KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, December 30, 2012

PUTERI KAMI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah. Penantian dah berakhir. Kini penyeri hidup saya dan isteri saya telah berada di dunia. Lepas ini, blog ini banyak cerita mengenai penyeri hidup kami ini.

Pada 28.12.2012 jam 9.25 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, selamat lahir puteri yang akan menyinari hidup kami. Alhamdulillah sehingga hari ini, puteri kami tiada apa-apa masalah.

Nama puteri kami akan saya umumkan bila sijil kelahiran dah keluar. Sekarang ini saya takkan umumkan lagi. So, korang kenalah tunggu. Hehehe.

Anyway, terima kasih di atas doa daripada pihak korang untuk keselamatan isteri dan anak saya. Terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9


Sila Tekan Like Jika Suka


3 comments:

  1. alhamdulillah .. tahniah bro !! comell ... semoga baby membesar dengan sihatnya , dengan penuh kasih sayang serta didikan dunia akhirat dgn selengkapnya.

    ReplyDelete