KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, November 6, 2011

IEYZA AFIEYNA 1ST GIVEAWAY

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dijemput untuk join 1st Giveaway yang dianjurkan oleh adik kita yang comel ni - Ieyza Afieyna. Menurut Ieyza Afieyna, GA ni dibuat untuk meraikan blognya yang telah mencapai follower sebanyak 2,000 orang. 

Ieyza Afieyna tak suruh tulis apa-apa lagi tapi saya merapu gak. Muahahaha. Sila teruskan baca sambil tersenyum ye? 

Di sebuah pasar raya yang begitu meriah keheningannya, dua orang budak lelaki sedang berdiri saling menghadap satu sama lain. Nama budak lelaki yang pertama adalah Kantan dan yang kedua adalah Mupin.

Renungan mereka yang begitu mendalam dapat menjadikan ais di atas kuali panas mencair dengan cepatnya. Tiba-tiba,

"Pancaran Matahari" Jerit Kantan sambil menyuluh Torchlight ke muka Mupin.

Mupin mengambil tindakan drastik dengan mengangkat sebuah frame gambar kaca yang berat seribu paun untuk menahan panahan matahari tersebut. Kantan menjadi bengang. Sambil menghentak-hentak kakinya, Kantan terus meluru menyerbu Mupin dengan penuh ketidakwarasan. Mupin dengan relax je melihat Kantan berlari dengan gaya macho untuk menyerbu Mupin.

Mupin dengan gaya perlahan mengelak Kantan dan menolak Kantan terus ke dalam mesin basuh. Kantan terperosok dengan rakusnya dalam mesin basuh tersebut. Mupin  berdiri megah di belakang Kantan.

"Sekarang aku dah menang. Engkau dah kalah. Muahahaha" Mupin bersuara.

Kantan terus keluar dari mesin basuh tersebut dan menjerkah Mupin,

"Aku yang menang la. Aku tak peduli, aku nak menang"

Mupin,

"Aku la"

Kantan,

"Mana ada. Aku la"

Pertengkaran dorang berlarutan selama beberapa jam sehinggalah ...

"Cantiknya patung Barbie ni. Patung Barbie ni saya yang punya" Ucap Big Bro. 

Big Bro ni adalah salah seorang kepala gengster kat Pasar Raya tu. So, Kantan dan Mupin terpaksa akur untuk menyerahkan patung Barbie kepada Big Bro. Tapi, jauh di sudut hati, keinginan untuk memiliki Patung Barbie tetap memuncak dalam hati Kantan dan Mupin. 

Adakah Kantan dan Mupin akan berjaya memiliki Patung Barbie idaman mereka?

Dah lama tak karang cerita merapu macam ni. Sekurang-kurangnya korang yang tengah rasa gundah gulana tersenyum gak kan? Hehehe.

Oklah. Menurut Ieyza Afieyna, GA ni berlangsung selama 2 minggu iaitu :

3 November 2011 hingga 16 November 2011

Kena tag 2 orang. So, saya tag:


p/s : Support geng blogger je. Nak ngorat, tak kenal dan rasanya dia pun tak berminat. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. pewit. hye super duper senior! hehehe :) rajinnye join. btw, gile la kan. 2k eh follower die? gud2. senior pon aper kurangnya kan? 1800 followers dah. tknk wut GA ke? heheh

    ReplyDelete
  2. patung barbie? haha :D
    buat lah selalu cute je cerita XD

    ReplyDelete
  3. salam aidil adha...tq tag saya..ehehe, dan lagi merapu ya...saya pun penuh taat setia baca la sampai habis..hihi

    ReplyDelete
  4. huhuhuh,,,,next,,,cepatlah sambung,,heheh,,addict dgn cerita abg nasz

    ReplyDelete
  5. huhuhuh,,,,next,,,cepatlah sambung,,heheh,,addict dgn cerita abg nasz

    ReplyDelete
  6. wahhhh nasz rajin betol bercerita..hehe.. owhh ieyza si pink kitty buat GA ye?? gud luck nasz!




    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete
  7. kakakaka
    adoi
    cek nas ni
    kalo ada anak nnti ni
    mest bole wat koleksi bed time stories ni
    heehehehe

    ReplyDelete
  8. thanx join GA ieyza ;)

    gud luck ye..^^

    ReplyDelete