Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, April 21, 2011

PEREBUTAN ... PART 2


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Hari terasa nak buat sambungan Kisah Perebutan yang lepas.  Huhu... Kepada kawan-kawan blogger yang belum baca PART 1 lagi, boleh la baca klik Perebutan ... Part 1.

**********************************************************************************

Mak Malang tersenyum puas.  Berjaya melempang Tuah dengan tangannya yang besar.   Tiba-tiba ....

  "Booommmm!"

Bunyi letupan hikmat keramat di belakang rumah.  Mak Malang terkejut.

Scene : Belakang rumah ...

  "Tuah, pertarungan hang dengan aku belum lagi habis", jerkah Jebat dengan garangnya.  Tuah termanggu-manggu.  Menahan pipinya yang sakit dilempang Mak Malang.

  "Hang ni...isk2...", Tuah mengeluh.  Secara tiba-tiba Jebat terpelanting mencium dinding batu bata rumah mereka.

  "Hikmat 7 Gaya Penampaq Ikang ... Gaya 1 ... Penampaq ikan Keli kesedihan!" jerit Tuah sambil menghayun-ayunkan tangannya ke udara.  Jebat yang tidak sempat mengelak mencium dinding batu bata rumah mereka.  Tuah tersenyum geli gelian.  Bangga dan takbur kejap.

Jebat bangun sambil mengurut-urut mulutnya.  Dah la dinding batu bata ni baru dicat dengan cat minyak warna coklat.  Habis muka dan baju Jebat berwarna coklat.  Jebat tension.

  "Hang main tipu.  Mana aci!" Jebat jerit marah kemanjaan.

  "Aci kat India la.  Geli aku hang jerit manja-manja tu", balas Tuah sambil tergerak-gerak badannya kegelian.

  Argh...aku dah marah.  Hikmat 7 Gaya Gigitan Haiwan Darat ... Gaya 1 ... Gigitan Siput Sedut!" pantas Jebat menyerang.  Tuah yang masih kegelian bergerak sepantas arnab sambil mengelak gigitan Jebat.

  "Hahaha...tak kena pun", Tuah menjelirkan lidahnya.  Jebat makin panas.

Mak Malang muncul.  Mak Malang pakar dalam meneleportkan dirinya.  Tuah dan Jebat belum belajar lagi hikmat tu.

  "Tak habis lagi ke? ... Nak lagi ke?", soal Mak Malang dengan pandangan sinis.  Tuah dan Jebat tunduk membisu.

  "Awat senyap? Meh la ambik karipap ni?", cabar Mak Malang.  Mata Tuah dan Jebat terpaku pada karipap yang Mak Malang pegang di tangan kirinya.  Semangat waja mereka makin meluap-luap.  Tak sabar untuk merampas karipap itu.

Tuah dan Jebat mula membuka langkah.  Mengaktikfkan Hikmat Terulung masing-masing.

  "Lambat la hangpa ni.  Ngap...ngap..." Mak Malang tanpa disedari sedang menjamah karipap yang diidam-idamkan oleh Tuah dan Jebat itu dalam dua gigitan je.  Mak Malang tersenyum sinis dan terus meneleportkan dirinya pergi.

Tuah dan Jebat tertunduk kekalahan.  Semangat waja mereka hancur berkecai.  Tak mampu untuk hidup lagi.  Rasa seperti nak lari sejauh yang mungkin tapi kaki tak terdaya.

Mak Malang meneleport kembali.

  "Dah kalah tu tak tau nak pi mandi ka?" soal Mak Malang sambil memandang tajam.  Tuah dan Jebat bangun perlahan-lahan menuju ke bilik mandi.  Dengan hati yang duka.

Harapan mereka musnah hancur berkecai ...

********************************************************************************

Kisah ni belum ending lagi.  Tunggu untuk Part 3 plak ye?

Kalau korang tak suka or nak komen apa-apa, drop kat ruangan komen kat bawah ye?

Komen yang membina korang amat saya hargai.


p/s : cerita di atas cuma rekaan semata-mata dan tidak melibatkan sesiapa yang telah hidup mahupun mati.


LINK BERKAITAN:




-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. hahahahh~~hang tuah n hang jebat versi baru.hak4..kelakar..mane dpt idea?msti time mkn karipap..

    ReplyDelete
  2. nik nurhidayah: lebih kurang..haha...

    ReplyDelete
  3. haha.. :D Cite ni berjaya buatkan saya senyum.. thanx :)

    ReplyDelete
  4. munirah : baguslah..huhu..ur welcome..

    ReplyDelete
  5. wakakaaa . jahatlah mak malang tuh ..

    ReplyDelete