KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, July 4, 2012

JANGAN MENGHARAPKAN BALASAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila kita tolong seseorang yang memerlukan pertolongan, pernahkah kita terfikir nakkan balasan? Ada yang kata tak terfikir langsung dan ada yang kata ada terfikir tapi tolak pemikiran itu serta cuba ikhlaskan hati.

Bila kita mengharapkan satu pertolongan itu dapat balasan, hati kita memang confirm tak dapat diikhlaskan sebab kita mengharap. Bila balasan yang kita harapkan itu tak dapat, mulalah kita rasa tak puas hati dan rasa diri tak dihargai. Semua ini bermula kita berharap untuk dapat balasan di sebalik pertolongan kita.

Pertolongan yang ikhlas tidak mengharapkan balasan. Pertolongan itu kita buat untuk membantu seseorang itu. Bukan sebab nak menunjuk kepada semua orang yang kita ini baik. Oleh itu, untuk ikhlaskan hati, cuba berikan pertolongan tanpa mengharapkan balasan. Kalau tak boleh, tak payah tolong. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. menolong selagi termampu......
    selagi tak mendatangkan kesusahan pada kita.... tak salah....mungkin satu hari nanti kita juga memerlukan pertolongan.....
    jadi keikhlasan paling penting.....

    ReplyDelete
  2. salam;
    mengharap memang menyakitkan andainya tidak kesampaian..oleh itu elok jangan mengharap.

    ReplyDelete
  3. jgn mengharap balasan kerana kelak kiter akan kecewa..

    ReplyDelete
  4. NasZ : biler kita buat baik dgn org,nnti org pun buat baik ngan kita..

    ReplyDelete
  5. btol tu. tolong tu biar la ikhlas. kalau sbb nak kan balasan, baik xyah tolong . hihi

    ReplyDelete
  6. pernah buat. tp bila dah semakin matang, tak buat dah. hehe. ikhlas tuh penting. ^^

    ReplyDelete
  7. Hmmm
    Baik tlg diri sendiri je

    ReplyDelete