Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Friday, April 19, 2013

NASI KUKUS AYAM DARA...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini rasa nak cerita sikit tentang makanan. Tetapi, ini bukan bermakna blog picisan saya akan menjadi blog berkisarkan makanan. Tidak sama sekali. Ia masih blog saya. Hehehe.

Korang pernah dengar Nasi Kukus Ayam Dara? Setahu saya makanan ni popular di Terengganu. Saya memang tak pernah makan pun tapi disebabkan isteri saya pernah belajar di UiTM Terengganu suatu ketika dulu, baru saya tahu tentang makanan ini.

Sekali cuba, memang nak lagi. Cuma, kata isteri saya, kalau nak yang lagi sedap, kenalah pergi ke Terengganu. Jauh tu. Takpelah, rasa dekat kawasan perak pun dah ok.

Saya terjumpa satu gerai yang menjual Nasi Kukus Ayam Dara ni di Manjung. Masa itu, saya tak sengaja tersinggah gerai tersebut dan terus terpikat. Setiap kali saya turun Manjung, mesti saya dan isteri pergi menjamu selera kat sana.

Nasi Kukus Ayam Dara ini terdiri dari Nasi yang dikukus, sambal, kari, timun dan ayam goreng berempah. Macam mana nak tahu ayam tu dara tak? Saya tak pasti sebab saya tak pernah belajar tentang cara check ke'dara'an ayam tersebut. Hehehe. Kalau nak tahu juga, pergilah Google ataupun tanya kepada yang pakar ayam.

Anyway, memang puas hati sebab nasi kukusnya banyak dan ayamnya besar. Harga rasanya dalam RM6.00 sepinggan.Oklah tu. Puas hati makan. Korang yang duduk di Negeri Terengganu mesti selalu makan kan?

Ada ke geng blogger yang tak pernah rasa Nasi Kukus Ayam Dara ni lagi?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, March 13, 2013

MENIKMATI NASI AMBENG...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya singgah di pasar malam Batu 20 Selekoh tadi. Beli 2 bungkus Nasi Ambeng dengan ayam goreng berempah.

Isteri saya tak pernah makan Nasi Ambeng ini. Saya dah makan banyak kali. Korang pernah makan Nasi Ambeng?

p/s : Rasanya Nasi Ambeng ini masakan orang jawa. Betul ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, February 6, 2013

MAKANAN MENCEGAH PENYAKIT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Ye ke 'benda' dalam bulatan merah tu makanan mencegah penyakit? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 7, 2011

"MAKAN MALAM - NASI AMBENG DENGAN AYAM GORENG BERLADA"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa teringin nak makan nasi ambeng. So, saya pun drive la sampai ke Pasar Malam Batu 20 untuk beli nasi ambeng ni. Susah nak dapat. Tapi disebabkan keteringinan sangat, saya pun sanggup drive. Tak jauh pun. Hehehe.

Nasi ambeng ni terdiri daripada nasi putih, bihun goreng, mee goreng dan kelapa goreng. Yang ayam goreng berlada tu kira tambahan la kot? Saya teka je. Hehehe.

So, sape yang pernah try, cuba bagi pendapat korang. Yang tak try lagi, pergi try cepat dan bagi pendapat gak. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 28, 2011

"RESTORAN MAKANAN SEGERA MENJADI PILIHAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang perasan tak? Bila tiba je musim cuti tak kiralah cuti sabtu ahad ke, cuti sekolah ke, cuti hari raya ke, Restoran Makanan Segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan so on mesti penuh. Rakyat kita dah terlalu mewah dengan makanan.


Dah la memang mewah dengan makanan, makanan yang habis makan dibuang macam tu je. Bagi dorang, makanan tu dah tercemar. Tapi, cuba bayangkan kehidupan orang islam di Somalia. Dorang kebuluran dan kalau dorang dapat sisa makanan tadi, pasti dorang sangat bersyukur. Tapi kita kat sini?


Saya pernah rasa tak ada duit nak beli makanan suatu ketika dulu. Saya pernah buat satu entry tentang saya mengutip sisa makanan selepas pasar malam di depan flat saya duduk di Dato Keramat semasa saya kecil dulu. Masa tu emak saya terpaksa masak moi atau bubur nasi je untuk isi perut kami. Masa tu saya hargai makanan sangat-sangat.


Sekarang pun kalau saya makan, saya akan habiskan. Orang yang berniaga makanan di Malaysia ni memanv untung. Saya pernah jumpa orang yang pakai MyPR (IC Merah) jadi tokey kedai makan. Pekerjanya adalah rakyat kita sendiri.


Hargailah makanan yang ada sebelum ia ditarik baim oleh Allah. Bila dah kebuluran, baru kita tahu harga sebenar secebis roti. Ambil iktibar dengan apa yang berlaku di negara yang rakyatnya mengalami kebuluran.


p/s : Saya sekarang berada Jaya Jusco Bukit Tinggi. Beratur untuk makan Nasi Ayam KFC.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 15, 2011

"BURGER CILI API?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah makan burger special dengan cili api tak? Burger ni macam burger biasa, cuma tambah cili api atau cabai melaka. Memang pedas tapi sedap.

Saya makan burger ni masa study kat Penang Free School dulu. Selalu lompat pagar untuk cari makanan kat luar. Makanan kat kantin asrama tak sedap.

Teringat kenangan makan burger dengan cili api dulu bila menjamah burger yang dibeli malam semalam. Masa tu mula-mula saya pun terkejut gak. Tapi bila makan sekali, rasa sedap plak. Pedas tapi kejap je.

Terasa teringin nak makan burger cili api ni. Nanti balik Penang, nak cari kedai burger yang jual burger ni dulu. Tak tahu ada lagi ke tak?

Ada sesiapa nak join?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 1, 2011

LAKSA...LAKSA...LAKSA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari Raya Pertama : Rumah Mak Teh = Laksa

Hari Raya Kedua : Rumah Mak Lang = Laksa

Hari Ketiga : Rumah Mak Ndak = Laksa

Muka saya pun dah macam laksa dah. Hahaha. Takpe, putih dan hensem. Hehehe.

Tapi laksa memang faveret saya. Hehehe. Siapa suka kat rumah dia ada laksa?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, August 21, 2011

ASYIK MAKAN...MAKAN...MAKAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejak balik kampung jumaat lepas, selepas buka puasa, saya kira nak makan je. Pelik betul. Padahal kat rumah sewa hari-hari saya buka puasa dengan kuih je. Pastu tak makan kecuali minum susu sebelum tidur.

Esok pagi kalau bangun sahur, minum susu lagi. Pastu, buka puasa nanti makan kuih lagi. Tapi kadang-kadang saya makan mee+keow teow goreng dengan ayam percik. Hehehe. Tapi kadang-kadang je.

Sekarang dah nak buka puasa. Adik saya pergi beli makanan kat pasar ramadhan. Emak saya dah siap masak lauk untuk sahur nanti. Korang nak tahu lauk apa? Lauknya ialah Rendang Ayam. Hehehe. Awal makan Rendang Ayam. Selalunya Pagi Hari Raya kami makan.

Alang-alang saya dah tulis entry ni, saya nak ucapkan selamat berbuka puasa kepada rakan-rakan blogger. Makan biar berpada-pada. Jangan jadi macam saya yang makan tak henti-henti. Hahaha.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, August 12, 2011

"AWAK NI KEDEKUT DENGAN DIRI SENDIRI LA" PART 2


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sambungan...

Selepas ditawarkan kerja sebagai Penolong Pengurus Wayang a.k.a Assistant Cinema Manager di Golden Screen Cinemas (GSC), pada waktu rehat, saya makan biskut Cream-O dan malam saya makan megi je. Sama gak. 2 hari sekali akan makan nasi dengan mata. Teruk kan saya ni?

Masa saya kerja di GSC Gurney Plaza sebelum dihantar kerja di GSC Dataran Pahlawan Melaka. Saya kerja di Melaka lebih kurang 9 bulan sebelum saya masuk kerja kerajaan sekarang. Masa kat Melaka, saya makan nasi sehari satu kali. Itu pun waktu malam. So, dari pagi sampai waktu nak makan tu saya tahan je perut saya. Saya selalu bajet masa tu sehari RM4 je untuk makan. So, saya beli nasi dan ayam goreng masa tu baru RM3.50. Ada satu kedai murah yang selalu saya pergi. Tapi kadang-kadang makan lebih RM4 gak. Hahaha.

Itu cerita dulu. Sekarang saya masih kedekut kat diri sendiri gak. Hehehe. Actually, sebelum gaji saya terima, saya dah ada buat format bajet bulanan saya. Berapa banyak bil dan ansuran nak kena bayar, duit minyak, simpanan emas dan belanja harian. Saya memang detail dan cuba sedaya upaya control perbelanjaan harian saya. Sebab suatu ketika dulu saya memang boros. Kantoi sudah. Hehehe.

So, saya rasa sekarang saya lebih kepada cuba menguruskan kewangan saya dengan baik. Kalau korang nak format dia, bagitau. Saya buat dalam bentuk Microsoft Excel je.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"AWAK NI KEDEKUT DENGAN DIRI SENDIRI LA"


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salah sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya selalu dengar ungkapan ni dari mulut kawan-kawan yang kenal saya. Saya pun rasa diri saya ni kedekut dengan diri sendiri. Hehehe. Saya takkan beli sesuatu benda kalau rasa benda tu tak penting sangat.

Masa saya kerja swasta dulu, saya duduk dengan kawan-kawan di kondominium Mutiara Height Jelutong Penang. Sebulan sewa kongsi dengan 7 orang. So, tak rasa la sangat. Masa tu saya buat 2 kerja. Pagi sampai petang saya kerja di Contact Center. Petang sampai tengah malam atau awal pagi, saya kerja di panggung wayang sebagai penjual tiket. Begitulah setiap hari.

Masa tu saya bajet setiap dua hari sekali saya akan makan nasi. Hari-hari lain saya makan megi saja. Saya ada satu stok megi 3 perisa berlainan. Hahaha. Kalau saya beli nasi, saya beli nasi lebih dan telur mata serta kuah campur kat kedai mamak. Saya sangat suka makan ayam, tapi masa tu saya tahan diri sebab rasa macam membazir je.

Hehehe. Bersambung... Nak buat kerja jap.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 11, 2011

DINNER SAYA MALAM NI ...

Salam sejahtera rakan-rakan blogge semua.

Malam ni korang dinner makan apa? Siapa yang duduk dengan parent, mesti dapat makan masakan ibu atau ayah kan? Haha.. Ye la. Takkan orang lain kot? Siapa yang duduk asrama, macam biasalah, kedai makan berdekatan atau kedai mamak yang berkaitan. Hehe.. Tak betul ke? Tak betul, buat betul-betul je la..

Saya plak, dinner malam ni adalah ...


Megi Ruski Perisa Tomyam... Suka makan tomyam tapi malas nak keluar rumah. So, masak megi je la kalau dah kempunan sangat.

Korang dengan makan ape tu?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, July 9, 2011

JOM PERGI PASAR MALAM...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jom pergi pasar malam. Saya nak beli makanan sikit sebab last saya makan hari ini pada pagi tadi dalam pukul 11 lebih. Itu pun cuma makan megi ruski tomyam je.

Actually saya memang lapar tapi malas nak masak nasi. Hahaha... Teruk kan saya ni? Pengumuman, sape yang nak jadi bini saya cuma perlu pandai masak sambal tumis je. Faveret saya tu. Muahahaha... Bocor rahsia.

Matlamat nak menerjah pasar malam hari adalah untuk beli keoe teow goreng+mee goreng dengan ayam goreng 2 ketul. Ni makanan sampai esok pagi. Sebelum tido, saya akan minum susu soya Herbalife. Esok pagi minum lagi.

Dah merepek dah ni. Saya nak terjah pasar malam sekarang. Ada sape nak join? Duit sendiri. Muahaha...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, April 24, 2011

MAKAN SAMPAI PECAH PERUT!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Makan sampai pecah perut korang.  Itulah tajuk entry saya kali ni.

Rakyat Malaysia hari ini memang sangat bertuah sebab sumber makanan banyak.  Korang boleh makan kat kedai mamak, restoran, KFC, McDonald dan macam-macam lagi.

Pelbagai jenis makanan terdapat kat Malaysia ni.  Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi sekarang ni.

Pernah tak kita terfikir macam mana keadaan orang-orang yang tak mampu nak beli makanan?  Sanggup berlapar dan mengikat perut untuk pastikan anak-anak dorang dapat makanan?

Cuba kita ingat balik masa zaman penjajahan Jepun dulu, masa tu penduduk Tanah Melayu terpaksa makan ubi kayu setiap hari.  Makanan memang tak cukup sampai ada yang mati kebuluran.

Tapi sekarang, saya pernah tengok makanan yang tak habis dimakan dibuang macam tu je.  Cuba bayangkan makanan tak cukup kat Malaysia ni.  Makanan yang dibuang tu berharga ke tak?

Korang ada pandangan lain?  Boleh kongsi kat ruangan komen kat bawah.

LINK BERKAITAN:

"KALAU KITA RASA SUSAH, ADA ORANG LAGI SUSAH DARIPADA KITA"


-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka