KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, November 28, 2011

"RESTORAN MAKANAN SEGERA MENJADI PILIHAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang perasan tak? Bila tiba je musim cuti tak kiralah cuti sabtu ahad ke, cuti sekolah ke, cuti hari raya ke, Restoran Makanan Segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan so on mesti penuh. Rakyat kita dah terlalu mewah dengan makanan.


Dah la memang mewah dengan makanan, makanan yang habis makan dibuang macam tu je. Bagi dorang, makanan tu dah tercemar. Tapi, cuba bayangkan kehidupan orang islam di Somalia. Dorang kebuluran dan kalau dorang dapat sisa makanan tadi, pasti dorang sangat bersyukur. Tapi kita kat sini?


Saya pernah rasa tak ada duit nak beli makanan suatu ketika dulu. Saya pernah buat satu entry tentang saya mengutip sisa makanan selepas pasar malam di depan flat saya duduk di Dato Keramat semasa saya kecil dulu. Masa tu emak saya terpaksa masak moi atau bubur nasi je untuk isi perut kami. Masa tu saya hargai makanan sangat-sangat.


Sekarang pun kalau saya makan, saya akan habiskan. Orang yang berniaga makanan di Malaysia ni memanv untung. Saya pernah jumpa orang yang pakai MyPR (IC Merah) jadi tokey kedai makan. Pekerjanya adalah rakyat kita sendiri.


Hargailah makanan yang ada sebelum ia ditarik baim oleh Allah. Bila dah kebuluran, baru kita tahu harga sebenar secebis roti. Ambil iktibar dengan apa yang berlaku di negara yang rakyatnya mengalami kebuluran.


p/s : Saya sekarang berada Jaya Jusco Bukit Tinggi. Beratur untuk makan Nasi Ayam KFC.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. memang pun rakyat malaysia mewah ngan makanan, sampai membazir..

    ReplyDelete
  2. wah jalan2 sakan naa...kat klang plak dah...kat shopping kompleks ni besar...kalau turn klang adik mesti bawak ke sini..hehe.

    ReplyDelete
  3. biasalah. dorang tak pernah rasa susah. entah2 Somalia tu apa pun dorang tak tahu.
    sedih dengan keadaan masyarakat.
    malah ada yang cakap, "bukan hal aku".

    ReplyDelete
  4. selamat menjamu selera nazs..

    nway, smlm sy dan famili ke pizza ut nak try pizza baru tuh.. dek kerana terlalu ramai pengunjung.. x merasa..kempunan gitu.. huhuu

    cuti2 hang out ngan family makan di luar oke jer.. tp sampai membazir tuh x baguslah kan..

    ;)

    ReplyDelete
  5. orang kita memang mewah sangat dengan makanan..mulut kata syukur..tapi perbuatan tak melambangkan kesyukuran langsung..dok membazir makanan cam tu jugak..

    jusco bukit tinggi tu dekat je ngan rumah saya..hihikk..

    ReplyDelete
  6. adess tiba2 teringin nak makan kfc pulak rasanya tapi next month kut nak ajak anak buah..hahah baru best..

    tak elok bazir,amalan syaitan.kan

    ReplyDelete
  7. Same la, dlu pun fmly kte susah .
    Nak makan pun ape y ibu masak jep, 2 kira paling sedap lah tuh . Tapi tgk orang lain makan kemain mewah bila tak habis buang macam hape, alahai . Bersyukur la skrg dgn ap y ade :)

    ReplyDelete
  8. yang penting kena terapkan nilai makanan pada anak2 sejak mereka kecil lagi supaya bila dah jadi buluh, taklah patah buluh bila cuba nak lenturkan...

    ReplyDelete