KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, November 28, 2011

MOVIE REVIEW : HAPPY FEET 2 (3D)


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dah tengok Movie Happy Feet 2 (3D) di TGV KLCC sabtu lepas. So, nak buat sikit review tentang movie ni.

Movie ni berkisar tentang Mumble (Penguin yang tak tahu menyanyi tapi guna kaki menari) dan Gloria (Isteri Mumble) serta watak baru, anak Mumble dengan Gloria - Erik. Erik ni kurang keyakinan diri tapi dia memang boleh menyanyi.

Kemudian, kawan baik Mumble nak balik ke Adelieland untuk cari pasangan hidupnya sebab kat tempat Mumble (Emperor Land rasanya), takde penguin betina nak kat dia sebab dia pendek. Erik dan 2 ekor anak penguin lain ikut Ramos (Kawan Mumble) balik ke Adelieland tanpa pengetahuan keluarga masing-masing.

Mumble jadi risau dan ikut jejak kaki anaknya sampai ke Adelieland. Kat Adelieland, ada seekor burung penguin yang mengaku dia boleh terbang. Memang dia boleh terbang macam burung. Semua penguin kat mengagungkan dia. Erik pun sama.

Mumble ajak Erik balik ke Emperor Land. Dorang pun balik ke Emperor Land. Kat Emperor Land plak masa tu, ada satu bongkah ais besar block dorang dari keluar dari tempat tinggal dorang. So, dorang tak dapat keluar untuk tangkap ikan sebagai makanan.

Masa ni Mumble jadi harapan dorang. Macam-macam situasi lawak terjadi. Antaranya kisah satu krill (Lebih kurang spesis udang) yang nak jadi berbeza. Korang nak tahu selebihnya, korang tengok la sendiri k? Tapi, memang best movie ni. Sempoi jalan ceritanya. Saya bagi 4.5 dari 5 bintang.

p/s : Kalau saya cerita sampai habis, tak best la kalau korang tengok kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. ahah, ok, kena pergi tengok bru feel...;p

    bru tengok misteri jalan lama...nak kata takut, xplak...rasa mcam gelak jer memanjang, hehe slow skit movie tuh...:(

    ReplyDelete