Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label mcdonald. Show all posts
Showing posts with label mcdonald. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

SALAH KE KITA BOIKOT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Di Facebook, banyak kawan-kawan post status yang menyokong untuk Boikot barangan Israel. Saya perasan ada juga yang berpendapat,

"Buat apa boikot? Bukan ada apa-apa effect pun"

Mungkin betul cakap orang tersebut TAPI saya rasa saya tetap nak boikot juga.

"Sebab apa? Bukan ada effect apa-apa pun"

Ada effect atau tidak, itu bukan alasannya. Sekurang-kurangnya saya buat sesuatu untuk menunjukkan saya tak setuju serangan terhadap Gaza. Walaupun sekecil mana pun, saya rasa saya patut buat. In shaa Allah, terkurang satu peluru untuk membunuh saudara Islam saya di Gaza.

Saya mengaku saya memang suka makan di McDonald. Memang sedap makanan di McDonald. Tapi, saya rasa tak mati kot kalau tak dapat makan satu ketul ayam goreng dorang. Lebih baik saya beli ayam goreng di pasar malam atau makan ayam goreng yang wife saya masak, lagi sedap dan murah. Boleh jimat sikit kan?

Nak boikot atau tidak, itu tindakan korang masing-masing. Saya akan boikot yang mana saya mampu saja. Walaupun sesikit manapun boikotan saya, saya tetap akan boikot.

Cuba korang bayangkan semua umat Islam di seluruh Negara Islam bersatu menyerang Israel?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 18, 2012

ISU HALAL SUBWAY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kepada Yayahnasake kerana memberi komen bertanyakan tentang isu halal Subway dalam entry INI. Semasa kat restoran Subway itu, saya cuba juga cari logo Halal daripada JAKIM tapi tak nampak dan saya ingat dipamerkan di luar restoran. Di luar restoran pun tak ada.

Disebabkan ini kali pertama saya makan Subway dan dengan nervousnya masa nak buat pilihan menu makanan, saya tak perasan ketiadaan logo Halal daripada pihak JAKIM. Wife saya pun google dalam internet dan terbaca isu-isu berkaitan sijil Halal dari blog-blog dan berita.

Saya pun terus Google ke www.halal.gov.my dan klik di tab "Pengguna" serta pergi ke link "Direktori Halal Malaysia". Kemudian, saya terus klik ke link "Teruskan Carian" dan taip "Subway" dalam kotak "Maklumat Carian". Cuma Subway di area Pulau Pinang saja yang dapat kelulusan sijil Halal daripada JAKIM. Subway menyatakan dalam laman Facebook Subway Malaysia yang cawangan Subway lain dalam proses untuk dapatkan Sijil Halal JAKIM.

Memang ramai juga orang Melayu makan masa saya makan di Subway semalam. Sebab saya pun tak was-was nak try makan sebab saya fikir Subway ini sama seperti McDonald dan KFC.

Tapi, kalau korang was-was juga, tak perlu makan Subway. Makan je kat McDonald dan KFC. Yang penting, korang yakin.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, April 23, 2012

"MINTA MAAF ENCIK, AYAM GORENG TERHAD"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru lepas makan ayam goreng kat McD. McD mana? Tak perlulah saya nyatakan di sini. Nanti jadi isu hangat plak. Hehehe.


Masa order makanan di kaunter:


Staf McD : Selamat datang, encik. Makan sini atau bawa balik?


Saya : Makan sini. Saya nak 2 set Ayam goreng Spicy. Nak yang isi ye?


Staf McD : Maaf encik. Ayam goreng kita terhad. Yang mana ada je kita boleh bagi.


Saya : (Terkejut) Owh.. Ye ke? Oklah.


Reda je la. Teringat kes KFC yang pelanggan mengamuk sebab ayam goreng habis dulu. Adakah kes yang akan berulang di McD ini? Hehehe.


p/s : Nasib baik wife saya tak mengamuk. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, April 16, 2012

DUGAAN STUDI DI MCDONALD...

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sekarang berada di McDonald Centre Point Klang. Macam biasa, menikmati ayam goreng McDonald yang pedas. Ternampak seorang budak sekolah perempuan duduk berdekatan saya dan isteri sambil membuka sebidang buku. Denagan tekun dia membaca tanpa mempedulikan orang lain.

Teringat masa dan kawan saya bernama Abdul Razak, masa tu saya masih bersekolah di Penang Free School. Pada suatu petang yang damai dan menyelerakan, kawan saya Si Razak ni bagi cadangan.

Razak : Naser, jom kita studi kat McD?

Saya : Hang biaq betoi.

Razak : Betoi la.

Saya : Ok gak.

Kami pun dengan semangatnya memegang dan membawa buku yang kami akan gunakan untuk studi. Sampai je kat McDonald tu, kami terus naik ke tingkat atas dan duduk di satu penjuru. Tanpa membuang masa lagi, terus kami buka buku dan mula menelaah.

3 minit kemudian...

Razak : Lapar la.

Saya : ye la. aku pun.

Razak : Kita makan dulu nak?

Saya : Jom.

Kami pun turun bawah dan pergi kaunter untuk order makan serta naik ke atas semula dengan makanan masing-masing. 15 minit lepas makan, kami tak buka buku lagi tapi terus sembang. Sembang dan terus sembang. Masa berlalu macam tu je. Sampailah Razak tertengok jam dia.

Razak : wei.. Dah pukul 4 lebih. Jap lagi nak main basketball. Jom la balik.

Saya : la... Belum studi apa pun ni.

Razak : Tak boleh studi la. Banyak sangat dugaan ni.

Saya : Ye la. Tak dapat fokus studi ni. Jom la balik.

Kami pun berjalan balik. Hehehe. Korang rasa korang boleh tahan dugaan bila studi kat McD tak? Atau korang pun akan jadi macam kami. Hehehe.

p/s : Teringat kawan saya Si Razak ni. Dia duduk Kota Kinabalu Sabah tapi studi kat Semenanjung di bawah pembiayaan Yayasan Sabah. Dah lama tak jumpa dia. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, February 18, 2012

"KEADAAN TERKAWAL DI MCDONALD GOPENG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya baru lepas lunch ayam goreng di McDonald berdekatan dengan Medan Gopeng. Alhamdulillah. Nampaknya keadaan terkawal di sini dan didapati bekalan ayam goreng mencukupi.


Tiada pelanggan mengamuk kerana kehabisan ayam goreng dilaporkan di sini. Dimaklumkan adalah selamat untuk makan ayam goreng di sini buat masa ini.


Sekian dimaklumkan.


p/s : Sedap plak ayam goreng McD ni.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, December 17, 2011

"BEEF PROSPERITY BURGER"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru lepas menjamah Beef Prosperity Burger di McDonald Jusco Bukit Tinggi Klang Selangor. Pedas giler black pepper dia. Syok habis.


Nafsu makan kuat sangat sampai terlupa nk snap picture. Xpelah. Snap gambar kertas iklan dalam talam pun boleh la ek? Hehehe.


p/s : Tunggu Chicken Prosperity Burger plak. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka