KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, June 11, 2012

MR. MAMA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam dengar cerita bro Ben telah masuk dalam TV. Program Nona. Tahniah kepada Bro Ben sebab mampu menjadi blogger yang ditemu bual oleh pihak media. Bukan senang tau? Biasanya dorang hanya temu bual artis-artis yang ada anak saja suatu ketika dulu.

Menjadi Mr. Mama merupakan cabaran yang sangat besar bagi seorang lelaki. Memang dari luar nampak mudah tapi nak melaksanakannya memang sangat payah. Harus ada kesabaran yang tinggi. Saya pun bakal menjadi seorang Ayah, Insya Allah.

"Ala... Jaga anak kan kerja isteri?"

Salah. Anak itu adalah anugerah dan amanah Allah kepada pasangan tersebut. Bukan kepada isteri saja. Bukan semua pasangan akan dapat anugerah dan amanah ini. Ada pasangan tunggu berpuluh tahun dan mencuba pelbagai cara pun tak dapat. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab ibu DAN bapa untuk menjaga, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak tersebut.

Entry ini adalah luahan dari pemerhatian dan cuma pendapat saya. Kalau korang ada pendapat lain, kongsilah.

p/s : Saya pernah rasa macam mana diabaikan tanggungjawab seorang kepada diri saya. Saya tak mahu anak saya rasa apa yang saya rasa dulu. Tiada kasih sayang seorang bapa.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments:

  1. tahniah utk mR. mama .....
    dah femes Mr ben......

    ReplyDelete
  2. xsempat nk tgk abg ben smlm sbb tgh keje.hukhuk
    ika setuju bab anak tu tanggungjawab suami dan isteri ^^

    ReplyDelete
  3. "Ala... Jaga anak kan kerja isteri?"

    Salah. Anak itu adalah anugerah dan amanah Allah kepada pasangan tersebut. Bukan kepada isteri saja. Bukan semua pasangan akan dapat anugerah dan amanah ini."

    kalu smua lelaki berfikiran mcm ni kan bagus..huhuh..

    ReplyDelete
  4. Betul tu, lelaki pun kena jaga anak :)

    ReplyDelete
  5. Tgk jgk en. Ben dlm nona smlm..bagus la lelaki ada rasa tnggungjwb utk sama2 mnjga anak..cm suami sy jgk..untung la isteri kn..

    ReplyDelete
  6. yupp akak sokong, anak perkongsian berdua, bukan hasil salah sorang jer, so jaga dan membesar kan anak juga kena tanggungjawab bersama, walau semudah atau sesusah mana pun kene buat bersama....

    ReplyDelete