KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, November 21, 2012

SALAH KE KITA BOIKOT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Di Facebook, banyak kawan-kawan post status yang menyokong untuk Boikot barangan Israel. Saya perasan ada juga yang berpendapat,

"Buat apa boikot? Bukan ada apa-apa effect pun"

Mungkin betul cakap orang tersebut TAPI saya rasa saya tetap nak boikot juga.

"Sebab apa? Bukan ada effect apa-apa pun"

Ada effect atau tidak, itu bukan alasannya. Sekurang-kurangnya saya buat sesuatu untuk menunjukkan saya tak setuju serangan terhadap Gaza. Walaupun sekecil mana pun, saya rasa saya patut buat. In shaa Allah, terkurang satu peluru untuk membunuh saudara Islam saya di Gaza.

Saya mengaku saya memang suka makan di McDonald. Memang sedap makanan di McDonald. Tapi, saya rasa tak mati kot kalau tak dapat makan satu ketul ayam goreng dorang. Lebih baik saya beli ayam goreng di pasar malam atau makan ayam goreng yang wife saya masak, lagi sedap dan murah. Boleh jimat sikit kan?

Nak boikot atau tidak, itu tindakan korang masing-masing. Saya akan boikot yang mana saya mampu saja. Walaupun sesikit manapun boikotan saya, saya tetap akan boikot.

Cuba korang bayangkan semua umat Islam di seluruh Negara Islam bersatu menyerang Israel?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

2 comments:

  1. salam... en. naser nak bgth blog en. naser ni kena block dgn google crome..mgkn ada virus kot...saya pun tak pasti... ni pakai ie je ni...tu je nak bgth...tq...huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam nasz.... akhirnya dapat kembali bersama......
    betul...selagi termampu kita boikot...kita teruskan..... harap2 tindakan itu akan memberi kesan pada mereka......

    ReplyDelete