KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, November 24, 2011

"FESYEN MODEN KONON"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang banyak betul fesyen yang dikatakan begitu "vogue" dan perkataan yang sealiran dengannya. Nak "cuci" sambil tambah "dosa" yang ada pun senang sekarang. Dulu, lepak kat shopping complex boleh "cuci" mata tengok awek-awek yang pakai 1/4 telanjang, 1/2 telanjang, 3/4 telanjang dan seterus-terusnya.

Sekarang tak payah pergi jauh-jauh. Duduk rumah je boleh tengok semua tu. Antara tempat popular nak "cuci" mata adalah di Facebook la. Dalam Facebook, ramai awek-awek tangkap gambar pakai yang boleh menampakkan sebanyak mungkin tempat yang tidak sepatutnya dinampakkan. Si "pencuci" mata ni pun kalau nak copy simpan dalam henfon dorang pun takde masalah dan halangan.

Inilah dikatakan fesyen moden konon. Even yang pakai tudung tapi berseluar dalam pun ada. Itu tak kira yang ketat metat lagi tu. Pakai tudung tapi nampak lurah dada dan lurah segala lurah pun ada. Macam gambar kat bawah ni, fesyen gak kan?


Inilah fesyen Legging yang sangat popular sekarang. Saya tengok orang yang pakai fesyen legging ni macam sebenarnya tak pakai seluar pun. Kalau dia pakai legging yang warna sama kulit dengan dia, memang nampak macam tengah telanjang je. Fesyen kan?

p/s : Dunia dah nak sampai ke akhirnya. Mohon Allah tempatkan saya dan keluarga saya dalam golongan yang soleh dan solehah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

16 comments:

  1. betullah nasz akak tengok kat fb macam2 gambar keluar...tak nak tengok dah terpangpang kat wall...alih2 tengok juga...Astagfirullah....

    ReplyDelete
  2. banyak fesyen yang semakin tersasar sekarang.berhati2 ketika memilih

    ReplyDelete
  3. tu larh pasalnya. legging kn fesyen. nmpak 'hot'! hot jugak di akhirat nnti.

    ReplyDelete
  4. itulah akibat tak faham agama, jajahan yahudi juga berjaya

    ReplyDelete
  5. hhaha biasalah tu ikod perubahan lah konon.. hehhe

    smoga doang dpt hidayah :)

    ReplyDelete
  6. ingat penyampai medal pingat sukan SEA (acara bola sepak) yang lepas? hehe

    ReplyDelete
  7. kadang2 pakaian tu direka utk org bukan muslim, tpi org muslim juga yg pakai...--'

    ReplyDelete
  8. seguju dgn pendapat cikgu ma.....kalau tak tahu, belajar...tp kekadang tu bila nasihat ckp krg hajar...huh!

    ReplyDelete
  9. dorang yg pakai tu mcm xtau malu je...

    ReplyDelete
  10. betul tu :)
    terima kasih ye,,
    bab saling mengingatkan

    ReplyDelete
  11. na uat cane sbb tkot ktinggalan dlm dunia fesyen an.. tp fesyen ken la btempat n yg sesuai an :)

    ReplyDelete
  12. hmm.. memg bnyk sngt fesyen2.. klu nk bberfesyen jgn la smpai ikut membabi buta smpai tkde harga diri.. pndai2 fikir mana yg baik dan buruk

    ReplyDelete
  13. yang hamba heran...knp la boleh luluskan pkai seluar legging dan bagai semua di negara Islam kita ni

    ReplyDelete