Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, November 14, 2011

"PERKARA HARAM DIBUAT MEMANG BEST"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hisap rokok korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah hisap rokok, memanglah tak best. Tapi, yang pada mulanya nak try konon, terus ketagih. Pada dorang hisap rokok tu best. Padahal, asap masuk dalam paru-paru dan rosakkan diri je. Memang best kan?

Minum arak korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah minum arak, memanglah tak best. Tapi, yang dah mula jinak-jinak minum arak ni kemudian ketagih. Bagi dorang memang syok minum arak ni. Dunia macam dorang yang punya. Berada di awang-awangan. Padahal, arak ni merosakkan diri je. Memang best kan?

Suntik dadah dalam badang korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah suntik dadah dalam badan, memang la tak best. Tapi bagi yang dah tersuntik ni, dorang ketagih dan dorang rasa best sebab khayal serta hilang masalah. Bila tak dapat je, menggigil satu badan sebab tak tahan ketagih. Pastu, meragut dan aktiviti tak bermoral yang sewaktu dengannya. Lastly, dapat penyakit. Memang best kan?

Tak tutup aurat korang rasa best tak? Bagi yang nak sangat perhatian, londeh semua pun takpe. Asal dapat perhatian. Lagi ramai orang tengok, lagi dia rasa syok. Pastu, bila dah berbadan dua, jantan tulah salah. I tak salah pun. Memang best kan?

Cinta sejenis korang rasa best tak? Bagi sesetengah orang ni cinta sejenis memang best. Tak payah nak beranak pinak. Tak payah nak risau mengandung. Boleh "projek" tanpa kerisauan je. Memang best kan?

Ada banyak lagi tapi saya rasa korang boleh sambungkan. Sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah itu akan menjadi best bila takde rasa takut seksaan Allah. Bila ada perasaan takut tu, kita takkan berani buat.

Betul tak?

p/s : Kalau dah pernah buat, kita boleh mohon keampunan daripada Allah. Sementara masih sempat ni. Tak tentu lagi kita akan hidup esok.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

25 comments:

  1. makin dilarang
    makin kepingin nak buat
    emm3
    x taw nak slahkna sapa
    nafsu ke setan
    emm3

    ReplyDelete
  2. good one bro!
    semua benda yang ditegah manusia rasa puas bila dapat buat. rasa macam dunia ni dia yang punya. takde siapa boleh halang. itulah manusia.

    ReplyDelete
  3. dosa mmg senang di buat, tapi balasan mmg sgt pedih.. iman... semoga di kuatkan iman :)

    ReplyDelete
  4. di akhirat kelak.. tahulah si pembuatnya..

    ReplyDelete
  5. tulah...tu yg pelik nye...yg haram tulah yg best dibuatnye..aduyai.. --'

    ReplyDelete
  6. ntah ape yang dibanggakan ntah bila lakukan perkara haram. haishhh!

    ReplyDelete
  7. bile idup tau nk sonok2 je...akhirat dilupakan.

    ReplyDelete
  8. betul. esok belum tentu ada lagi.
    agaknya kalau kira dosa.
    memang nampak berat bahu kiri kowt. :(

    ReplyDelete
  9. xpernah la pulak hamba...macam mna nak ckp best ke x ni..hehhe

    ReplyDelete
  10. betul tu.. benda2 yg haram mmg syok.. tapi tangung sendiri la akibtnya..rokok arak dadah dn mcm2 lgi huhuhu

    ReplyDelete
  11. Best kejap... bila da habis seronok tu, hati gelisah balik.
    nak hiburkan hati, ulang lagi dosa itu, dan begitulh setiap hari... terus berulang shingga dosa itu sebati... dan tiada lgi rasa bersalah dan rasa berdosa.

    ReplyDelete
  12. tuan hamba ditag..hehe

    http://3nogr33ny.blogspot.com/2011/11/hamba-terkena-kali-ke-4.html

    ReplyDelete
  13. sentiasa la menegur sesama kita...kengkdg kita x sedar terjerumus ke lembah tu...sentiasa berhengat yer....

    ReplyDelete
  14. yep.. benda2 yang salah tu la yg slalu kite nk wat.. wlupun dh tau benda tu memg diharamkan

    ReplyDelete
  15. arap2 dijauhkan dr aktiviti spt ini..aminnn

    ReplyDelete
  16. salam,
    membunuh sesama manusia pekara biasa bagi yg ketagih membunuh,bagi yg takut dengan Allah membunuh adalah dosa besar...

    ReplyDelete
  17. Sebab itulah pahala meninggalkan benda yang ditegah itu juga cukup lumayan.

    ReplyDelete
  18. sentiasa berharap Allah akan membalas setiapa perbuatan buruk di atas dunia agar ringan sikit beban di 'sana' nanti

    nice entri...penuh makna :)

    ReplyDelete
  19. ada betulnya....pintu taubat sentiasa terbuka..

    peringatan untuk diri sendiri juga:)

    ReplyDelete
  20. hurm... Allah itu maha mengampuni... dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali.. jadi bertaubat lah padaNya sebelum terlambat...

    kata2 memang mudah untuk lakukan memang payah..

    selagi kita berusaha menjadi yang terbaik, berusaha menghindari segala yang dilarang dan melakukan yang disuruh.. kita akan selalu diberi petunjk olehNya..kan????

    ReplyDelete