KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, June 11, 2012

DAH ALANG-ALANG SAMPAI ARAU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Pagi semalam saya, isteri saya dan emak saya ke Arau, Perlis untuk hantar barang adik saya. Adik saya sekarang ini dah masuk semester dua Sains Sukan di UiTM Arau, Perlis. Dah alang-alang sampai Arau, Perlis, saya plan nak dorang pergi Thailand terus. Buat Border Pass dan ronda-ronda area sempadan Thailand jadilah. Lagipun kami memang tak pernah berjalan ke luar negara.


Saya pun parking kat tempat parking kereta di sempadan Padang Besar dan Malaysia. Masa itu langsung tak ada kereta dan saya yang memang tak pernah buat Border Pass memang tak tahu apa-apa.


"Tunggu dalam kereta. Pergi tanya macam mana cara nak buat Border Pass jap"


Saya pun berjalan ke kaunter dan terserempak dengan 2 staf imegresen.


"Assalamualaikum encik. Tumpang tanya. Kat mana nak buat Border Pass ye?"


"Hai ini tutup adik. Kalau nak buat juga, kena pergi Bukit Kayu Hitam"


"Alamak. Ye ke? Jauhnya. Takpelah. Terima kasih encik"


"Sama-sama"


Hari minggu pejabat imegresen untuk buat Border Pass tutup pula. Memang saya tak ada masalah nak pergi Bukit Kayu Hitam tapi adik lelaki saya nanti kena hantar ke rumah sewa dia dekat area UiTM Arau tu.


So, shopping je la kat Padang Besar Perlis je la. Banyak gak kami borong. Hehehe. Saya ada beli barang untuk plan buat Giveaway Simple nanti. Insya Allah.


Korang yang dah habis mesti busy nak balik tempat belajar masing-masing kan? Hehehe.


p/s : Walaupun dah habis belajar tapi pelajaran hidup tetap sentiasa ada yang perlu dipelajari.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments:

  1. dulu saya belajar di arau setahun. sempat ke padang besar sekali

    ReplyDelete
  2. IYA... CIK EN NAK TUNGGU GA TU..EHHEH

    ReplyDelete
  3. insya-Allah ada rezeki nanti dptlah jln2 ke sempadan thai...

    ReplyDelete
  4. eh, cam ner tak jumpa remy nie...... ari jumaat ngan sabtu remy ada kat sana.....he3

    ReplyDelete
  5. dr start masuk uitm arau smpai la grad skrang tak pernah pun g padang besar :(

    ReplyDelete
  6. Alahai tutp ker ? Takpe, len kali boleh bawak family gi ye.. MM pon tak pernah pegi luar negeri.. Tingin nak gi Korea.. Hehehe..

    ReplyDelete