KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, November 3, 2011

SANTAI MINDA : "DAH SAMPAI IPOH BELUM?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semua suka pernah naik bas express kan? Kalau korang kena situasi macam kat bawah ni, apa korang rasa?


Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas,

"Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya,

"Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab,

"Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata,

"Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh. Tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar. Si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang,

"Encik-encik dan puan-puan sekalian. Bagaimana ni? PerlukaH kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.

 Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu

Si anak bangun dan berkata,

"Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya. Seluruh penumpang kehairanan.

"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

p/s : Korang rasa camne kalau kena camni? Hehehe. Dulu selalu naik bas express balik Penang sebab dulu belajar kat Perak. Hehehe.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

15 comments:

  1. la kesiannye budak tu :( ana dulu masa study kt usm, pernah kehabisan bas express nak balik ke ipoh, pstu terpaksala naik bas yg nk p KL pstu mintak driver tu turunkan kat RnR tapah..tp spnjg jln mmg x tidola sbb takot kes terlajak cmni la =P



    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete
  2. hahahahaha, buang masa je kan. tak memasal je

    ReplyDelete
  3. dah pernah dgr cerita ni tapi still kelakar..huuhuk

    ReplyDelete
  4. hehehehehe....

    msti driver tu angin 1 badan..

    lawak la.. :D

    ReplyDelete
  5. grrr, slalu naik bus ekspress, lau jadi camni, paksa jugak budak tu turun kat Ipoh.hahaha


    :P

    ReplyDelete
  6. nak kena la budak tu kan..tapi dia budak lg..mak dia la bg info salah..

    ReplyDelete
  7. teman pon dah biasa naik bas express sebab pernah belajar di nibong tebal & arau

    ReplyDelete
  8. cerita ni ayah saya ada cerita masa saya darjah dua dulu,,,ingat lagi :)

    ReplyDelete
  9. pergh, mesti panass je smua. haha :D

    tapi dorang salah gak, sebab lupakan dia.

    ReplyDelete
  10. ya Allah.. tak dapat bayangkan perasaan pemandu bas dgn penumpang yang lain.. dorang da rasa bersalah da.. last2, budak tu nak makan nasi je bila da sampai ipoh.. aduii.. frust2.. hehe

    ReplyDelete
  11. haha..boleh pulak..sia-sia je pegi ipoh balik..

    ReplyDelete
  12. budak2 memang suka tanya dan ingat apa yg dipesan sebab otak budak masih 'fresh' macam anak akak kalau janji ari ni kalau x ditunai akan dituntut sampai naik bengang telinga nak dengar dia ulang dan ulang dan ulang.. oh anaaaakkk...

    ReplyDelete
  13. kikikiki..comel je budak tuh..hihihihi

    alamak,tiba2 rindu kampung ku perak lak..

    ReplyDelete
  14. hahah.. memang terbaik la... adoi... tu la x nak tanya betul2 budak tu nak kemana.. huhuhu

    ReplyDelete