Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label basikal. Show all posts
Showing posts with label basikal. Show all posts

Friday, July 6, 2012

BERLAKU DEPAN MATA SAYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kejadian yang nak saya ceritakan ini berlaku di depan mata saya. Kejadian memang dah lama sangat tapi kadang-kadang saya teringat bila tengok budak-budak bawa basikal di tepi jalan besar selepas habis sekolah. Kadang-kadang tu saya tak berani nak potong budak-budak yang tengah bawa basikal itu.

Kejadian ini berlaku semasa saya belajar di sekolah menengah. Masa itu, cuti sekolah rasanya dan saya baru balik dari Parit Buntar dengan menunggang motorsikal Kriss Hitam saya. Masa itu, saya saja yang ada lesen dan emak saya belikan saya motorsikal Kriss warna hitam. Kalau nak pergi mana-mana, motorsikal itu je yang akan bawa.

Masa melalui satu jalan besar berdekatan dengan simpang taman perumahan, saya ternampak seorang budak tengah bawa basikal. Sorang-sorang je tapi masa itu saya nampak budak itu bawa basikal stabil je. Tak terhuyung hayang pun. Kemudian, saya ternampak sebuah kereta tengah memecut laju dari belakang basikal budak itu tapi mungkin pemandu itu nampak budak itu bawa basikal kat bahagian tepi, dia pun ambil keputusan untuk potong budak itu.

Tiba-tiba budak itu melencongkan basikal dia ke dalam jalan raya, dan saya tengok kereta itu tak sempat brek dan terus hentam budak itu dengan basikal dia sekali. Masa itu, saya memang tengah bawa motor tapi saya bawa slow sebab malas nak pecut. Basikal budak itu terus terpelanting ke tengah jalan dan budak itu pun tertiarap di atas jalan raya. Tak bergerak. Kereta yang langgar dia pun berhenti.

Saya masa itu memang pertama kali tengok kejadian sebegitu. Saya terus jalan je sebab masa itu pun badan saya dah menggigil. Sebab apa? Sebab saya pun ada pengalaman yang sama. Dihentam kereta dari belakang. Selepas itu, saya ceritakan kepada emak saya dan sampai sekarang, saya kadang-kadang akan terbayang bagaimana budak itu terpelanting dari basikal dia selepas dilanggar oleh kereta tersebut dari belakang.

Saya harap adik-adik yang balik sekolah bawa basikal atau motorsikal, bawa elok-elok. Jangan terhuyung-hayang atau tiba-tiba terlencong basikal atau motorsikal itu ke dalam jalan raya. Malang tak berbau.

Saya sebenarnya tak tahu apa yang terjadi kat budak itu. Korang ada pengalaman sebegini tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, March 21, 2012

"KECIK-KECIK DAH PANDAI WILLY, BESAR NANTI..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Petang semalam saya balik kerja, saya singgah ke Pekan Bagan Datoh sekejap sebab fikir nak beli something untuk dimakan malam nanti. So, settle hantar kunci ke Balai Polis Bagan Datoh, terus saya drive ke Pekan Bagan Datoh. Masa nak sampai ke kedai runcit yang selalu saya beli barang tu, saya ternampak 3,4 orang budak-budak tengah kayuh basikal di tengah-tengah jalan. Saya pun follow je belakang dorang.

Disebabkan kawasan depan kedai runcit tu penuh, saya ingat nak buat pusingan U di belakang kedai dan cari tempat untuk parking lain. Tiba-tiba salah seorang budak yang kayuh basikal tadi 'willy' basikal dia. Terkejut gak saya. Untuk pengetahuan korang, 'Willy' tu adalah perbuatan mengangkat tayar depan ke atas dan bergerak ke depan dengan satu tayar saja iaitu tayar belakang.

Saya pun cepat-cepat potong dorang sebab kalau tiba-tiba budak tu jatuh, sudah semestinya saya akan langgar dia sebab tak sempat nak break. Pastu, terus saya balik rumah sebab dah hilang mood nak pergi kedai runcit dah.

Kalau sekarang budak-budak tu dah mampu dan berani 'Willy' dengan basikal, dah besar nanti macam mana ye?

p/s : Biasanya budak-budak ni terpengaruh dengan aksi-aksi di dalam movie. Dorang suka meniru dan nak sangat mencuba.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka