KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, June 25, 2012

SEMUA SALAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam entry INI, saya ada minta korang teka apa jenama smartphone yang baru saya beli. Ramai yang jawab jenama Samsung, dan ada jawab dengan spesifik iaitu Samsung Galaxy Note. Semua jawapan salah.

"Kenapa salah pula? Betul la design sama je dengan Samsung?"

Memang design sama seperti Samsung Galaxy Note. Even saiznya dan fungsinya pun lebih kurang. Cuma tak ada pen saja.

"Lepas itu, jenama apa smartphone ini?"

Tak ramai tahu jenama smartphone ini sebab ia "made in Taiwan". Nama smartphone ini ialah Nova Note 2. Fungsinya sama saja macam Samsung Galaxy Note tapi yang semestinya Samsung Galaxy Note lebih power la.

"Apa Specification Nova Note 2 ini?"


OS : Android OS, v4.0.3 new version 
Platform : MediaTek MT6575-1GHZ Dual-Core
Memory : Nand Flash 4G + DDR 32G
WCDMA 2100/850 (HSDPA) and GSM 850/900/1800/1900 Mhz
5.3 inch WVGA High Eesolution touch screen, 480x800, 1600K color
Dual Sim Card, Dual Standby
GPS+AGPS global positioning navigation system
Wireless transmisson :  3G, WIFI 802.11b/g/n/, Bluetooth 2.0, EDGE, HSDPA(Support 7.2 Mbps), HSUPA(Support 5.76 Mbps)
Optical Mouse, Light sensor, Gravity Sensor, Proximity sensor, Digital compass
5MP High definition Front and Rear dual camera with Flash light
Modem Features :  Wireless AP (Mobile AP)
Support Micro SD(T-Flash)32G
Dimension: 148.5x82.95x9.9mm
JAVA, FM
Support Music/video, WAP Browser, Hand-writing
Battery: >2800mAH Compatible BA750 Battery
Talking time: 120-150 mins, Standby time: 120-180 hours
Phone book: 1000 Group, Support SMS/MMS
Headphone Jack: 3.5mm standard interface
Charging Port: Mini USB 5pin interface
Weight: 167g 


Saya sengaja boldkan mana yang saya rasa berbaloi untuk saya beli smartphone ini.

"Berapa harganya?"

Korang rasa harganya berapa? Mungkin murah sikit dari Samsung Galaxy Note kan? Sebab fungsinya banyak persamaan dengan Samsung Galaxy Note. Harganya memang saya pun terkejut dan tak percaya. Saya beli dengan harga RM699 (Untuk 6 bulan waranty) + 29 (Tambah 6 bulan lagi waranty).

"Bagus ke smartphone ini?"

Saya tak boleh komen sama ada bagus atau tidak smartphone ini tapi bagi orang macam saya tak mampu nak beli Samsung Galaxy Note, smartphone sebegini pun dah memadai.

Memang best juga pakai smartphone ini sebab skrin dia besar. Bila sekali imbas, orang akan ingat ini Samsung Galaxy Note tapi sebenarnya bukan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

11 comments:

  1. nova note? peh mcm hebat je. tapi saya pun dah ada galaxy note, dulu pakai nokia. tapi bila dah pakai android ni rasa macam biasa je takde la apa yg best sangat gila2 pun ada smartphone ni sbb saya pakai pun utk telefon dan sms je.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. THANKS SUDI JOIN SEGMEN EMMA ^_^ DAH UPDATE DLM BLOGLIST.

    ReplyDelete
  3. Boleh la update pakai smartphone dahh.HEHE

    ReplyDelete
  4. Laaaaaa.....
    salah la ni??
    Mati2 ingat note..

    ReplyDelete
  5. boleh tahan harga...bolehlah angkat satu :)

    ReplyDelete
  6. oic... tipah tertipu...... he3
    tak kisah la nasz... janji apa yg kita perlukan utk sesebuah hp semua ada......
    boleh digunakan dan juga tahan lama.....
    kalau best nanti habaq tau...... remy leh beli jugak.... nak pakai samsung note tak mampu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait. nanti saya pakai dlu. kalau ok, saya buat review

      Delete
  7. beli kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Summit USJ. Tingkat 2. Belakang Digi. Nama Syarikat Navigate.

      Delete
  8. Replies
    1. Summit USJ. Tingkat 2. Belakang Digi. Nama Syarikat Navigate.

      Delete