KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, July 5, 2012

MUKA HANCUR DITETAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


"BATU GAJAH: Muka seorang pekerja hotel hancur akibat ditetak bertalu-talu oleh sekumpulan tiga samseng bersenjata parang sebelum mengheret mangsa berusia 20 tahun itu ke dalam kereta dan sejam kemudian, dia ditemui dicampak di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Batu Gajah Perdana, di sini, kelmarin.
Mangsa, R Ganesan, 20, yang ditetak lebih 10 kali di muka dan kepala menggunakan parang oleh kumpulan penjenayah dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap berbahaya di daerah ini, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah (HBG), tengah malam kelmarin.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sasikumar, 20-an, berkata kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia dan Ganesan serta dua lagi rakan berbual di depan rumahnya di Menglembu, di sini, apabila tiga lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul dan menyerang mereka.

“Serangan itu menyebabkan dua rakan kami cedera akibat dilibas parang. Saya sempat melihat tiga lelaki itu menetak Ganesan dengan teruk terutama di kepala dan muka menyebabkan rakan saya itu rebah bermandi darah.

“Ganesan tidak mampu berbuat apa-apa atau lari menyelamatkan diri kerana kaki kanannya cedera akibat kemalangan dua minggu lalu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HBG di sini, semalam."
- myMetro


Takkan kena tetak tanpa sebab? Mesti ada sebab dia kena tetak tapi tak diberitahu. Korang rasa apa sebabnya?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. sbb utang la ni..xpon sbb berebut awek..hehe..tkut btul la..mntak jauh la bnde cmni..

    ReplyDelete
  2. hutang.. tu mmg sebab plg kukuh kyra rs.. tak pun ambil awek org.. tak pun mangsa pernah kerek sikit ke.. entah la abg nasz.. mcm2 skrg ni kan..:(

    ReplyDelete
  3. Kalau berkaitan dengan kongsi gelap nie, memang susah sikit nak cakap. Sometimes isu yang pada kita kecil pun pada mereka besaaarrr... Even x attend meeting, boleh di label sebagai derhaka. Hukumannya...nyawa!

    ReplyDelete
  4. mangsa pernah kemalangan 2minggu lepas.. mungkin eksident dengan kawan diorg kot.. balas dandam la gamaknya.. entah la.. orang sekrang ni susah nak cakap. cemburu pun boleh bunuh.. :(

    ReplyDelete
  5. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  6. dahsyat..seram nye la kes2 skrg..:S

    ReplyDelete
  7. kejam nya manusia sekarang... dah takde belas ehsan langsung........

    ReplyDelete