KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, December 17, 2012

SCAN SEKALI LAGI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi petang, isteri saya ada temujanji dengan doktor untuk sesi Scan Kandungan. Kira hari ini, pagi dan petang lah saya ke Klinik Kesihatan. Sebenarnya, saya terlupa. Saya balik sekejap ke rumah untuk Solat Zohor, isteri saya beritahu saya, baru saya ingat. Saya solat dulu dan kemudian saya bawalah isteri saya ke Klinik Kesihatan.

Sebelah petang ini, saya tunggu sebab saya rasa sekejap je kalau doktor nak scan. Tapi, saya cuma duduk di ruang menunggu saja. Doktor nak check kedudukan bayi dan keadaan fizikal dia saja. Kalau di klinik swasta saya boleh masuk tapi klinik kerajaan ini rasa susah sikit nak masuk.

Anyway, saya pun tunggu di ruang menunggu saja la. Tak lama kemudian, isteri saya pun keluar, Muka dia nampak berseri-seri jugalah. Mungkin sebab doktor ini dah boleh buat scan. Sebelum ini, isteri saya minta tolong scan tapi dia tanpa segan silunya mengaku dia memang tak reti nak guna mesin scan tersebut. Rasa nak tergelak juga masa tu sebab kelulusan dia memang tinggi. Mungkin dia dah ambil kursus khas untuk belajar gunakan mesin scan ini. Baguslah sebab telah ambil inisiatif untuk belajar.

Dalam kereta, isteri saya cerita yang doktor tunjukkan kaki dan tangan bayi kami. Kepala dia dan semualah. Doktor tu usaha untuk tengok jantina bayi kami tapi tak berjaya. Baby malu kot sebab asyik kepit je kakinya. Lagipun, baby tak gerak pun sebab tidur. Tapi, doktor cakap berkemungkinan lelaki tapi tak pasti. Jantina tak dapat disahkan sebetul-betulnya. So, untuk tahu jantina bayi, kenalah tunggu sampai bayi keluar. Hehehe.

Doktor tak dapat cetak keluar apa yang discan tadi. Mungkin sebab bayi dah besar dan mampat. Kalau cetak keluar pun, tak nampak sangat.|So, takpelah, tunggu tak sampai sebulan lagi pun, In Shaa Allah, selamat lahir bayi kami.

Korang doakan ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

No comments:

Post a Comment