KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, July 2, 2012

EURO 2012 DAH HABIS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ini bukanlah peminat tegar bola sepak. Mungkin saya ini boleh dikategorikan sebagai peminat sambilan dan ikutan bola sepak saja. Hehe. Dan saya memang sedar yang Final Match untuk EURO 2012 adalah antara Sepanyol dengan Itali.

Kemenangan EURO 2012 pun saya tahu, yang dimenangi oleh Pasukan Sepanyol. Ucapan tahniah saya ucapkan. Mesti peminat Sepanyol  melompat setinggi langit biru kegembiraan. Hehehe. Macam biasa, saya cuma follow perkembangan bola sepak ini dari jauh je. Tak sokong pasukan mana pun.

Sekurang-kurangnya bila orang tanya, saya tahu pasukan mana yang menang kan? Taklah malu sangat. Hehehe. Mesti ada peminat fanatik yang sanggup bersengkang mata untuk layan perlawanan Final EURO 2012. Dengar cerita, Perdana Menteri kita pun turun di ICT Shah Alam untuk menonton perlawanan Final EURO 2012. Saya pun tak tahu sebab masa korang atau dorang tengah layan perlawanan Final antara Sepanyol dengan Itali tu, saya tengah lena diulit mimpi.

So, soalan cepu emas, korang layan ke perlawanan final antara Sepanyol dengan Itali atau korang pun macam saya, lena diulit mimpi? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. yer..same mcm kamu lena diulit mimpi-mimpian...kuikuikui

    ReplyDelete
  2. NasZ : tak tengok pun tapi bertaruh ngan husband..amik kesempatan nak hadiah kalau pasukan pilihan menang..hihi

    ReplyDelete
  3. spain pasukan pilihan aku. tp aku takleh nak jerit bila goal sbb anak kecik tido. hehehe

    ReplyDelete
  4. sama la.tak layan Euro. :)

    ReplyDelete
  5. tak sangka ramalan remy tepat.... cuma keputusan double.... remy teka 2:0...rupa2nya 4:0.....

    ReplyDelete