Saya jawab balik,

"Ini anak kita. Bukan anak dia"

Isteri balas balik,

"Betul juga"

Saya teruskan,

"Asap rokok ini bahaya. Boleh mudaratkan kesihatan.Nanti anak kita sakit, macam mana?"

Isteri diam. Saya pun terus makan dan malas nak pandang ke arah meja yang penuh dengan orang-orang tua tu.

Mungkin muka saya agak garang masa tu. Itulah kata isteri saya. Saya tak perasan tapi kalau melibatkan kesihatan anak saya, mestilah saya akan rasa nak marah. Kalau nak hisap rokok dan bunuh diri sendiri serta ahli keluarga pun, silalah hisap jauh daripada kami. Kami tak mahu disebabkan dorang, anak kami dan kami yang sengsara.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 15, 2011

"HANG HISAP ROKOK KA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang hisap rokok tak? Saya memang tak pernah hisap rokok. Sentuh nak bagi kat bapa saudara or kawan-kawan pernahlah. Dorang pernah offer kat saya tapi saya tolak.


Actually, tajuk kat atas adalah pertanyaan emak saya suatu ketika dulu. Masa tu, saya pergi ke kilang emak saya kerja untuk ambil dia bawa balik. Masa tu saya naik motor je. Sampai je rumah, emak saya tanya saya:


"Hang hisap rokok ka?"


Terkejut tiba-tiba emak saya tanya macam tu dan terus saya jawab,


"Eh... Mana ada"


"Pastu baju hang bau rokok tu"


Saya terdiam. Bila masa plak saya hisap rokok dan macam mana baju saya bau rokok. Kemudian, baru saya teringat.


"Tadi masa nak balik tadi, emak perasan tak orang ada bakaq sampah?"


"Perasan"


"Masa bawa motor td terlanggar asap bakaq sampah tu. Sebab tu la baju bau asap"


"Ohh..."


Saya memang tak hisap rokok. So, saya memang tak tipu emak saya. Lagipun saya ni kedekut. Dari bazir beli rokok, baik saya beli ayam goreng faveret saya atau belanja Heliza Helmi makan ayam goreng. Kan?


Hehehe.


p/s : On the way drive nak balik Penang ni. Esok pagi nak drive ke UiTM Arau untuk hantar adik.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, October 10, 2011

"NAK BENCI? BENCI JE LA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah bencikan orang tak? Saya pernah dan masih lagi cuba maafkan orang tu. Orang tu adalah Pengkid. Saya memang sangat bencikan Pengkid dan bila saya nampak Pengkid berjalan depan saya, saya akan berhenti dan tenung dia sampai dia hilang dari pandangan saya. Itu tahap kebencian saya pada suatu ketika dulu. Sekarang ni dah kurang sikit. Saya dalam proses untuk maafkan dia dan diri saya sendiri.

Korang pernah dibenci orang tak? Mesti pernah kan? Lagi-lagilah kalau korang tu artis. Memang ramai orang akan benci. Semua yang kita buat, semuanya salah. Takde yang betul pun. Layanan orang yang benci kita memang sinis dan kalau manis pun, ada maknanya la tu. Kan? Hehehe.

Kalau nak benci, bagi saya, benci je la. Saya bukan rugi apa-apa pun. Kalau saya dibenci dan gaji saya dipotong, mahu mengamuk gak saya. Sebab apa plak gaji saya nak dipotong sebab dibenci kan?

Saya pun manusia. Saya pun ada perasaan. Saya pun ada rasa nak benci gak. Mana adil dia je boleh benci. Saya pun nak benci gak. Saya nak belajar benci rokok, arak, dadah, mengumpat dan ... korang tolong sambungkan, boleh tak? Hehehe.

p/s : Belajar itu adalah tugas seumur hidup.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, September 17, 2011

"CANTIKNYA AWEK TAPI..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah makan tadi, ternampak seorang awek yang bagi saya memang cantik. Rambut diikat kat belakang. Kulit pun putih. Muka pun cantik.

Tapi malangnya, dia seorang PEROKOK. Terus hancur pandangan saya tadi. Sedih saya tengok. Saya memang tak pernah hisap rokok. Dan saya nak kekalkan.

Saya harap awek-awek yang cantik kat luar sana, jauhilah rokok sebab takde faedahnya pun. Menghabiskqn duit je.

Wassalam.

p/s : Entry luahan rasa dan nasihat. Terima dengan seadanya ye? Jangan sentap ye? Hehehe.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 16, 2011

ROKOK = MERCUN = BAKAR DUIT


Get addicted gaming to win your share of RM25,000!
What is Limhamn, Factum or Bekväm?

Ever feel like you need a genie to make your wishes come true?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Perasan persamaan antara ROKOK dan MERCUN? 

1. Rokok dan Mercun dibakar kemudian dibuang.

2. Rokok dan Mercun merosakkan orang yang hisap/main (Kes putus jari dan lain-lain).

3. Rokok dan Mercun membuatkan masyarakat sekeliling benci dan menyumpah seranah.

4. Rokok dan Mercun mengganggu ketenteraman awam.

5. Rokok dan Mercun dibeli dengan duit dan dibakar macam bakar duit.

6. Rokok dan Mercun boleh buat orang ketagih.

7. Rokok dan Mercun takde kebaikan langsung selain keburukan je.

8. Rokok dan Mercun boleh menyebabkan kebakaran (sebab dua-dua terbakar).

9. Orang yang hisap rokok ada masalah otak sebab tahu bahaya Rokok dan Mercun, tapi masih hisap/main.

10. Rokok dan Mercun keseronokan sementara saja.

Ini antara yang dapat difikirkan oleh saya. Kalau korang ada nak tambah, boleh kongsi kat ruang komen.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 12, 2011

KEMPEN : "KATAKAN TIDAK KEPADA ... "

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini tiba-tiba terasa nak Kempen plak. Kempen Katakan tidak kepada ... ROKOK. Tiada yang baiknya hisap rokok ni. Penyakit dapat, duit yang habis.

Saya mengaku dengan banglanya eh.. bangganya saya tak pernah hisap rokok. Saya ada kawan-kawan yang pernah pengaruh saya untuk hisap rokok. Korang tahu apa dorang cakap?

"Hang ni budak-budak la tak hisap rokok. Orang hisap rokok ni dah matang"

Masa tu saya sentiasa ingat pesan emak saya supaya jangan hisap rokok. So, saya memang tak nak hampakan harapan emak saya. Lagipun, masa tu saya memang kedekut. Makan pun saya catu. Saya jenis berjimat cermat. Hahaha...  Teruk kan?

Buat apa nak bakar duit dengan hisap rokok yang tak berfaedah tu? Saya ajak rakan-rakan yang hisap rokok tu berhenti. Ada banyak cara nak berhenti. Boleh pergi ke hospital atau klinik kerajaan untuk dapatkan cara secara percuma atau harga yang murah.

Saya juga nak ajak rakan-rakan blogger untuk buat satu entry dalam blog korang untuk menyokong Kempen ni. Kalau sudi, link kan ke blog saya ye? Hahaha... Isi entry korang, ikut pendapat korang.

Korang sudi ke tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka