KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, June 18, 2012

"DIA TAKPELAH, DAH FAMOUS"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam dunia blog ini, sama macam dunia realiti, cuma yang bezakan kita bukan jumpa face to face (kecuali ada orang yang rajin buat gathering blogger tak kira kecil atau besar). Bila ada blogger yang famous, mesti akan ada orang tak puas hati dan busuk hati. Biasalah, di dunia realiti pun busuk hati dan tak puas hati sebegini ada, mestilah dalam dunia blog pun ada.

Kalau iri hati secara positif takpe juga. Iri hati kepada blogger famous ini dan disebabkan nak mengatasi si blogger famous ini, si peng'iri hati' ini berusaha secara berterusan sehingga berjaya. Sehingga berjaya mengatasi si blogger famous itu. Lepas itu, takkan si blogger famous ini nak tengok je. Mesti dia pun akan tingkatkan ke'famous'an dia supaya dia kekal di atas. Ini dinamakan persaingan sihat.

Tapi, bila orang yang jenis iri hati secara negatif ini suka menggunakan maki hamun, memburuk-burukkan orang lain, fitnah, tikam belakang dan macam-macam lagi aktiviti yang teruk dan buruk, busuklah dunia blog ini.

Orang di luar sana bukan tengok blogger seorang demi seorang, tapi kalau seorang buat busuk, semua blogger terpalit busuknya. Padahal seorang je yang busuk. Samalah, dalam satu jabatan, kalau seorang buat hal, maka terpalit kat semua kakitangan dan tercalar reputasi jabatan itu.

Oleh itu, jom kita berblogging dan bersaing secara sihat. Supaya dunia blog ini meriah seadanya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

12 comments:

  1. Setuju. Tak perlu nak iri hati. Blogger yang femes pun bersusah payah jugak dulu sebelum sampai tahap macam ni. Usaha Tangga Kejayaan.

    NAL singgah sini dari blog Yumida.

    ReplyDelete
  2. jom bersaing dengan sihat!! jeles gila bila tengok blogger famous cashout nuffnang juta juta..haha

    ReplyDelete
  3. salam;
    penyakit ini telah wujud sejak zaman Qabbil dan Habbil lagi.

    ReplyDelete
  4. Betul tu x payah nak iri hati sesama blogger,bersainglah secara sihat.

    ReplyDelete
  5. saya iri hati dengan blogger yang pandai buat ulasan,nak berjaya macam blogger tu,di kira fositive kan?hehe

    ReplyDelete
  6. wowww teruja bila maklady diperkenalkan dgn blogger2 yg hebat. Maaf la MakLady baru aktif smula dgn blogging world ni. Tpi rasa bangga sbb dpt kenal dgn blogger hebat mcm saudara. Pasal topik diatas,mmg x dinafikan ada blogger yg cam gini. Cuma pd pendapat MakLady, wat apa la nk berdengki2 ni. rezeki masing2 Allah dah tentukan. Klu nk berhasad dengki atas rezeki org, rasanya kurang bijak! Sbb rezeki kita bukan org itu, atau org ini yg tentukan. Smua atas usaha kita sendiri. Iri hati secara negatif ni berlaku mungkin, kpd mrk2 yg kurang yakin pd diri sendiri dan ingin mencari jalan mudah utk capai apa yg dihajatkan. Biasalah, dimana2 pn sama, bukan di dunia blogging je. Paling teruk, bila sifat irihati yg mmbawa kpd tindakan mengaibkan org ini, mampu menjatuhkan maruah diri & membabitkan keluarga. Dunia bloggers kecik, esok lusa bertemu jgk. So jgn jadikan dunia blogging kita medah perang emosi! Be happy & stay cool always :))

    ReplyDelete
  7. hmm...tak suka orang yg busuk hati ni..bersaing secara sihat kan lebih baik :)

    ReplyDelete
  8. Busuk hati dalam dunia blogging ke dalam dunia nyata ke dua2 tak suka...shoh2 main jauh2. Bila meulis biar beretika supaya semua org suka.

    ReplyDelete
  9. tak elok nak perkecilkan blog org lain.....
    bersaing lah secara sihat...... itu yg lebih mulia.....
    tak elok dengki mendengki......kan ?

    ReplyDelete