Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, June 18, 2012

MOVIE REVIEW : PROMETHEUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya dan wife telah berjaya menonton movie Prometheus ini di TGV AEON Bukit Tinggi, Klang, Selangor.  Pada masa itu, memang banyak pilihan movie yang menarik tapi sebelum ini saya telah menonton trailer Movie Prometheus ini dan saya rasa movie ini agak menarik. So, saya decide untuk menonton movie ini.


Movie ini berkisar tentang dua orang pengkaji purba yang sedang mencari asal usul manusia. Dua pengkaji purba ini telah berjaya mengenalpasti planet yang mungkin adalah tempat asal usul manusia melalui ukiran dinding di dalam gua-gua di seluruh dunia yang sama tapi berbeza tahun.

Kemudian, penonton dibawa ke sebuah kapal angkasa yang sedang menuju ke planet dan galaksi yang telah dikenalpasti dalam ukiran dinding di dalam gua tersebut. Kapal angkasa ini dinamakan PROMETHEUS. Movie ini berkisar tentang 17 orang krew yang berada di Kapal angkasa PROMETHEUS yang mempunyai matlamat dan karekter yang berbeza.


Kesemua 17 krew di'hyper sleep'kan dalam satu bekas sementara seorang robot berupa manusia yang bernama David berjaga sehingga sampai ke planet yang dikatakan dapat menjawab mengapa manusia dicipta dan asal usul manusia. Selepas 2 tahun, mereka telah sampai ke planet tersebut.  Dan mendarat berdekatan satu bukit besar (Itu yang mereka fikir mula-mula).


Mereka memulakan ekpedisi dan menjelajah di dalam 'bukit besar' tersebut. Mereka berjaya menjumpai bukti kewujudan manusia di tempat itu melalui padanan DNA dari kepala yang mereka jumpai. Mereka telah terjumpa satu bilik yang ada kepala manusia seperti gambar kat atas sekali itu.

Tapi, sebenarnya sangkaan mereka bahawa mereka dapat mengetahui asal usul mereka memang jauh sekali. Di dalam 'bukit besar' itu berlaku pelbagai perkara yang buruk dan hampir membunuh semua krew Prometheus. Kebenaran yang mereka cari bukan ada di situ. 'Bukit besar' yang mereka sangkakan itu sebenarnya bukan 'Bukit Besar'. Apa yang sebenar dorang jumpa dalam 'Bukit Besar' itu? Korang kenalah pergi tonton sendiri.


Movie ini memiliki CGI yang begitu best. Cuma jalan ceritanya agak perlahan sampai saya menguap beberapa kali. Movie ini banyak membuatkan kita terfikir dan agak berat juga bagi tontonan kanak-kanak. Movie ini adalah PG13. Keseluruhannya, movie ini saya beri 2 BINTANG.

Korang yang dah menonton movie ini, apa pendapat korang?

p/s : Masa part last, ada sesuatu keluar dan saya rasa inilah permulaan kewujudan 'Alien' di bawah.


Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. menarik...cuma remy tak sempat lagi nak pi tgk...... hu hu hu

    ReplyDelete
  2. best ke cte fiksyen camni? jarang sgt2 tengok cite cmni sbb dr dulu minat action muvie je

    ReplyDelete
  3. tengok die punye iklan memang best.. suke muvie macam ni..tak smpat nak g wayang.. maybe download je kot.huhu

    ReplyDelete