KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, July 6, 2012

LAYAN BOHSIA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam selepas balik kerja, saya layan sekejap Movie Bohsia 2 : Jalan Kembali sebelum nak sambung kerja Rondaan 1 Malaysia di sebelah malam pula. Movie ini bagi saya agak kurang sikit kalau dibandingkan dengan Bohsia 1 : Jangan Pilih Jalan Hitam dulu.

Lakonan Mus yang dilakonkan oleh Shamsul Yusof agak ok. Kira Mus ini rider yang baik la. Lakonan Keting yang dilakonkan oleh Sofi Jikan kira best juga dengan stail gengster yang kepala "masuk air". Tasya lakonan Nabila Huda pun ok juga.  Movie ini memang ada banyak moral dan pengajarannya.

Tapi, orang kita bukan tengok pengajaran yang hendak disampaikan. Contohnya, budak-budak kalau tengok movie ini bukan tengok jalan ceritanya yang menceritakan tentang keburukan menjadi Bohsia ini. Mereka ini lebih suka meniru tak kira cara percakapan atau pemakaian. Padahal, mesej yang hendak disampaikan baik tapi yang tak baik itu menjadi ikutan dan ditiru.

Anyway, untuk movie ini, saya bagi 3 Bintang saja sebab bagi saya Movie ini kira boleh tahanlah. Korang yang dah tengok movie ini bagi berapa Bintang?

p/s : Mula-mula korang tengok tajuk kat atas, mesti korang fikir lain kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. NasZ : akak bagi 3 bintang jugak..

    ReplyDelete
  2. KY tak berapa sukalah citer macam ni..

    ReplyDelete
  3. lom ag ade kesempatan nak tengok... tp ade dgr komen org lain kate best... tp tak tau lah

    ReplyDelete
  4. jarang2 tgk filem melayu kat pawagam.... last pun tgk ombak rindu jer....
    byk sangat lambakan filem melayu sekrg nie.... tak tahu mana yg terbaik dah.....

    ReplyDelete
  5. betul2.. risau bahasa yg digunakan menjadi trend..

    ReplyDelete
  6. ingatkan ko layan bohsia betul rupenye movie

    ReplyDelete
  7. x suke cite shamsul yusoff, sama aje genre dia, lagi2 x sesuai di tonton sama anak2, nanti depa ikut bahasa2 yg x sesoai dalam felem itu .. sgt x suka dulu cite ape tah yg eron aziz main jadi gengster tu.. abis2 anak2 saya ikut ayat2 x elok dlm cite tu.. veri de x suke tau...

    ReplyDelete