KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, June 29, 2012

"LAMBATNYA..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya ke bank. Giliran saya selepas 12 orang tapi saya tak kisah sangat. Sambil menunggu tu, saya pun main game Angry Bird. Taklah mengantuk sangat. Tak berapa lama selepas itu, saya ternampak seorang perempuan dengan adik lelaki dia masuk dari pintu depan. Saya just tengok dan teruskan main game Angry Bird sayalah. Kemudian, dia duduk di kerusi berdekatan dengan saya.

Beberapa minit kemudian, terdengar dia mengeluh,

"Lambatnya. Nak kemaskini buku akaun pun susah"

Saya buat tak tahu saja. Saya pun beratur juga. Nasib baik ada sistem nombor giliran. Bayangkan dulu kalau nak buat apa-apa urusan di bank kena berdiri beratur panjang. Sekarang ini kan dah ada sistem nombor giliran. Ambil nombor, duduk tunggu dipanggil ke kaunter saja.

Tiba-tiba si perempuan ini cakap kat adik lelaki dia,

"Adik, pergi tekan nombor kat situ"

"Kenapa kak?"

"Kakak tak ambil nombor giliran lagi"

Saya terus gelak dalam hati. Memang la takkan dapat kemaskini buku akaun kalau nombor giliran pun tak ambil. Saya macam biasa terus main game Angry Bird saya je la.

Lepas itu, nombor giliran saya dipanggil dan saya selesaikan urusan saya di kaunter. Selepas itu, dari sisi-sipi mata saya tengok dia baru nak bangun ambil nombor giliran. Mungkin sebab dia dah terlepas cakap pasal lambat sangat dan saya terdengar, dia malu nak ambil nombor giliran kot? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. mcm mana boleh lupa amik no. giliran..ksian dia.

    ReplyDelete
  2. ckp siang pandang2.......
    bukan kena beratur pun....
    duduk bersantai sampai no giliran dipanggil.....
    byk benda boleh dibuat..... baca buku, layan fb kat phone.....mcm2 lah !

    ReplyDelete
  3. kesian kat dia..sampai berjanggut la tunggu tu kalau x sedar x amik no giliran

    ReplyDelete
  4. hahaha :DD
    sy penah gak mcm ni !
    mase mule2 gi bank dulu . malu sesangat >,<

    ReplyDelete
  5. ahhaahhaha knp awk x bgun je tlg g amek no bg kt pompuan tu hahaha. cian dye tau.

    ReplyDelete
  6. mmg la bencinta klu menunggu gliran kt bank tuh....huhu..

    ReplyDelete
  7. "angry bird saya"? laen mcm bunyinye tu naz.haha

    ReplyDelete