Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, June 22, 2012

MUKA TAK ADA PERASAAN...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya pernah berurusan di satu bank ini. Masa itu, saya ingin buka akaun semasa di bank tersebut tetapi pada masa itu cip Mykad saya rosak. So, memang tak boleh baca cip Mykad tersebut. Saya dilayan oleh seorang lelaki yang agak tua tapi yang menghairankan saya, dia mampu buat muka tak ada perasaan. Pada masa itu, saya cuba meneka juga sama ada dia sedang berdukacita atau menahan perut yang sakit atau lain-lain emosi yang wujud dalam diri kita ini.

Tapi, memang tak ada perasaan langsung. Muka serius yang tak berperasaan. Dah la bertugas di kaunter tapi muka tak ada perasaan. Saya tertanya juga, bank ini memang tak berikan latihan dalam khidmat pelanggan ke kepada kakitangan mereka?

Kakitangan ini minta saya bawa Sijil Lahir dan Lesen tapi terus saya beritahu yang sebelum ini saya datang, pihak bank tak maklumkan apa-apa pun. Pada masa itu, pihak bank dah tahu yang cip Mykad saya memang rosak. Kenapa pada masa itu dorang tak beritahu "Lain kali datang, sila bawa Sijil Lahir dan Lesen ye?".

Dengan muka tak ada perasaan, dia pun tenung dokumen dan Mykad saya. Nasib baik ada pegawai sebelah dia kata boleh proceed dan cuma perlu fotostat lesen saja. Dia dengan muka tak ada perasaan lawan cakap balik kata tak boleh tapi pegawai tu cakap boleh. So, dia pun akur dan dengan muka tak ada perasaan pergi fotostat Mykad dan lesen saya.

Kakitangan di kaunter sepatutnya perlu ada kebolehan dalam melayan mesra pelanggan. Kalau dia tak boleh melayan mesra pelanggan, letakkan dia di back office. Buat kerja yang tak perlu berjumpa pelanggan. Nasib baik saya bukan jenis cepat melenting. Hehehe.

p/s : Mungkin dia lapar kot sebab masa tu dah lunch time?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

10 comments:

  1. bad day maybe haha. tapi kalau saya memang saya buat muka balik bagi dia..sepa suruh~

    ReplyDelete
  2. Hebatlah orang tu buat muka takda perasaan. Mungkin dia ada masalah tu dan cuba disembunyikan. Walah, sampai takda perasaan tergambar di wajahnya.

    ReplyDelete
  3. Hmmm,takda 3S dalam diri *erk,dah berburuk sangka pulak sy..Ha ah,mybe dia tengah tahan lapar kot

    ReplyDelete
  4. assume la dy xlart or in da bad mood..hehe..tp dy should not layan pelnggan mcm tue.... tp mnusiakn.biasalah..xsmpurna.. =)

    ReplyDelete
  5. Biasa la tu..kkak sy pon pernah kena dgn org jaga kaunter bank jugak..sbb dia tgk kkak sy pkai bju kilang je..terus layan macam nak mrah2...bila tgk profile sume..keje part time kilang..rupa nyer plajar U amik kos *dirahsiakan..baru wat2 muka mcm nak hormat org lain~
    ~budi bahasa budaya kita~

    ReplyDelete
  6. erm..betoi tu NasZ..kdg2 kita nk berurusan kat front desk ni,jadik malas sebab ada sesetengah tu buat muka tak de perasaan..patutnye kena le senyum,ini tak..muka cam tak puas hati.kalau pompuan,kita buat andaian sendiri le 'mebi tengah datang bulan',kalau laki pulak 'x tau le nk komen'..memang pesen muka cam tu kot..

    ReplyDelete
  7. menyakitkan ati dan memerlukan kesabaran yg tinggi bila berurusan dgn org macam tu...

    ReplyDelete
  8. dia tengah serabut perut kut....tapi tak dinafikan ada jugak yg tak mesra alam.....
    baru2 nie pun remy kena jugak ...tapi kaunter insurans utk keta... akak tu muka kelat giler...
    dah siap print cover note, campak jer lepas tu terus masuk dlm opis.... kita tertunggu jer... tanya kaunter sebelah kena tunggu apa2 ker... dia ckp takde apa2 dah..... so sengal that lady !!!!
    at least say something...dah siap.....

    ReplyDelete
  9. Dia lapo la tu..
    Tu pasal muka ketat je..

    ReplyDelete