KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, June 3, 2012

"APALAH, ORANG SENYUM PUN TAK RETI NAK BALAS BALIK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya memang akui bersedekah itu amalan baik dan patut diamalkan. Bersedekah tak semestinya melalui harta saja tapi menggunakan cara lain pun boleh antaranya yang paling simple adalah senyuman. Kita selalu buat kesilapan ini tapi kita tak perasan iaitu bila kita senyum kepada seseorang seseorang untuk buat bidoh je, kita akan merungut dalam hati,

"apalah, orang senyum pun tak reti nak balas balik"

Apa yang fikir tu dah salah. Bila kita mengatakan kita menyedekahkan senyuman dengan ikhlas, ini bermakna kita senyum kepada orang itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sama juga bila kita bersedekah dengan harta antaranya yang paling mudah adalah wang ringgit. Kita bersedekah mengikut kemampuan kita. Bukan sebab tak mahu dipandang serong atau pelik oleh orang sekeliling. Kalau kita pada masa itu mampu bersedekah RM5 saja tapi hampir semua sedekahkan RM10, tak perlulah kita pun kena ikut dorang sedekahkan RM10. Sedekah saja berapa banyak yang kita mampu. Yang penting hati kita ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Allah Maha Mengetahui.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. bila kita senyum pada orang, kita dapat pahala. cx pon tk phm knp org ssh sgt nk bls senyuman. bkn kena byr pon. heee

    ReplyDelete
  2. klu org mcm tuh, next time dah tak nak senyum dah kat dia..haha~

    ReplyDelete
  3. mmg btol. tp niat kita senyum untuk merptkn silaturrahim. tp dh jd cmtu sape nk

    ReplyDelete
  4. betol tu...senyum sedekah yg paling mudah...

    ReplyDelete
  5. yup. kdg2 rasa malukan bila senyum xd balas. ehehe..tp xpe, pekara kecik =)

    ReplyDelete
  6. bila ustaz berbicara..... aminnnnnn
    Insyaallah..... akan cuba lebih ikhlas kan diri.....

    ReplyDelete
  7. keikhlasan lagi penting dari nilai apa yg kita beri....

    ReplyDelete