Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label khidmat pelanggan. Show all posts
Showing posts with label khidmat pelanggan. Show all posts

Friday, June 22, 2012

MUKA TAK ADA PERASAAN...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya pernah berurusan di satu bank ini. Masa itu, saya ingin buka akaun semasa di bank tersebut tetapi pada masa itu cip Mykad saya rosak. So, memang tak boleh baca cip Mykad tersebut. Saya dilayan oleh seorang lelaki yang agak tua tapi yang menghairankan saya, dia mampu buat muka tak ada perasaan. Pada masa itu, saya cuba meneka juga sama ada dia sedang berdukacita atau menahan perut yang sakit atau lain-lain emosi yang wujud dalam diri kita ini.

Tapi, memang tak ada perasaan langsung. Muka serius yang tak berperasaan. Dah la bertugas di kaunter tapi muka tak ada perasaan. Saya tertanya juga, bank ini memang tak berikan latihan dalam khidmat pelanggan ke kepada kakitangan mereka?

Kakitangan ini minta saya bawa Sijil Lahir dan Lesen tapi terus saya beritahu yang sebelum ini saya datang, pihak bank tak maklumkan apa-apa pun. Pada masa itu, pihak bank dah tahu yang cip Mykad saya memang rosak. Kenapa pada masa itu dorang tak beritahu "Lain kali datang, sila bawa Sijil Lahir dan Lesen ye?".

Dengan muka tak ada perasaan, dia pun tenung dokumen dan Mykad saya. Nasib baik ada pegawai sebelah dia kata boleh proceed dan cuma perlu fotostat lesen saja. Dia dengan muka tak ada perasaan lawan cakap balik kata tak boleh tapi pegawai tu cakap boleh. So, dia pun akur dan dengan muka tak ada perasaan pergi fotostat Mykad dan lesen saya.

Kakitangan di kaunter sepatutnya perlu ada kebolehan dalam melayan mesra pelanggan. Kalau dia tak boleh melayan mesra pelanggan, letakkan dia di back office. Buat kerja yang tak perlu berjumpa pelanggan. Nasib baik saya bukan jenis cepat melenting. Hehehe.

p/s : Mungkin dia lapar kot sebab masa tu dah lunch time?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, April 10, 2012

LAYAN MACAM NAK PUKUL ORANG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam saya ke pergi pejabat kerajaan negeri di Jawi, Pulau Pinang. Niat nak dapatkan borang untuk mohon sumbangan Tabung Gabenor dan Tabung Lim Guan Eng untuk adik lelaki yang dapat sambung ke UiTM Arau, Perlis. Sebelum ni saya dah pergi dan staf di sana beritahu borang belum keluar lagi dan dorang bagitau borang boleh print online kat website dorang.


So, saya dah search kat dalam website dorang tapi takde pun. Saya pergi sebab nak ambil dulu borang dan lepas tu baru saya nak lengkapkan serta hantar tu. Tapi layanan oleh seorang staf lelaki ni sangat mengecewakan. Saya tak dijemput duduk pun dan dia pun tak duduk tapi saya duduk terus je. Staf lelaki tu dengan lagak nak pukul orang dan cakap dengan saya pun langsung tak ada nilai khidmat pelanggan yang baik pun. Masa tu saya senyum je.


Dia tak tahu yang saya pun kakitangan kerajaan. Saya malu dengan cara dia layan pelanggan sebab dia, semua penjawat dilabel tak mesra pelanggan. Padahal gaji dah naik tapi perkhidmatan tak naik pun. Sebelum darah saya naik sebab layan teruk macam tu, terus saya minta dulu.


Saya dalam perancangan nak buat complaint kat website dorang ataupun mungkin surat khabar. Tengah fikir lagi. Korang rasa patut ke saya buat complaint?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka