KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, June 1, 2012

BARU KENA TEGUR SIKIT DAH MENANGIS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya layan satu pelanggan dengan anak-anaknya. Tengah sibuk layan dan beri penerangan mengenai apa yang dia nak buat serta tahu, saya terperasan anaknya yang seorang ini berdiri di atas meja. Saya secara spontannya cakap:

"Adik, turun adik. Nanti jatuh kang?"

Budak itu terus turun dan terus menangis meraung-raung. Saya cuma tegur je. Bukan buat apa-apa pun. Menjerit pun tak. Tapi, dah menangis meraung-raung. Korang nak tahu jantina budak tu? Budak itu berjantina LELAKI.

Mesti korang akan cakap,

"Ala... Biasalah la tu. Budak-budak"

Betul cakap korang tapi kalau kena tegur pun dah menangis meraung.  Macam mana la kalau dihukum. Menangis meraung guling-guling kot? Hehehe.  Saya perasan budak-budak sekarang memang sangat manja. Tak macam saya kecil-kecil dulu, emak dan bapa saya didik saya dengan kasih sayang berselang seli dengan tali pinggang (Bila buat salah la).

Saya bukan nak suruh dibalun dengan tali pinggang ataupun apa-apa benda pembalunan. Cuma janganlah kena tegur, terus menangis meraung macam saya pula nak makan dia. Nanti dah besar, manja sangat sampai tak boleh ditegur.

p/s : Saya belum ada anak lagi tapi saya ada adik dan saya ada bapa yang tak pernah ada semasa saya membesar. Saya anak sulung dan hampir semua keputusan di atas bahu saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. Agree! Ramai yang manja sangat. Bukan apa, takut keterlaluan. Sepatutnya ibu bapa dia rasa malu.

    ReplyDelete
  2. tau tak apa.. nowadays mmg budak2 skrg manja!

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM...

    BONDA PELAWA & MEMPERSILAKAN AWK UNTUK TURUT SERTA SEGMEN KAT BAWAH:

    http://kumahuitu.blogspot.com/2012/06/jom-baca.html#links


    BUDAK TU MESTI MANJA TU... ANAK KESAYANGAN...

    ReplyDelete
  4. Mungkin mak budak tu x pernah tegur kot,tu kena tegur sikit je terus nangis....

    ReplyDelete
  5. err..kalau anak saya mcm tu confirm saya sekali guling2..maluuuu...

    ReplyDelete
  6. hai, kenar tegur pun sampai meraung...nampak sangat mak bapak tak pernah tegur......
    terlalu memanjakan anak2 susah jugak......

    ReplyDelete