KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, June 20, 2012

SAYANG ANAK, RIBA-RIBAKAN...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ternampak siang tadi semasa saya baru balik dari Teluk Intan Perak ke Bagan Datoh Perak. Sebuah kereta meluncur laju dalam 80 km/j. Saya pun follow belakang kereta tersebut sebab jalan yang kami lalui itu dua hala saja. Kereta itu sekejap terhuyung hayang, sekejap steady.

Apabila sampai ke jalan yang ada lorong memotong, saya terus memotong kereta tersebut. Saya hairan juga sebab kereta terhuyung hayang sekejap, steady sekejap. Mungkin pemandunya mengantuk tapi pada masa itu, baru lebih kurang pukul 3 petang lebih.

Selepas berjaya memotong, saya terlihat sesuatu yang bagi saya agak mengejutkan. Rupa-rupanya si pemandu itu tengah meriba anaknya sambil memandu. Saya tengok sambil menggelengkan kepala saya. Saya faham, mungkin si pemandu itu tersangatlah sayang kepada anaknya itu sampai riba-ribakan semasa memandu. Cuba bayangkan, berlaku kemalangan, siapa akan terpelanting keluar melalui cermin tingkap depan dulu. Anak si pemandu ini.

Kalau sayangkan anak, duduk di sebelah dan suruh dia pakai seat belt. Lepas itu, si bapa ini terus memandu tanpa apa-apa gangguan. Tak salah nak sayangkan anak, tapi ada masa tak perlu terlalu menunjuk sangat sampai riba-ribakan semasa memandu.

Perkara begini membahayakan pemandu lain. Malang tak berbau.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. eh.... tak elok mcm tu.... buat nya baby tu terpegang stering...kan mengundang bahaya.......

    ReplyDelete
  2. ish..ish..bukan setakat membahayakqn diri sendiri,bahayakan orang lain juga sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. tinggal je la anak tu kat rumah lagi selamat

    ReplyDelete