KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, December 17, 2012

ASAP ROKOK DAN IBU HAMIL...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi saya bawa isteri saya ke Klinik Kesihatan untuk buat check up dan ambil balik buku merah sebab isteri saya ambil keputusan untuk bersalin di Selangor. Lagipun, ini anak pertama kami, memang kami langsung tak tahu apa nak buat. Di Selangor, ada ibu mertua yang boleh bagi panduan dan beritahu apa yang perlu dibuat.

Saya tinggalkan isteri dan kembali ke pejabat. Setelah dah selesai check up, isteri saya pun telefon saya untuk datang ambil dia. Saya pergi ambil dia di Klinik Kesihatan dan terus bawa dia bersarapan di sebuah kedai berdekatan dengan pejabat saya. Ramai juga pelanggan sebab banyak kedai makan tutup hari ini.

Masa tengah makan, ada sekumpulan orang-orang tua dan muda sedang bersembang serta bersarapan juga. Dari perbualan mereka yang saya dengar, rasanya mereka ini orang Bagan Datoh yang dah lama tak balik Bagan Datoh. Dorang nampaknya tersekima dengan perubahan dan pembangunan yang berlaku di Bagan Datoh.

Tiba-tiba tengah saya dan isteri kusyuk makan, hidung terbau suatu bau yang kurang menyenangkan. Saya terus toleh ke arah bau tersebut dan terlibat salah seorang lelaki melayu tersebut tengah hisap rokok dan asap rokok menghala ke arah saya. Saya pun tegurlah,

"Pakcik, ada ibu mengandung di sebelah saya ini. Minta hisap rokok di tempat lain"

Tapi, pakcik yang berada di depan pakcik yang hisap rokok itu yang menjawab,

"Saya tak hisap rokok pun"

Saya terus jawab,

"Bukan pakcik, pakcik ni"

Sambil jari saya menunding ke arah pakcik yang hisap rokok tu. Terus pakcik yang hisap rokok letak rokoknya di sebelah yang satu lagi.

Isteri saya cakap kepada saya,

"Biarlah, orang tua tu"

Saya jawab balik,

"Ini anak kita. Bukan anak dia"

Isteri balas balik,

"Betul juga"

Saya teruskan,

"Asap rokok ini bahaya. Boleh mudaratkan kesihatan.Nanti anak kita sakit, macam mana?"

Isteri diam. Saya pun terus makan dan malas nak pandang ke arah meja yang penuh dengan orang-orang tua tu.

Mungkin muka saya agak garang masa tu. Itulah kata isteri saya. Saya tak perasan tapi kalau melibatkan kesihatan anak saya, mestilah saya akan rasa nak marah. Kalau nak hisap rokok dan bunuh diri sendiri serta ahli keluarga pun, silalah hisap jauh daripada kami. Kami tak mahu disebabkan dorang, anak kami dan kami yang sengsara.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. sokong 100% ... kalaulah semua lelaki mcm kamu kan bagus, hehe!

    ReplyDelete