Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

TERLALU 'EDUCATED'...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya terjumpa Screen Shot di bawah Facebook rakan sekerja saya dulu masa saya bekerja di Melaka.


Saya padamkan gambar dan nama orang tersebut sebab tak mahu mengaibkan dia. Tak baik. Bagi saya, orang ini terlalu 'educated' sampai boleh terkeluar ayat sebegini. Memang betul kita marah dan melibatkan nyawa kita, tapi kita kena juga fikir sebelum nak post apa-apa di Facebook. Jangankan disebabkan kita post tanpa fikir perasaan kaum, Kita berpecah belah.

Semasa di sekolah Menengah, saya belajar di Penang Free School. Sekolah Inggeris yang ada semua kaum. Memang saya nak bersaing dengan mereka agak susah tapi pada masa itu, saya jadikan mereka sebagai matlamat saya. Walaupun nampak macam mustahil, saya tetap terus cuba capai matlamat untuk berjaya seperti mereka. Pada masa yang sama, saya masih berkawan dengan mereka.

Saya harap kita dapat saling hormat menghormati. Sebelum kita nak hentam kaum atau orang lain, cuba tengok diri kita dulu, diri kita dah betul atau kita pun serabut. Harap sangat perpaduan yang terbentuk sekarang ini kekal selamanya.

Kita kan 1 Malaysia. Hormatlah, In Shaa Allah kita akan dihormati.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, May 20, 2012

BUSUK HATI YANG MENEBAL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini kisah yang diceritakan oleh seseorang kepada saya. Tak perlu saya beritahu siapa bagi menjamin keselamatan dia. Saya kongsikan di sini bukan nak burukkan sesiapa tapi untuk berkongsi perangai orang sebegini.

Di satu tempat kerja ini, terdapat seorang ini boleh dianggap ketua bahagian. Tapi, perasaan dan hatinya penuh dengan hasad dengki serta tak boleh lihat orang senang. Dia akan usaha untuk mrnyusahkan orang lain dan senyum di tepi semasa orang yang dikenakan susah.

Kadang-kadang ada satu program atau audit yqng telah ditangguh atau dibatalkan tapi dia saja tak beritahu orang yang bertungkus-lumus sediakan laporan untuk dihantar. Dia cuma gelak sinis di tepi sambil melihat dorang yang tengah sibuk. Sehari sebelum nak program atau audit, baru dia beritahu yang program atau audit dibatalkan. Kalau korang berada di tempat orang yang dia kenakan, apa korang rasa?

Ada banyak lagi yang dia dah buat. Kst atas cuma salah satunya saja. Orang sebegini pun ada dunia ini ye? Suka mengenakan orang lain tanpa apa-apa sebab. Macam emak saya cakap, tak dapat balasan sekarang, kat Akhirat nanti pasti dapat. Kita just sabar je.

Korang pernah bertembung dengan orang sebegini tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, November 18, 2011

"BILA BUKA MULUT, ORANG SAKIT HATI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Seharian hari ni saya tak updated blog dengan entry langsung kan? Sebenarnya busy. Busy layan Cerita Charmed Season 7. Hehehe.


Semalam saya drive balik dari Putrajaya ke Penang. Di satu perhentian - Gunung Semanggol, saya berhenti untuk solat dan isi minyak. Terjumpa rakan sekerja yang kerja di cawangan area Penang. Saya pun dengan secara automatiknya dan ramahnya saya tegur la. Ada 3 orang, yang kawan saya 2 tu ok tapi yang sorang ni. Cara dia jawab dengan penuh berlagak tu menyakitkan hati saya. Tapi, saya tetap paksa diri senyum dan layan dorang macam biasa. Pastu, terus saya minta diri.


Saya rasa nak tergelak sebab saya jarang jumpa orang macam ni. Memang dia dan saya sama jawatan. Pejabat dia menang tempat kedua Anugerah Persekitaran Berkualiti dan pejabat saya cuma dapat tempat keempat. Mungkin itu antara sebab dia rasa bangga dan sombong kot? Hahaha.


Itu semua cuma sementara je la. Dunia ni sementara je. Anugerah tu bukan boleh bawa masuk kubur nanti bila kita dah mati kan?


Apa yang saya buat? Saya cakap kat diri saya,


"Sabar je la. Buang masa je sakit hati dengan macam ni"


Korang buat macam mana kalau sakit hati? Serang? Menangis? Hehehe.


p/s : Sekarang ni tiap-tiap petang hujan, saya pun asyik bersin je.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 13, 2011

"TAHAN DIRI..PLEASE..SABAR"


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dorang ni betul-betul mencabar kesabaran saya. Bakar mercun betul-betul depan rumah sewa dan dekat dengan kereta saya. Saya tengah tahan diri ni. Bulan puasa ni kesabaran saya makin menipis.

Apa yang akan berlaku kalau saya takde kesabaran? Tidak dapat tahan diri?

Ini yang akan berlaku:

Saya akan keluar rumah sambil pegang sebatang kayu. Kemudian, saya akan hentak dua belah kaki dan tangan sampai patah. Saya akan pastikan semua yang main akan kena. Pastu saya akan amik mercun tu dan sumbat dalam mulut, hidung dan telinga dorang. Pastu, saya akan bakar mercun tu dan tinggalkan dorang.

Kejam kan? Saya rasa bukan saya sorang je yang fikir macam tu. Disebabkan ada sifat sabarlah dan fikiran rasional lah yang menghalang kita buat camtu. Cuba bayangkan sifat sabar  kita memang tak wujud dan fikiran rasional tidak lagi relevan dalam diri kita. Huru hara dunia ni. Kan?

Cuma luahan rasa. Sedang bersabar dan bersabar.

Dah OK sekarang. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 27, 2011

"SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA"

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!


Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Cuma lambat atau cepat kita sedar je. Kan? Bila sesuatu yang buruk berlaku pada kita, mula-mula kita akan rasa sedih dan frust sangat-sangat. Kita mula rasa hilang keyakinan diri dan rasa nak mati je. Hahaha... Luahan daripada pengalaman sendiri.

Tapi bila masa berlalu, kita tanpa disedari akan pulih daripada perkara itu. Cuma mungkin setiap orang ambil masa yang berbeza je. Lambat atau cepat. Ada yang cepat dan ada yang ambil masa bertahun-tahun. Ada gak yang tak pulih terus.

Tapi kita kena percaya apa yang berlaku pada kita ada hikmahnya. Mungkin nak mengajar kita tentang sesuatu. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita ataupun kita dah ditakdirkan untuk sesuatu lain. Yang penting, kita sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Saya pun ada gak terbabas tentang hal ni. Hehehe... Just pengkongsian dengan rakan-rakan blogger semua. Kalau ada pendapat lain atau nak tambah apa, kongsilah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka