Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label entry pendapat. Show all posts
Showing posts with label entry pendapat. Show all posts

Monday, February 4, 2013

ENTRY PANJANG BERJELA-JELA... SALAH KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semua orang boleh menulis. Semua mampu menghasilkan tulisan yang menarik. Sebab itulah wujud platform ini supaya bakat menulis kita taklah dipersiakan. Kan? Hehehe. Saya pun biasa-biasa saja. Gaya penulisan saya ini lebih kepada apa yang saya fikirkan dan terus saya taip di blog ini. Tapi sudah semestinya saya akan tapis dulu. Nanti kantoi la pula kan?

Ada sesetengah blogger suka tulis entry yang panjang berjela-jela. Mungkin dorang suka menulis dan tak dapat berhenti menulis bila dah mula. Entry panjang berjela ini saya rasa lebih kepada Entry Informasi yang ingin dikongsikan dengan orang yang datang baca di blog kita. Tak salah menulis sepanjang mungkin entry kita tapi korang cuba jadi orang yang terjah blog korang tu, korang akan baca tak entry tersebut? Lagipun, bila entry tersebut ditulis dengan bahasa yang ringkas dan ejaan tak penuh.

Saya minta maaf sebab saya mungkin akan ke blog lain yang penulisannya taklah panjang sangat. Semasa menulis satu-satu entry, fokus pada point yang kita nak huraikan. Tak perlu kita nak ceritakan tentang perkara-perkara tak berkaitan. Perkara-perkara yang tak berkaitan tu kita boleh cerita dalam entry yang lain.

Apa yang penting, blogger seperti saya ini, saya lebih suka baca entry yang ringkas tapi saya faham apa yang hendak disampaikan. Sekali lagi saya tekankan, tak salah menulis entry panjang berjela-jela. Tapi, saya nak korang tanya diri korang,

"Saya pergi ke blog si sana, entry si sana panjang berjela-jela, saya ada baca tak?"

Bukan nak mencari salah sesiapa. Cuma pendapat saya dari blog picisan saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, December 15, 2012

NAK RAJAGOPAL LETAK JAWATAN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya perasan banyak juga post dalam Facebook yang suruh Rajagopal, Jurulatih Pasukan Harimau Malaya letak jawatan disebabkan kekalahan Pasukan Harimau Malaya kepada Pasukan Gajah Putih. Banyak juga post dalam Facebook yang maki hamun dia.

Inilah manusia, masa dia bawa Pasukan Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, hampir semua orang sanjung dia. Tapi, bila Pasukan Harimau Malaya kalah baru-baru ini, terus kutuk dan maki hamun dia. Dia dah berusaha bersungguh-sungguh, dah bukan rezeki pasukan kita, nak buat apa lagi. Kita boleh cuba lain kali.

Saya bangga sebab sejak dia jadi Jurulatih Pasukan Harimau Malaya kita, rakyat kita dah mula buka mata dengan kebolehan pasukan bola sepak kita. Sebelum ini, tak ramai yang ambil tahu sangat tentang pasukan bola sepak kita termasuklah diri saya. Selepas ledakan kemenangan kita dalam Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, saya terus bersemangat dan mula nampak kebolehan pasukan kita.

Kita tak kalah pun sebenarnya. Setiap perlawanan adalah pengalaman yang paling berharga. Pengalaman ini akan bawa kita terus ke depan hingga ke puncak. Saya nak berterima kasih kepada Rajagopal kerana berusaha melatih pemain bola sepak kita sebaik mungkin. Walau apa pun kritikan dan kutukan orang lain, teruskan apa yang anda buat.

Pada pendapat saya, kalau nak sangat Rajagopal letak jawatan, cadangkan pengganti yang betul-betul layak. Yang boleh berikan keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk melatih pasukan kita. Tak perlu desak dia untuk letak jawatan macam itu saja. Mestilah kita kena ada pengganti yang berkaliber.

Ini cuma pendapat saya, pada saya, Rajagopal dah buat sehabis baik yang dia mampu. Kita patut faham, dia manusia dan manusia bukannya sempurna. Kita patut hargai dan teruskan sokongan kita terhadap pasukan Harimau Malaya kita.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, October 6, 2011

"KLIK TO ENTER MY BLOG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam kegiatan blogwalking yang saya jalankan selama ni, saya ada terjumpa beberapa blog yang sangat kreatif. Sebelum nak masuk blog dorang, akan keluar satu page yang minta korang klik untuk masuk. Lepas tu baru dapat masuk blog dia.

Actually saya pun tertanya-tanya macam mana dorang buat camtu tapi saya malas nak google. Sebab apa? Saya rasa macam agak susah untuk pembaca-pembaca saya. Senang pembaca nak masuk, maka senang hati dorang nak kembali lagi.

Cuma saya ada jumpa satu blog ni, tak nak sebut blog mana, saya rasa macam sangat menyusahkan bila ada page untuk klik bila nak enter ni. Kenapa ye? Sebab, satu, bila nak masuk blog tu, saya kena klik for enter. Bila saya nak komen dan tekan post komen, ia keluar lagi page klik for enter. Saya kena klik lagi. Kemudian ada word verification, saya taip word verification yang dikehendaki dan tekan send. Keluar lagi klik for enter page tu. Saya kena tekan lagi untuk tengok komen saya dah publish atau waiting for moderation. Korang rasa macam menyusahkan tak? Korang sanggup ulang step macam tu kalau ada lagi 10 blog macam tu?

Tolong jangan salah faham ye? Ini bukan entry nak kondem sape-sape. Saya cuma terangkan keseksaan saya dan niat saya nak bantu sesiapa yang terlibat. Itu je.

Bila korang buat blog, korang kena testing dan masuk blog korang tu untuk pastikan blog korang tu "mesra" dan senang diakses.

p/s : Cuma pendapat saya je. Kalau korang ada pendapat lain, bolehlah share.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka