Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Friday, June 29, 2012

DEMAM SELESEMA LA PULA...

Asalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dua tiga hari ini saya agak sibuk berkemas barang untuk dibawa ke rumah baru. Saya berpindah ke Kuarters di atas sebab-sebab paranormal. Hehehe. Saya boleh tahan dengan paranormal yang berlaku di rumah sewa saya cuma isteri saya tak tahan.

Disebabkan banyak sangat habuk dan keadaan rumah sewa saya yang sedia semak mengalahkan tongkang pecah, bermula semalam saya asyik bersin saja. Tak lama lepas itu terasa badan agak panas-panas ketuhar gelombang mikro dan hidung asyik tersumbat. Mata plak asyik berair dan rasa gatal-gatal. Saya ini jarang sakit tapi oleh kerana terlalu kuat penyakit selesema yang datang dari rumah sewa, senang pula saya kena. Hehehe.

Barang yang nak diangkut masih ada lagi kat rumah sewa. Hari ini saya akan cuba selesaikan dan esok balik ke Klang untuk berjumpa kekasih hati jantung intan payung saya - Sudah semestinya isteri saya. Hehehe.

"Tak pergi klinik?"

Sekejap lagi saya nak ke klinik kesihatan jap. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, January 13, 2012

"DALAM RUMAH PUN TAK SELAMAT"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Muka surat depan surat khabar Kosmo! hari ni tentang rumah Wardina disamun oleh perompak. Alhamdulillah tak ada kejadian buruk terjadi kepada Wardina sekeluarga. Tapi, saya rasa Wardina akan mengalami trauma disebabkan kes macam ni.


Ini cuma salah satu kes samun yang disiarkan dalam surat khabar. Kita perasan sebab ia melibatkan selebriti terkenal. Cuba yang kena samun tu orang biasa je. Korang rasa korang akan perasan tak? Ya, korang perasan masa baca surat khabar (kalau surat khabar tulis). Lepas beberapa jam, mesti terlupa kan? Sama la dengan saya ni.


Sekarang ni nak berada dalam rumah sendiri pun tak selamat. Sampaikan rumah kita tu kita buat macam penjara. Mana taknya, kita kena pasang jerangkap besi di tingkap dan pintu. Pastu dikunci. Macam kita kunci dalam penjara sendiri. Itupun belum tentu selamat.


Kita tengok rumah orang dulu-dulu. Rumah papan je. Semua dibuat dari papan. Pintu dan tingkap takde pulak jerangkap besi berkunci macam sekarang. Dulu kurang pulak orang nak pecah masuk dan samun rumah orang. Mungkin tak mencabar macam sekarang kot? Andaian je.


Korang rasa kenapa sekarang ni makin banyak kes pecah rumah dan samun berlaku? Cuba kongsi pendapat korang. Tak rugi pun. Kan?


p/s : Kalau rasa tak selamat di rumah sendiri, macam mana hati nak tenang dan tidur nak lena kan?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, August 21, 2011

LETIHNYA HARI INI...TAPI BERBALOI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama tak mengecat rumah. Tahun-tahun sebelum ni saya busy kerja. Jarang nak balik rumah sebab kerja. Kalau balik pun, kena bawa mak pergi beli barang-barang buat kuih raya.

Selesai mengecat seluruh rumah kecuali bilik dan dapur sikit. Sebab cat sudah habis. Actually, dah dekat seminggu emak saya suruh adik lelaki saya cat rumah. Tapi entah la. Banyak plak alasan dia. Saya balik terus saya buat dan dia pum kena buat gak sebab saya suruh.

Akhirnya siap gak. Masa menaip entry ni, tangan, baju dan seluar saya penuh dengan cat. Nak mandi jap la. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, July 30, 2011

"EXCITED"

MENARIK:



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang saya ada di Kem PLKN Syruz. Hari ini hari last pelatih PLKN dan dorang dah boleh balik ke rumah masing-masing. Ada yang nampak excited nak balik. Ada yang sedih. Tapi kebanyakkannya excited la.

Saya datang ambil adik lelaki saya. Pasni, zaman sambung belajar plak bagi dia. Hahaha... Saya pernah masuk Kem Tentera dan baru-baru ni kena Program BTN. Berakit di Sungai Perak. Kat kem tentera, saya dah rasa macam-macam. Nanti la saya cerita.

Nak balik dah ni. Korang mesti tak bangun tidur lagi ni. Isk... Isk...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka