KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, November 13, 2011

"NAK DAFTAR LAHIR ANAK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi tengah busy mengupdated senarai peserta Segmen Simple : Keychain Dari Padang Besar, handphone saya berdering. Tengok skrin, tertera nama kawan roommate masa kat UiTM Seri Iskandar, Perak dulu. Terus tanpa lengah lagi saya pun melarikan jari saya ke atas skrin untuk menjawab panggilan.

Saya : Assalamualaikum, Naser bercakap.

Kawan Saya : Waalaikummussalam. Naser, aku nak tanya sikit boleh tak?

Saya : Ha... Tanya la. Apa dia?

Kawan Saya : Kalau bayi beranak kat Penang tapi nak daftar ke Kulim, boleh tak?

Saya : Boleh. Sekarang ni lahir kat mana pun boleh daftar kat mana-mana JPN terdekat.

Kawan Saya : Ye ke?

Saya : Ye la. Sekarang ni pakai sistem online. So, katne daftar pun, automatik akan diupdate dalam sistem.

Kawan Saya : Owh... Camtu ke?

Saya : Anak siapa ni? Anak hang ke?

Kawan Saya : Ye la. Anak aku la.

Saya : Eh... Dah lahir dah? Awat hang tak bagitau? Berapa hari dah lahir?

Kawan Saya : Dah. 5 hari lepas.

Saya : Tahniah la.

Kawan Saya : Terima kasih.

Saya : Next week aku cuti, nanti aku pergi tengok anak hang tu. OK? Apa-apa hal, nanti aku roger.

Kawan Saya : OK. Datanglah tengok.

Saya : Oklah. Jumpa nanti ye? Bye.

Kawan : Orait. Bye.

Perbualan tadi baru je sebentar tadi saya cakap dengan kawan saya. Saya memang tahu isteri kawan saya ni mengandung tapi tak perasan dah sampai masa untuk isteri dia bersalin. Untunglah dia. Dia bercinta dengan isteri dia sejak di bangku sekolah lagi.

Tahniah saya ucapkan kepada kawan saya tu. Saya doakan anak perempuannya yang baru lahir tu sihat.

p/s : Rasa jeles gak tapi saya ni bakal isteri pun takde lagi. Anak tak payah cerita la. Kalau ada rezeki, adalah tu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

10 comments:

  1. hamba doakan moga tuan hamba dipercepatkan jodoh dan mendapat jodoh yang baik..amin

    p/s : mmg jeles tgk org kawin n bahagia ni..huhu

    ReplyDelete
  2. pergh! tahniah buat kwn bro nasz tu.. sbb sjk bangku skolah wwuuu..

    bro nasz.. bnyakkan doa..hihihi..

    suruh la mak crikan~

    lalala~

    ReplyDelete
  3. fullamak... suspen akak ingat adik yg nak daftar anak.. sedangkan slama ni kata x kawen.. ropa2nya anak kawan.. tahniah..

    ReplyDelete
  4. haha

    stu je nak komen: perbualan lelaki kat telefon tak melarat-larat macam kebanyakan perempuan. XD

    ReplyDelete
  5. hehehee
    jgn jeles2
    gigihkn mncri ye cek nazs =]

    ReplyDelete
  6. owh boleh eh.... baru tahu.

    namao jeles2, hihihihi ;p

    ReplyDelete
  7. rasa nak senyum sorang-sorang bila dengar berita pasangan yg dapat baby kan :)

    ReplyDelete
  8. oo kalau mas tak jeles ler sangat..lagi tumpang bahagia..just bila tengok baby,dok pikir bila nak ada baby sndiri..itulah pengaruh kuat baby comel(sambil berfikir macam ne la orang sanggup buang n bunuh kan?)

    ReplyDelete