Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label penang free school. Show all posts
Showing posts with label penang free school. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

KUDAPAN TENGAH MALAM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Inilah kudapan saya di tengah malam masa tinggal di asrama sekolah menengah di Penang Free School suatu ketika dulu. Saya dan kawan-kawan akan beli setakat perlu untuk disimpan di dalam locker kami.

Bila tiba tengah malam, masa tengah ulangkaji pelajaran, mesti kami akan rasa lapar. Oleh itu, inilah kudapan tengah malam kami. Nak keluar dari asrama dah tak boleh sebab pagar dah berkunci. Tapi, bila dah jadi senior, bila rasa lapar, terus curi keluar dan makan kat luar. Ada masa saya terkantoi. Hehehe.

Tapi, dulu harga satu bungkus roti ini baru 50 sen. Selepas saya perasan dah naik ke 60 sen dan sekarang harganya dah 70 sen sebungkus. Tak mustahil masa depan harga roti ini akan naik sehingga RM1.00 atau RM2.00 sebungkus. Makin mahal nampaknya. Cuma saiz rotinya masih sama dan mungkin juga makin kecil.

Anyway, bila terpandang roti ini, terkenang saya zaman nakal saya di sekolah menengah dulu dengan kawan-kawan. Korang pula bila terpandang roti ini, ada terkenangkan apa-apa tak? Ce share sikit. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, December 15, 2012

TERLALU 'EDUCATED'...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya terjumpa Screen Shot di bawah Facebook rakan sekerja saya dulu masa saya bekerja di Melaka.


Saya padamkan gambar dan nama orang tersebut sebab tak mahu mengaibkan dia. Tak baik. Bagi saya, orang ini terlalu 'educated' sampai boleh terkeluar ayat sebegini. Memang betul kita marah dan melibatkan nyawa kita, tapi kita kena juga fikir sebelum nak post apa-apa di Facebook. Jangankan disebabkan kita post tanpa fikir perasaan kaum, Kita berpecah belah.

Semasa di sekolah Menengah, saya belajar di Penang Free School. Sekolah Inggeris yang ada semua kaum. Memang saya nak bersaing dengan mereka agak susah tapi pada masa itu, saya jadikan mereka sebagai matlamat saya. Walaupun nampak macam mustahil, saya tetap terus cuba capai matlamat untuk berjaya seperti mereka. Pada masa yang sama, saya masih berkawan dengan mereka.

Saya harap kita dapat saling hormat menghormati. Sebelum kita nak hentam kaum atau orang lain, cuba tengok diri kita dulu, diri kita dah betul atau kita pun serabut. Harap sangat perpaduan yang terbentuk sekarang ini kekal selamanya.

Kita kan 1 Malaysia. Hormatlah, In Shaa Allah kita akan dihormati.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, April 15, 2012

TERKENANG SEMULA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Lambat saya update blog hari ni. Memang tak berkesempatan untuk update blog sebab agak busy sikit. Saya balik kampung di Penang dan berkesempatan untuk meronda-ronda dekat sekolah menengah lama saya. Untuk pengetahuan korang, dulu saya study di Penang Free School dari Form 1 (1997) sampai Form Upper 6 (2003). So, memang banyak kenangan suka duka kat sana. Lagipun saya ni duduk di asrama dan agak nakal dalam diam. Hehehe.


Teringat pertama kali jejak kaki di Penang Free School, gementar tak terkira sebab pertama kali duduk jauh dari rumah. Lagipun kena berdikari plak. Pada masa budaya buli memang popular. Saya sebagai student baru masa memang tak terlepas dari dibuli. Kena suruh basuh baju. Kena suruh seterika baju. Kena suruh hantar makanan ke bilik dorang. Macam-macam lagi.


Sampai Form 4 saya kena macam tu tapi sabar je la. Memang dalam hati saya masa tu, saya simpan dendam dengan senior-senior saya tu. Kalau saya jumpa dorang lepas ni, memang saya buat tak kenal je. Memang dendam betul masa tu.


Masa Form 5, saya dah jadi senior. Masa saya tak terasa nak buli orang pun. Sebab saya pernah rasa perasaan dibuli. So, buat apa nak balas dendam kat adik-adik yang baru masuk kan? So, saya lebih kepada rapat kepada junior dengan selalu sembang dengan dorang dan lepak di bilik dorang. Tapi dorang lebih respect saya bila buat macam tu. Tapi, kawan-kawan saya yang lain masih terus buli junior dan saya seorang je tak mampu nak halang dorang. Masa tu kesian gak tengok junior tu kena 'seksa' dengan macam-macam seksaan. Tapi, sabar je la.


Form 6, saya dah jadi Super Senior. Sebab student Form 6 yang duduk asrama pada masa tu cuma 6,7 orang je. Masa tu saya lebih kepada buat hal sendiri je. Tapi masa bersembang dengan junior cuma tak serancak dulu. Memang syok jadi Super Senior ni. Hehehe.


Ada banyak lagi nak saya coretkan. Tapi nantilah bila ada masa lagi, saya sambung lagi. Ada sesiapa pernah duduk asrama? Best tak?


p/s : Saya duduk asrama sejak dari Form 1 sehingga Part 5 UiTM Seri Iskandar. Lama kan? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka