KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, November 17, 2011

"SEMALAM PERGI ARAU, HARI NI PERGI PUTRAJAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam saya ke Arau, Perlis untuk hantar adik saya daftar pelajar baru di UiTM Arau, Perlis. Semalam singgah Alor Setar, Kedah sebab emak saya teringin nak pergi Pekan Rabu. Emak saya bagitau dia tak pernah sampai Pekan Rabu. Saya turutkan sebab alang-alang nak lalu, singgah terus. Punyalah seronok emak saya tu saya tengok.


Semalam sampai rumah lebih pukul 10 malam. Tidur dalam pukul 11 malam dan bangun dalam pukul 3 pagi. Naqk bertolak ke Putrajaya plak hari ini. Ada taklimat. So, keluar rumah tadi dalam pukul 3.30 pagi. Solat Subuh kat Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam. Alhamdullilah.


Sekarang rehat sambil tunggu kawan yang on the way ke Restoran Jejantas Sungai Buloh. Boleh saya biarkan enjin saya cool down sikit. Bawah mata pun dah lebam sikit. Hehehe. Taklimat start dalam pukul 9 pagi.

Mesti korang rasa boring kan baca entry ni. Cuma saya nak share tentang salah satu daripada Lima Perkara Sebelum Lima Perkara.


"Lapng Sebelum Sibuk"


Masa kita ada masa, jangan sia-siakan. Belajar elok-elok. Enjoy pun elok-elok. Bila kita busy macam saya sekarang ni, baru kita akan teringat masa kita ada sebelum ni yang kita sia-siakan. Kan?


Cuma pendapat spontan saya yang tengah rasa mengantuk sikit ni. Hehehe.


p/s : Laju gak saya drive tadi. Hari ni pecah rekod 150/kmj. Rekod baru 160/kmj tapi kejap je. Risau enjin blow. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments:

  1. SALAM,
    PUTRAJAYA DGN BBBANGI NI DEKAT. SINGGAHLAH ! LF DAH LAMA TAK KE BG DATOH

    ReplyDelete
  2. busynya..hargailah waktu kita lapang..

    ReplyDelete
  3. memang kalau masuk pekan rabu, jadi tak lupa diri. hihihi. jangan bawak kete laju-laju , bahaya

    ReplyDelete
  4. pergh!
    mang laju tuh..aihh..hati2 la ye..hayooo
    rehat secukupnye taw =]

    ReplyDelete