KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, November 5, 2011

"MAK, TAK DAPAT DUIT RAYA KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Esok kita sebagai Orang Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Ibadah korban akan dijalankan selepas Solat Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni kampung saya korbankan 5 ekor lembu. Tahun lepas seekor lembu je.


Saya bukan cerita sangat tentang ibadah korban lembu sebab saya tahu ramai dah tahu. Saya ceritakan kenangan saya masa kecil dulu beraya masa Hari Raya Aidil Adha. Masa saya kecil lagi. Saya anggap Hari Raya Aidil Adha ni macam Hari Raya Aidil Fitri. Akan dapat duit raya. Misi mengutip duit raya pun bermula selepas solat raya.


Saya pergi rumah ke rumah beraya tapi langsung tak dapat raya. Saya hairan gak.  Tapi tetap beraya gak. Harap dapat gak duit raya. Tapi tak dapat pun.


Saya pun dengan hampanya balik ke rumah dan tanya mak saya,


"Mak, kenapa pergi raya rumah tak dapat duit raya?"


Mak saya jawab,


"Raya Haji mana dapat duit raya. Raya puasa je"


Masa tu baru saya tahu. Naif betul saya masa tu. Biasalah. Kecil lagi. Korang pernah kena macam saya tak?


p/s : Esok raya, so nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog saya ni.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

12 comments:

  1. same la kte..selamat hari arye jugak! :D

    ReplyDelete
  2. haha, kenagan manis tu :D

    selamat hari raya Eidul Adha

    ReplyDelete
  3. hehe...zmn kenaifan...slm aidiladha :)

    ReplyDelete
  4. hehe. gitu pulak. apa pun selamat hari raya :D

    ReplyDelete
  5. wah sama la kita... sekarang dh besr sikit duduk umh jew la.. huhu

    ReplyDelete
  6. xpnah la pulak hamba kena sebab kat tempat hamba memang dah set in mind dari kecik lagi..hari raya korban nak kena semelih lembu..hahha

    ReplyDelete
  7. xpnah la pulak hamba kena sebab kat tempat hamba memang dah set in mind dari kecik lagi..hari raya korban nak kena semelih lembu..hahha

    ReplyDelete
  8. Hehehe..raya ingat nak kutip duit jer yer?? Selamat menyambut eidul Adha.

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya aidil adha abg nasz :)

    ReplyDelete
  10. heheheh..selamat hari raya encik naser :)

    ReplyDelete
  11. slm aidil adha nasz! hehe




    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete
  12. seronok beraya tahun ni?
    selamat hari raya...

    ReplyDelete