KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, November 26, 2011

"MINYAK SENYONYONG A.K.A MINYAK PENGASIH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tahu apa Minyak Senyonyong ni? Tergeliat skit lidah nak menyebutnya. Panggilan lain adalah Minyak Pengasih. Korang mesti pernah dengar kan? Macam mana nak dapatkan minyak ni? Apa yang saya tahu, minyak ni diekstrak dari dagu mayat perempuan virgin yang mati semalaman. Ada la pantang larang segala macam untuk dipatuhi bila dapat minyak ni. Ada gak panggil minyak ni Minyak Dagu.

Minyak ni bertujuan untuk seseorang ni dicalit minyak akan tergila-gilakan si pencalit minyak pengasih ni. Ia lebih menjurus ke arah tujuan jahat dan menghancurkan kehormatan gadis tu je. Macam-macam perkara tak elok boleh datang dari pengguna minyak pengasih ni.

Sekarang ni pun, minyak pengasih ni masih ada lagi digunakan oleh lelaki-lelaki hidung belang ni. Mencari mangsa untuk diratah. Perempuan ada gak guna tapi saya rasa tak seramai lelaki. Sebab pada pendapat saya, minyak pengasih bila ada di tangan lelaki, ada banyak advantage dorang dapat. Apa advantage dia? Korang boleh fikir sendiri.

Penggunaan minyak pengasih ni boleh dikategorikan syirik. Sebab berdamping dengan syaitan. Dari pembacaan saya, setiap malam bulan penuh, pemilik minyak pengasih ni beri "makan" darahnya sikit kepada minyak pengasih ni.

Harap korang kat luar sana berhati-hati ye? Dunia sekarang ni macam-macam boleh jadi.

p/s : Sebab cinta, badan binasa. Itulah yang berlaku kepada remaja sekarang kat luar sana (tak semua).

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. setahu hamba pula..minyak dagu ni dari mayat wanita yang mati beranak or still mengandung pada hari selasa..

    wallahua'lam...

    ReplyDelete
  2. sebab tu kuatkan hati, tingkatkan keimanan kepada Allah. InshaAllah selamat. :)

    ReplyDelete
  3. mintak dijauhkan la dri semua benda syirik ni..

    ReplyDelete
  4. masyaallah.. erm.. ada lagi rupanya minyak nih.. aiya.. bnyak berdoa supaay x kena sihir x kiro la minyak pengasih ko sihir yg lain2. janji sihir.. amin..

    ReplyDelete
  5. opps mana satu lak nak caya ek..mayat wanita anak dara or mati branak..huhuh..pe2 pun,moga2 kita semua selamat dari segala kejahatan manusia/gangguan syaitan..terutama gurlz.amin

    ReplyDelete
  6. salam... sekadar nk respon... saya antara mangsa benda syaitan ni.. mmg x sangka benda nih makin menjadi2 di zaman nih.. saya x sedar pn saya jd mangsa... berhati2 la utk wanita2 di luar sana... utk lelaki yg ada hati nk mencuba bayangkan kl benda nih t'kena kat sedara2 prmpuan @ ank prmpuan anda d masa hdpn... Allah Maha Adil... Maha Berkuasa.. Kpd Nya kita berserah... Semoga kita smua di jauhkan dr sihir2 ni.. Amin..

    ReplyDelete
  7. Mcm mana nak buang atau hapuskan minyak pengasih ni?

    ReplyDelete