KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, November 21, 2011

"BUSUK HATI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam dunia ada macam-macam jenis orang. Tapi, orang yang busuk hati adalah antara yang bahaya pada pendapat saya. Korang mesti tahu apa tu busuk hati kan? Kadang-kadang korang pernah alaminya dan pernah jadi seseorang yang busuk hati. Saya mengaku sebab saya hanya seorang manusia biasa. Mesti akan terbabas punya. Kalau korang rasa korang tak pernah, memang saya tabik spring la korang. Hehehe.

Busuk hati ni pada saya memang ada dalam setiap diri hampir semua manusia. Cuma yang bezanya adalah banyak atau sedikitnya kebusukan hati tu. Terlalu busuk hati pun boleh menyebabkan orang tu buat perkara-perkara yang boleh menjatuhkan orang lain. Kadang-kadang boleh sampai melibatkan sihir.

Yang rasa busuk hati sikit ni cuma mungkin akan mengumpat di belakang je. Selalunya sifat busuk hati ni datang disebabkan iri hati dengan kebahagiaan atau kejayaan seseorang tu. Sebab dia tak dapat apa orang tu dapat, hati dia jadi dengki dan sifat busuk hati ni muncul.

Macam mana nak hilangkan? Apa yang saya cuba praktikkan adalah dengan bersihkan pemikiran saya dari sifat iri hati dan dengki. Setiap apa yang berlaku akan bermula dari minda kita kan? Kita fikir nak iri hati dan dengki, maka kita akan berdengki. So, baik kita cuba sedaya upaya untuk positifkan minda kita. Kemudian, sudah pasti kita kena berdoa kepada Allah untuk hindarkan kita daripada perasaan busuk hati ni. Sebabnya doa adalah senjata orang mukmin. Berdoa kepada Allah dengan ikhlas, insya Allah akan dimakbulkan.

p/s : Petang ni nak balik Bagan Datoh Perak dah. Rasa malas nak balik la plak.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

18 comments:

  1. betul,mohon pada Allah Ya Qudus supaya sucikan hati kita dari sifat kotor...dan jalani hidup tanpa prasangka...=)

    ReplyDelete
  2. busuk hati sikit tu memang payah nak buang kan?....

    ReplyDelete
  3. saya kuat iri hati dan berdendam..

    tapi takde lah nak buat org ke apa.. saya akan buat supaya saya lebih berjaya dari org yg saya iri hati dan dendam tu..

    lebih baik dari hasad dengki kan.. hehehe..

    sebagai contoh..saya nak pastikan 10 tahun akan datang saya akan nampak lebih muda dari kawan2 sekolah yg sebaya dengan saya.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. biasalah sifat manusia. iri dan dengki. sibuk dengan perasaan sampai lupa diri sendiri pun boleh kecapi benda yang sama kalau berusaha.

    ReplyDelete
  5. perasaan cemburu & iri hati mmg la xdpt lari dr dri mnusia...pikirlah, pe yg kite wat akan bpatah blk pd kite (wat goes around will comes around)..mgkin, dgn care tuh, kte akn lupekn niat utk berbusuk ati..huhu

    ReplyDelete
  6. huhu pernh ada kwn yg hati busuk ni....

    ReplyDelete
  7. mudah terikut nafsu...jadik lah busuk hati...tak rasional

    ReplyDelete
  8. itu lah..tengah belajar wangikan hati ni...insyaallah

    ReplyDelete
  9. btol2..hamba akui cuba fikir positif antara jln utk mnjauhi busuk hati

    ReplyDelete
  10. betul tuh,memang bahaya..depan baik.belakang.moga2 kita semua terlindung manusia berhasad buruk.amin

    insyaallah

    ReplyDelete
  11. betul tu nasz, akak akui juga, dulu adalah juga perasaan macam tu, tapi biasanya akak akan beristigfar cepat2...sekarang Alhamdulillah, rasanya sikap tu dah tiada, lagi pun sekarang banyak menyibukkan diri dengan dunia blog ni...banyak membaca dalam internet, jadi kuranglah sikit bergaul diluar

    ReplyDelete
  12. btol 2..setiap org mmg ad rase dengki,,iri hati,,x puas hati smua..juz kte kne kawal la..& semestinya byk2 doa kpd-NYA

    ReplyDelete
  13. lumrah manusia

    biar org yg busuk hati, tapi kita tidak :)

    ReplyDelete
  14. salam;
    memang ada sifat ni dlm manusia tak boleh lari dari busuk hati ni..cuma terpulang pada kita mcm mana nak kawal....

    ReplyDelete
  15. kdg2 memg rasa iri hati bila kawan lbih hebat.. tpi jngn la smpai buat benda2 tk elok.. jdikan sbgai dorongan utk lebih berusaha

    ReplyDelete