Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, June 13, 2012

"KALAU NAK, BUAT"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Manusia ini ada macam-macam ragam. Ada yang jenis komplen je kerjanya. Ada yang jenis mengikut saja. Ada yang jenis mengangguk tidak, menggelengkan pun tidak. Tapi, saya selalu jumpa orang sebegini.

"Wah... Bagusnya benda ini. Aku nak buat juga la"

6 bulan selepas itu, tak buat-buat pun. Orang sebegini suka cakap di mulut je tapi nak laksanakan memang tak ada maknanya. Orang sebegini memang dah disetkan mind untuk cakap tak buat.

Saya pernah jumpa orang yang beria-ia nak buat blog tapi selepas beberapa lama, tak nampak pun blog yang dia kata nak buat tu.

Nampak simple tak ada sesetengah orang rasa perkara "buat" sangat susah. Sebab mindset dorang memang dah set sebegitu. So, tukar mindset. Masa tak menunggu kita. Sebaliknya kita yang ditinggalkan masa.

p/s : Saya pun masih dalam proses untuk betulkan mindset saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments: