Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label cerita pendek - Perebutan. Show all posts
Showing posts with label cerita pendek - Perebutan. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

CERITA MEREPEK PEREBUTAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah baca cerita merepek bertajuk Perebutan tak? Hehehe. Ada blogger yang baca dan saya ucapkan terima kasih. Tadi saya tengah godek-godek blog saya, terjumpa balik entry berkenaan cerita merepek ini. Rasa nak tergelak dengan karya sendiri.

Korang nak baca? Kat bawah ini link dia :



Korang dah baca? Apa pendapat korang?

p/s : Nervous. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, July 10, 2011

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI JOIN SEGMEN SIMPLE SAYA...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Terima kasih saya nak ucapkan kepada semua yang join Segmen Simple : Ayat Pertama Terfikir Bila ... yang buka tak lama pun. Saja nak isi masa lapang duduk rumah sebab korang tak boleh keluar rumah disebabkan Perhimpunan "BERSIH" yang sangat bersih tu. Yang saya hairan, jalan raya tetap bersepah gak.

Saya nak tanya pendapat korang untuk menambah baik segmen simple saya pada masa akan datang. Pendapat korang amat dihargai. Korang boleh kritik dan sebagainya. Ini untuk menambah baikkan segmen simple yang Insya Allah saya akan buat pada masa akan datang.

Terima kasih juga saya nak ucapkan kepada Nilam Suhana sebab sudi buatkan list blogger yang join segmen simple saya ni. Jom terjah dorang di SINI. Boleh korang berkenal-kenalan sambil merapatkan tali silaturrahim kan?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, April 25, 2011

PEREBUTAN ... PART 4



Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Hari ni nak sambung cerita merepek aku... Part 4.  Bagi korang yang sudi membaca cerita merepek ni, thanx samgat-sangat. Huhu..

Sesiapa yang belum baca lagi, sila-silakan la ye?  Part 1, Part 2 dan Part 3 boleh korang baca kat link bawah saya letakkan.

Dipersembahkan ...

***************************************************************************

Tuah pantas berlari ke satu gerai ke satu gerai yang lain.  Mencari-cari karipap yang diidamkan kekasih hatinya ... Lipo Kiut.  Tetapi harapannya hampa.

Jebat cuba di pasaraya yang berdekatan tetapi sama juga.  Semua karipap telah habis dijual dan dimakan.

  "Awat masa ni plak semua karipap dah habis pulak? isk..." keluh Jebat.  Tuah yang masih tidak putus asa masih mencari dari gerai ke restoran ke kilang karipap ke kilang tepung ke kilang rempah.  Masih tak jumpa.

Jebat pula menyelongkar bekal makanan yang dibawa oleh pekerja kilang tak kira pekerja Melayu, Cina, India, Bangla, Myanmar dan lain-lain.  Tetapi hampa.  Tiada karipap cuma yang Jebat dapat serangan selipar dan kasut bertalu-talu daripada owner bekal makanan tersebut.

Tuah yang telah letih duduk berehat di tepi toilet rumah kak Limah.  Sambil menghidu bau yang kurang menyenangkan itu, Tuah cuba berfikir di mana karipap yang ingin dicarinya.  Bau yang kurang menyenangkan itu bagi Tuah dapat membantunya menajamkan lagi pemikiran dan fokusnya.

Jebat pula terasa nak membuang air besar dan telah meminjam toilet rumah kak Limah untuk melepaskan hajatnya.  Sambil melepaskan hajatnya, Jebat mencari idea bagaimana ingin mencari karipap yang diidamkan buah hatinya ... Lipo Kiut.

Tiba-tiba ...

  "Treeeettt....treeetttt...." bunyi iPhone 5 Tuah.  Tuah terus melihat nama di skrin iPhone 5 nya.

  "Alamak...Mak la" ucap Tuah.  Jebat yang masih melepaskan hajat pun terkejut.  Terkejut sebab tak perasaan Tuah ada kat luar toilet kak Limah.

  "Mesti dok mengendap aku.  Aku tau la aku hensem," fikir Jebat.

Tuah terus menekan punat pick up call.

  "Ye Mak," Tuah mengeluarkan kata-katanya.

  "Hangpa bila nak balik ni? Nak kena penampaq?" jerkah Mak Malang.  Tuah terkedu.  Penampaq Mak Malang memang dasyat.  Kena sekali, tak nak dah lagi.

  "On the way mak," balas Tuah menggeletar.

  "Cepat balik.  Nanti karipap mak buat habis bapak hang makan.  Ni pun dah tinggal sebijik je mak sempat simpan.  Hang boleh kongsi dengan Jebat nanti", ucap Mak Malang pantas dan terus memutuskan talian.  Nak save kredit la tu.

  "Karipap yang aku cari ada kat rumah rupanya.  Kena balik cepat sebelum Jebat", ucap Tuah terus pantas bergerak balik seperti arnab.

Jebat yang terdengar perbualan Tuah dan Mak Malang terus melepaskan hajatnya sekaligus.  Pantas Jebat keluar daripada toilet dan terus berlari pulang.

Lagi 1 km nak tiba ke rumah, Tuah dan Jebat bertembung.  Apabila Tuah ternampak Jebat, Tuah cuba memantaskan dirinya tetapi Jebat memintas.

  "Tuah, karipap itu milik aku.  Hang jangan nak berebut", Jebat memberi amaran.

  "Tak. Aku punya.  Jangan nak berebut plak", balas Tuah.

Perebutan Karipap yang satu pun bermula ...

Mak Malang yang sedang terapung-apung di udara mula turun perlahan-lahan menyentuh lantai rumah.  Matanya dibuka perlahan.

  "Oh..itulah sebab Tuah dan Jebat berebut karipap", bisik Mak Malang dalam hatinya.  Kepalanya diangkat sebab nak tengok kotak bercahaya.  Sepatutnya sekarang dah start cerita Nur Tembam.  Muka Mak Malang terus berubah.

Mak Malang meneleportkan dirinya ke bilik Tuah dan Jebat.  Tuah dan Jebat yang baru lepas memakai baju terkejut.

  "Sebab hangpa la!" marah Mak Malang sambil menampaq pipi Tuah dan Jebat sebanyak 3 kali.  Kemudian Mak Malang meneleport pergi.  Tuah dan Jebat terpinga-pinga.

Di depan kotak bercahaya kelihatan satu perkataan besar yang menyebabkan Mak Malang panas hati.

"TAMAT"

Cerita Nur Tembam dah tamat rupanya.

**********************************************************************

Takat tu je untuk kali ni.  Sambungannya belum tentu lagi.  Huhu...

Harap korang suka.  Kalau rasa tak best, korang bagitahu saya k?

LINK BERKAITAN:





-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, April 22, 2011

PEREBUTAN ... PART 3



Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Saya dah cakap akan ada sambungan Part 3 punya.  Macam mana saya nak olah ye cerita untuk Part 3 ni ye?

Kita saksikanlah …

Oh ya..Sesape yang belum baca Part 1 dan Part 2 lagi, boleh baca kat link bawah sekali entry post ni ye?

********************************************************************************************************

Mak Malang duduk bersila di ruang tamu rumah.  Sambil mengurut-urut kakinya.  Dah lama dia tak meneleportkan diri seperti tadi.  Habis sakit kaki dan tapak kakinya.  Tersilap landing tadi.  Sambil tu, matanya tertumpu pada kotak bercahaya di hadapannya. 

    “Sat lagi cerita Nur Tembam nak start.  Tak sabaq nya nak tengok”, bisik Mak Malang perlahan-lahan.  Pada masa yang sama, Mak Malang tertanya-tanya kenapa Tuah dan Jebat bergaduh besar kerana sebiji karipap.

Mak Malang menutup mata.  Mak Malang mempunyai pelbagai jenis hikmat yang Tuah dan Jebat belum dapat belajar lagi.  Mak Malang terus mengaktifkan tenaga dalamannya dan bersedia untuk melancarkan hikmat terlarang.  Kenapa terlarang?  Sebab hikmat ni menggunakan tenaga yang banyak dan penumpuan sepenuhnya.

  “Aktifkan Hikmat Rewind Time” bisik Mak Malang perlahan.  Secara perlahan-lahan badan Mak Malang terangkat ke udara.

REWIND … REWIND … REWIND …

Tuah dan Jebat sedang berjalan pulang dari sekolah.  Tiba-tiba mereka disapa dari belakang.

  “Tuah! Jebat!”.   Tuah dan Jebat terkejut.  Secara spontannya mereka mengaktifkan hikmat penampar ke pipi lawan tanpa henti-henti.

  “Alamak.  Lipo Kiut la”, jerit Tuah dan Jebat serentak.  Lipo Kiut memandang Tuah dan Jebat sambil memegang pipinya yang bengkak.

  “Awat hang buat kami terkejut? Kan dah terkena penampaq”, ujar Tuah dengan muka tidak bersalah.

Lipo Kiut terus memaling muka dan badannya.  Mukanya yang bengkak diurut-urutnya.

Tuah dan Jebat mula mengelabah.  Lipo Kiut ni kira awek yang paling jambu dan feymes la dalam sekolah mereka.  Tuah dan Jebat dah lama suka kat Lipo Kiut ni.

  “Lipo Kiut. I’m sorry.  Please sorry Tuah”, Tuah cuba menunjukkan kepandaiannya berbicara dalam bahasa Inggeris.

Jebat pun tak nak kalah.

  “Jebat bukan sengaja Lipo Kiut. Sorry Jebat gak ye?”, Jebat membuat muka manja dan suara kemanjaan.

Lipo Kiut berhenti berjalan.  Sambil tidak memalingkan mukanya ke arah Tuah dan Jebat.

  “Sorry? Berani hangpa bagi penampaq kat awek paling jambu kat sekolah ni.  Kalau hangpa nak kawan balik, Lipo Kiut nak karipap berintikan Jem Nenas.  Sekarang!”

Tuah dan Jebat terpinga-pinga.  Kemudian …

  “Tuah pasti akan dapatkan untuk Lipo Kiut”, Tuah pantas bergerak seperti arnab mencari lobak.

  “Tak.  Jebat akan dapatkan untuk Lipo Kiut”, pantas Jebat menghilangkan diri.

Lipo kiut tersenyum sendiri …

**********************************************************************************************************

Saja nak perkenalkan satu-satu watak baru dalam cerita merepek saya ni.  Huhu… Part 4 dalam proses pembikinan dan akan dipostkan tak lama lagi.

Harap korang suka cerita merepek aku ni. Hahaha..

Diharap dapat la tinggalkan sedikit komen untuk post kali ni ye?


p/s : cerita di atas cuma rekaan semata-mata dan tidak melibatkan sesiapa yang telah hidup mahupun mati.


LINK BERKAITAN:


-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, April 21, 2011

PEREBUTAN ... PART 2


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Hari terasa nak buat sambungan Kisah Perebutan yang lepas.  Huhu... Kepada kawan-kawan blogger yang belum baca PART 1 lagi, boleh la baca klik Perebutan ... Part 1.

**********************************************************************************

Mak Malang tersenyum puas.  Berjaya melempang Tuah dengan tangannya yang besar.   Tiba-tiba ....

  "Booommmm!"

Bunyi letupan hikmat keramat di belakang rumah.  Mak Malang terkejut.

Scene : Belakang rumah ...

  "Tuah, pertarungan hang dengan aku belum lagi habis", jerkah Jebat dengan garangnya.  Tuah termanggu-manggu.  Menahan pipinya yang sakit dilempang Mak Malang.

  "Hang ni...isk2...", Tuah mengeluh.  Secara tiba-tiba Jebat terpelanting mencium dinding batu bata rumah mereka.

  "Hikmat 7 Gaya Penampaq Ikang ... Gaya 1 ... Penampaq ikan Keli kesedihan!" jerit Tuah sambil menghayun-ayunkan tangannya ke udara.  Jebat yang tidak sempat mengelak mencium dinding batu bata rumah mereka.  Tuah tersenyum geli gelian.  Bangga dan takbur kejap.

Jebat bangun sambil mengurut-urut mulutnya.  Dah la dinding batu bata ni baru dicat dengan cat minyak warna coklat.  Habis muka dan baju Jebat berwarna coklat.  Jebat tension.

  "Hang main tipu.  Mana aci!" Jebat jerit marah kemanjaan.

  "Aci kat India la.  Geli aku hang jerit manja-manja tu", balas Tuah sambil tergerak-gerak badannya kegelian.

  Argh...aku dah marah.  Hikmat 7 Gaya Gigitan Haiwan Darat ... Gaya 1 ... Gigitan Siput Sedut!" pantas Jebat menyerang.  Tuah yang masih kegelian bergerak sepantas arnab sambil mengelak gigitan Jebat.

  "Hahaha...tak kena pun", Tuah menjelirkan lidahnya.  Jebat makin panas.

Mak Malang muncul.  Mak Malang pakar dalam meneleportkan dirinya.  Tuah dan Jebat belum belajar lagi hikmat tu.

  "Tak habis lagi ke? ... Nak lagi ke?", soal Mak Malang dengan pandangan sinis.  Tuah dan Jebat tunduk membisu.

  "Awat senyap? Meh la ambik karipap ni?", cabar Mak Malang.  Mata Tuah dan Jebat terpaku pada karipap yang Mak Malang pegang di tangan kirinya.  Semangat waja mereka makin meluap-luap.  Tak sabar untuk merampas karipap itu.

Tuah dan Jebat mula membuka langkah.  Mengaktikfkan Hikmat Terulung masing-masing.

  "Lambat la hangpa ni.  Ngap...ngap..." Mak Malang tanpa disedari sedang menjamah karipap yang diidam-idamkan oleh Tuah dan Jebat itu dalam dua gigitan je.  Mak Malang tersenyum sinis dan terus meneleportkan dirinya pergi.

Tuah dan Jebat tertunduk kekalahan.  Semangat waja mereka hancur berkecai.  Tak mampu untuk hidup lagi.  Rasa seperti nak lari sejauh yang mungkin tapi kaki tak terdaya.

Mak Malang meneleport kembali.

  "Dah kalah tu tak tau nak pi mandi ka?" soal Mak Malang sambil memandang tajam.  Tuah dan Jebat bangun perlahan-lahan menuju ke bilik mandi.  Dengan hati yang duka.

Harapan mereka musnah hancur berkecai ...

********************************************************************************

Kisah ni belum ending lagi.  Tunggu untuk Part 3 plak ye?

Kalau korang tak suka or nak komen apa-apa, drop kat ruangan komen kat bawah ye?

Komen yang membina korang amat saya hargai.


p/s : cerita di atas cuma rekaan semata-mata dan tidak melibatkan sesiapa yang telah hidup mahupun mati.


LINK BERKAITAN:




-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, April 19, 2011

PEREBUTAN ... PART 1


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kasih kerana masih sudi melawat blog saya yang tidaklah seberapa cantik sangat tapi tuan punya hensem. Haha.. Hari ni terasa nak buat entry merepek sikit. Nak keluarkan apa yang saya mengelamun sekarang.

Saksikan...

*******************************************************************************

Tuah memandang Jebat.  Jebat memandang Tuah.  Mereka saling memandang.  Saling merenung.

  "Aku nak bunuh hang Tuah!" Jerit Jebat tiba-tiba.  Tuah yang tengah fokus memandang dan merenung Jebat terkejut sambil mengurutkan keningnya.

  "Meh la. Aku tak takut pun", Tuah mengejek Jebat sambil menjelirkan lidah.  Jebat makin panas.  Memang tengah panas.  Jebat berpeluh-peluh.

  "Tuah, sebelum aku nak serang hang, aku nak mintak something la", Jebat mengeluarkan kata-katanya.

  "Hang nak apa?" Tanya Tuah.

  "Wei.. Panas la kat sini. Jom la kita gaduh kat bawah pokok sinun", ujar Jebat sambil menundingkan jarinya ke arah pokok rendang di hujung sinun.

  "Orait. Aku pun panas ni", jawab Tuah pantas melompatkan dirinya ke arah pokok tersebut.  Jebat menurut dengan sepantas arnab.

   "Jom mulakan!" jerit Tuah.  Tuah mula membuka langkah menyerang.  Jebat memandang waspada.

  "Terimalah hik ... adoi!" tiba-tiba Tuah menjerit sakit.  Jebat terpinga-pinga.  Mukanya pucat tak berkaler.

  "Hangpa berebut karipap sebiji sampai nak bunuh-bunuh awat hah? Nak kena penampaq!" jerit Mak Malang, ibu si Tuah dan Jebat.

  Muka Tuah yang merah dilempang oleh emaknya pucat dan merah.  Jebat terus lari masuk ke rumah.  Tuah merasakan dirinya dalam keadaan yang sangat bahaya terus melancarkan hikmatnya ... Hikmat Langkah Seribu ...

Di bawah pokok itu, Mak Malang tersenyum kepuasan...

********************************************************************************

Macam mana?  Best tak cite tadi? Kalau nak lagi, bagitau.  Mungkin ada sambungannya... Hahaha...

p/s : cerita di atas cuma rekaan semata-mata dan tidak melibatkan sesiapa yang telah hidup mahupun mati.


LINK BERKAITAN:



-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka