KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, June 2, 2012

DEBAT ISU JANTINA TAKKAN SELESAI SAMPAI BILA PUN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila kita ada perdebatan antara jantina berlainan yang sudah semestinya lelaki dan perempuan tidak termasuk yang lembut dan pengkid, perdebatan itu akan menjadikan semakin panas dan panas dan sudah semestinya panas kalau tak ada orang yang hentikan.

Kenapa jadi macam tu? Ini disebabkan kedua-dua jantina ada ego masing-masing. Kedua-dua jantina ada kelebihan dan kekurangan. Kedua-dua jantina anggap diri sendiri yang terbaik. Tapi, hakikatnya kedua-dua jantina saling melengkapi.

Jika tiada perempuan, tak lengkap hidup seorang lelaki. Tiadalah pertambahan manusia di dunia ini. Pupuslah manusia sebab tiada zuriat yang akan menyambung generasi ke generasi yang baru.

Jika tiada lelaki, tak lengkap hidup seorang perempuan. Sama juga seperti jika tiadanya perempuan iaitu tiada pertambahan jumlah manusia di dunia ini dan manusia akan pupus.

Lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain. Janganlah asyik menunding salah antara satu sama lain. Allah jadikan lelaki dan perempuan berbeza ada sebabnya iaitu supaya saling melengkapi serta saling bertolak ansur dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. Setuju! Dari sejarah Adam & Hawa lagi dah membuktikan lelaki & wanita dicipta untuk melengkapi antara satu sama lain.. =)

    ReplyDelete
  2. betul tu nasz.....
    lelaki dan wanita saling lengkap melengkapi.....
    terima seadaanya dan beregolah di tempat yg betul.....

    ReplyDelete
  3. Bila sama-sama berego,susah la.Penting nya bertolak ansur baru aman bahagia

    ReplyDelete