Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label terbakar. Show all posts
Showing posts with label terbakar. Show all posts

Friday, December 14, 2012

KALAU SAYA PUN, MESTI SAYA TERKEJUT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya jumpa kartun di atas ini di Facebook. Memang penyokong pasukan Harimau Malaya dah 'panas' dengan pengadil iaitu Lee Ming Yu. Tapi, adegan seperti kartun di atas yang membuatkan penyokong Harimau Malaysia terus 'terbakar'. Kalau saya pun, sudah pastinya saya akan terkejut. Sebab saya disiku tapi saya kena Kad Merah. Memang satu keputusan yang melampau.

Saya baca status rakan-rakan saya di Facebook, ramai yang memaki dan mengutuk pengadil ini. Entahlah, saya rasa tak perlu kot kutuk-kutuk dan maki-maki dia sebab bukan dia boleh dengar pun dan sudah semestinya bukan ada effect pada dia. Orang yang kutuk dan maki tu dapat dosa percuma.

Anyway, saya nak puji pasukan Harimau Malaya kita, permainan pasukan memang terbaik. Walaupun kalah, tapi sekurang-kurangnya kita tak menang dengan cara "KOTOR".

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 22, 2011

"WARNA APA? WARNA APA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada rakan blogger tanya saya, saya cat umah saya warna apa? Korang boleh sendiri kat dalam gambar atas tu.

Sejak rumah ni dibina, warna cat pertama yang saya cat adalah warna ni lah. Dah dekat lebih lebih 5 tahun tak pernah tukar warna cat. Maintain warna cat ni je.

Masa mula-mula saya cat dengan warna ni dulu, ada kisah lucu. Satu pagi atau petang, saya tak berapa ingat, emak bangun tidur dan keluar bilik. Bila terpandang dinding rumah yang baru dicat tu, tiba-tiba dia menjerit:

"Alamak. Rumah aku terbakar"

Lepas beberapa minit baru dia perasan itu warns cat. Masa emak saya cerita tu, saya gelak je. Saya nampak warna ni biasa je. Macam mana emak saya boleh nampak macam warna terbakar. Hehehe.

Korang nampak warna macam terbakar ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 15, 2011

"BILA CAKAP PERANGAI MACAM KAMPUNG ... MARAH"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dah tempik pun still main mercun lagi. Memang perangai betul-betul "kampung". Tak faham bahasa. Saya cuma tunggu masa je salah seorang tu putus jari ke, tangan ke. Kalau mati, lagi senang sebab saya boleh daftarkan kematian dia. Kerja saya mendaftaran kelahiran dan kematian.

Ini la orang kampung. Bila cakap perangai macam "kampung", marah. Saya pun orang kampung k? Saya tahu camne nak hormati orang lain. Sekurang-kurangnya saya tak ganggu keamanan orang lain pun. Saya tak mengumpat macam makcik-makcik yang banyak masa untuk duduk bersembang dari awal pagi sampai tengah malam mengata orang. Orang itu yang salah. Orang ini yang salah. Sebelum nak mengata tu, tengok anak sendiri dan keluarga sendiri dulu. Tengok-tengok, anak sendiri kena tangkap basah. Pernah berlaku dan saya dengar.

Tapi saya punya stail tak nak ambil port sangat. Saya anggap orang kampung sekarang tak lah berfikiran  "kekampungan" sangat. Tapi, lain plak jadinya sekarang. Tengok je berita kat TV, si polan ni terbakar muka, terputus jari dan terbakar rumah sebab main mercun. Tapi still main gak. Nak kena kat batang hidung sendiri baru nak sedar kot? 

Saya tak kisah kalau main bunga api or mercun di tempat yang takde rumah orang. Kat padang pun boleh main tapi main dekat rumah orang menganggu orang nak berehat. Itulah pemikiran "kampung" sangat. 

Tengah tunggu dorang terkena kat muka or putus jari. Sabar pun dah sampai limit ni. 

Sori. Cuma luahan perasaan bengang. Saya pun asal orang kampung gak. Saya sentiasa sedar kat mana asal saya. Cuma bengang bila orang kampung yang masih berfikiran "kekampungan" lagi. Tak pernah fikir orang lain selain diri sendiri. 

Sesiapa yang terasa, saya minta maaf. Tiada niat untuk melukai hati sesiapapun. Saya sayangkan Heliza Helmi saya.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, August 3, 2011

"WAH...UBI KAYU TERBAKAR"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini rasa sangat la letih nak update entry. Tapi disebabkan ketegaran berblogging yang masih menebal di dalam ini, saya mengupdate juga blog saya dengan entry terbaru saya. Baca, jangan tak baca k?

Korang pernah makan ubi kayu terbakar? Saya suka sangat-sangat. Rumah saya di kawasan kampung. So, belakang rumah saya kira hutan tapi masih tanah milik Tok Wan saya. Belakang rumah Tok Wan dulu ada banyak pokok Koko. So, dulu saya selalu la gak peti buah dan makan isi koko tu. Biji dia saya buang. Hehehe.. Saya makan masa bukan bulan puasa k?

Kat belakang rumah saya, ada Tok Wan tanam ubi kayu. So, bila bapa saudara bakar sampah, Tok Wan saya pun cabut ubi kayu dan campak dalam api tu.

Saya tanya la:

"Tok Wan, awat baling ubi kayu dalam api tu?"

"Nak buat ubi kayu bakar Naser"

"Ye ke? Boleh makan ke?"

Tok Wan senyum je. So, saya dengan excitednya menunggu sampai Tok Wan kuis keluar ubi kayu yang dah terbakar tu.

"Nak makan camne?"

Tok Wan patahkan ubi kayu terbakar tu dan nampak isinya. Hmmm.. Sedap. Hehe.. Mesti korang terliur kan? Saja buat entry mengganggu gugat puasa korang. Hahaha... Tapi, bila teringat balik, memang sedap. Lepas tu, selalu gak saya baling ubi kayu dalam api bakar sampah. Hehehe... So, dapat la saya makan ubi kayu terbakar.

Korang pernah rasa tak ubi kayu terbakar?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka