KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, July 9, 2012

BERANI MATI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi masa tengah drive kereta kenari saya tengah penuh kusyuk, tiba-tiba sebuah motorsikal versi lama tapi bukan antik keluar dari simpang kecil. Saya yang terkejut ini terus secara spontannya mengelak sambil tekan brek.

Saya pun tengok ke sebelah kiri, nak tengok muka orang yang bawa motor itu. Memang tak ada muka bersalah dan buat tak tahu je. Bukan nak angkat tangan minta maaf.

Saya rasa orang ini selalu bawa macam ini dan keluar simpang tanpa berhenti dan tengok kiri atau kanan dulu. Kemudian, orang ini tak pernah kena hentam dengan kereta atau lori yang lalu lalang kat jalan besar itu. Kalau dah kena hentam, baru nak sedar kot? Kalau lepas kena hentam hidup lagi, baguslah. Kalau 'Goal' terus?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. mmg berani btol la..nasib baik selamat.klau tak, huhuhu

    ReplyDelete
  2. mmg geram tgk org camtu,buat selamba je,kita yg nak menggelak tu rasa terkejut mcam nak berhenti jantung,ada juga kena kes camni...

    ReplyDelete
  3. dah terkena baru nak nyesal... selalu camtu lah......

    ReplyDelete
  4. Jika dah kena hentam lori, takdenya dia kat sebelah tu. Hoho.. Makin lama makin tak berdisiplin lak orang kat jalanraya nih. Agaknya nak tunggu nyawa seseorang melayang baru insaf kot. Haih..

    ReplyDelete
  5. selalu je motor2 ni buat camni,
    kne la berhemah di jalan raya kan..
    semoga selamat sampai dgn selamatnya ;)

    ReplyDelete
  6. klu berlaku kemalangan dia sorg yg GOAL tape. klu org lain terbabit sama, kesian lah.

    ReplyDelete