Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

KUDAPAN TENGAH MALAM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Inilah kudapan saya di tengah malam masa tinggal di asrama sekolah menengah di Penang Free School suatu ketika dulu. Saya dan kawan-kawan akan beli setakat perlu untuk disimpan di dalam locker kami.

Bila tiba tengah malam, masa tengah ulangkaji pelajaran, mesti kami akan rasa lapar. Oleh itu, inilah kudapan tengah malam kami. Nak keluar dari asrama dah tak boleh sebab pagar dah berkunci. Tapi, bila dah jadi senior, bila rasa lapar, terus curi keluar dan makan kat luar. Ada masa saya terkantoi. Hehehe.

Tapi, dulu harga satu bungkus roti ini baru 50 sen. Selepas saya perasan dah naik ke 60 sen dan sekarang harganya dah 70 sen sebungkus. Tak mustahil masa depan harga roti ini akan naik sehingga RM1.00 atau RM2.00 sebungkus. Makin mahal nampaknya. Cuma saiz rotinya masih sama dan mungkin juga makin kecil.

Anyway, bila terpandang roti ini, terkenang saya zaman nakal saya di sekolah menengah dulu dengan kawan-kawan. Korang pula bila terpandang roti ini, ada terkenangkan apa-apa tak? Ce share sikit. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 29, 2012

BLOG PERSONAL SUSAH NAK NAIK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada sesetengah orang yang dikatakan 'Expert' dalam dunia blogging mengatakan blog yang bergenrekan Personal ataupun dalam bahasa Melayunya Peribadi susah nak naik. Mungkin betul juga katanya. Memang agak susah sebab blogger yang menceritakan tentang kisah peribadi dan apa yang berlaku di sekeliling dorang bukan artis yang famous.

Antara artis famous yang ada blog ada Najwa Latif tapi saya tengok tak berupdate. Mungkin dia busy dengan show. Korang tengok follower dan jumlah dalam blog dia? Banyak kan?

Tapi, kita ada juga blogger yang bukan artis tapi buat blog personal dan naik sehingga dah jadi popular macam artis dah. Antara yang saya kenal adalah Ben Ashaari dan Yuyu Zulaika. Memang susah sikit nak naik tapi kalau korang tak promosi blog korang sendiri, memang takkan naik langsung. Even artis pun ada yang promote blog dorang. Cuma dorang ada sikit kelebihan dengan dapat liputan di media cetak dan media elektronik.

Apa yang penting, ada juga blogger yang suka baca blog personal dan kadang-kadang melalui blog personal seseorang itu kita belajar sesuatu yang baru. Kebanyakkan blog personal menceritakan tentang pengalaman dorang tentang apa yang berlaku kepada dorang dan apa yang berlaku di sekeliling dorang.

Pengalaman adalah pengajaran yang paling perit. So, tak rugi kita belajar dari pengalaman orang lain sebab yang rasa perit tu orang lain dan kita tak rasa apa-apa. Hehehe. Yang penting kita berjaya belajar sesuatu walaupun sekelumit kuman sekalipun.

So, korang jangan putus asa berblogging. Teruskan berblogging. Teruskan memeriahkan dunia blog ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 11, 2012

DAH ALANG-ALANG SAMPAI ARAU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Pagi semalam saya, isteri saya dan emak saya ke Arau, Perlis untuk hantar barang adik saya. Adik saya sekarang ini dah masuk semester dua Sains Sukan di UiTM Arau, Perlis. Dah alang-alang sampai Arau, Perlis, saya plan nak dorang pergi Thailand terus. Buat Border Pass dan ronda-ronda area sempadan Thailand jadilah. Lagipun kami memang tak pernah berjalan ke luar negara.


Saya pun parking kat tempat parking kereta di sempadan Padang Besar dan Malaysia. Masa itu langsung tak ada kereta dan saya yang memang tak pernah buat Border Pass memang tak tahu apa-apa.


"Tunggu dalam kereta. Pergi tanya macam mana cara nak buat Border Pass jap"


Saya pun berjalan ke kaunter dan terserempak dengan 2 staf imegresen.


"Assalamualaikum encik. Tumpang tanya. Kat mana nak buat Border Pass ye?"


"Hai ini tutup adik. Kalau nak buat juga, kena pergi Bukit Kayu Hitam"


"Alamak. Ye ke? Jauhnya. Takpelah. Terima kasih encik"


"Sama-sama"


Hari minggu pejabat imegresen untuk buat Border Pass tutup pula. Memang saya tak ada masalah nak pergi Bukit Kayu Hitam tapi adik lelaki saya nanti kena hantar ke rumah sewa dia dekat area UiTM Arau tu.


So, shopping je la kat Padang Besar Perlis je la. Banyak gak kami borong. Hehehe. Saya ada beli barang untuk plan buat Giveaway Simple nanti. Insya Allah.


Korang yang dah habis mesti busy nak balik tempat belajar masing-masing kan? Hehehe.


p/s : Walaupun dah habis belajar tapi pelajaran hidup tetap sentiasa ada yang perlu dipelajari.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, April 17, 2012

LECTURER TUNGGU STUDENT?!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Betul ke tajuk kat atas tu? Ya, betul. Saya pernah tengok sendiri. Student sekarang tak macam zaman saya dulu. Zaman saya belajar dulu, kalau masuk lambat, mulalah menggelabah tak tentu pasal. Pastu, risau sangat-sangat sebab nanti lecturer akan marah sebab masuk lambat. Kadang-kadang lecturer suruh duduk kat luar sampai kelas dia habis. Seriau tau?

Tapi saya tengok student sekarang ni jenis sambil lewa je. Rileks je masuk kelas lambat. Lecturer nak sound lebih-lebih pun tak boleh dah sekarang. Nanti dorang report kat mak dan ayah dorang. Sepatutnya sebagai student, kenalah datang awal daripada lecturer. Kalau betul-betul nak ilmu, mestilah bersungguh-sungguh untuk dapatkan.

Pengalaman belajar di universiti awam ataupun swasta ni bukan sentiasa kita rasa. Lepas kita graduation, baru kita rindu balik. Rindu nak belajar dalam kelas. Rindu nak jumpa kawan-kawan dalam kelas. Tapi, masa tu kita dah kerja dan ada kehidupan sendiri. So, jangan sia-siakan peluang yang ada untuk sedut ilmu daripada lecturer korang. Kalau tak faham, tanya terus, tak rugi pun, korang gak yang untung.

Teringat masa saya studi kat UiTM Seri Iskandar dedulu, saya ni rajin tolong lecturer angkat buku naik ke bilik lecturer. Nak ambil berkat gak. Tapi ramai gak kata saya ni jenis bodek lecturer tapi sebenarnya tak pun. Saya lebih mesra dengan lecturer, so, mudah saya nak bertanya kalau tak faham apa-apa.

Tapi, student sekarang ni ambil mudah je ilmu yang disampaikan oleh lecturer. Rugi tau? Saya bukan nak burukkan student sebab saya pun pernah jadi student dulu. Tapi, nak ingatkan bahawa kita ni STUDENT, so apa tugas STUDENT? Belajar dan diajar oleh LECTURER. Kalau Lecturer kena tunggu student, pastu student datang lambat, siapa yang rugi?

p/s : Cuma luahan pendapat spontan saya je? Jangan santau saya k?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, September 26, 2011

"COURSE NI SUSAH NAK DAPAT KERJA LA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dapat idea nak tulis entry ni lepas baca Entry INI daripada Tea. Teringat masa mula-mula saya dapat course Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat. Hampir semua sepupu saya cakap:

"Course ni susah nak dapat kerja la"

"Kawan kakak pun ambil course ni. Menganggur sampai sekarang"

"Course ni dulu course Diploma Kesetiausahaan. Untuk perempuan je"

"Buang masa je ambil course ni. Nanti grad, susah cari kerja gak"

Macam-macam dorang cakap tentang course yang masa tu bakal saya terjah. Tapi, saya dah tetapkan matlamat saya, course ni saya ambil sebagai batu loncatan untuk yang lebih tinggi. Maksud saya, kalau saya ambil course bombastic de bomb pun kalau fail pun tak guna gak kan? Tak boleh nak sambung Degree. Sekurang-kurangnya kalau saya lulus course ni, saya dah ada diploma dan ada peluang nak apply for degree kan?

So, saya pun belajar course ni. Semester 1 ada kawan-kawan yang cakap ini:

"Ini bukan course yang aku minta. Aku nak Mass Comm"

"Rasa malu la belajar course ni. Course ni untuk perempuan je"

Saya layan je. Memang tak dinafikan memang banyak perempuan yang dapat course ini. Tapi setelah beberapa lama, rasa best plak belajar course ni sebab ia lebih kepada pembelajaran menjadi seorang ketua dan pentadbir.

Semester last saya praktikal di KWSP Seberang Jaya, Pulau Pinang dan semua yang saya belajar diapply kat sana. Masa tu gak saya apply untuk jawatan kosong dan sebelum saya graduation, saya ditawarkan oleh 4 jawatan swasta. Bayangkan belum lagi graduation, saya dah dapat tawaran kerja.

Terfikir saya, bukan masalah course yang buatkan kita tak dapat kerja, ia adalah masalah diri kita sendiri. Sama ada kita memilih kerja ataupun terlalu nak bekerja yang berkaitan dengan course kita ataupun kurang usaha nak mencari. Sepupu saya yang bercakap-cakap mengenai course saya ni terus diam tanpa kedengaran apa-apa bunyi. Mungkin inilah rezeki saya dan saya bersyukur sebab saya tak ikut cakap-cakap sepupu saya tu. Kalau tak, boleh ke saya berada di tempat saya sekarang? Hanya Allah saja yang tahu.

Itu pilihan saya dan Alhamdulillah. Korang nak belajar, apa saja course yang korang dapat, yang penting adalah usaha untuk capai markah tertinggi. Dan pada masa yang sama, korang kena adaptkan diri dengan alam pekerjaan supaya korang tak terkena culture shock.

p/s : Kenangan masa di UiTM Seri Iskandar Perak memang tak dapat saya lupakan. Rindu masa tu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka