Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label padang besar. Show all posts
Showing posts with label padang besar. Show all posts

Monday, June 11, 2012

DAH ALANG-ALANG SAMPAI ARAU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Pagi semalam saya, isteri saya dan emak saya ke Arau, Perlis untuk hantar barang adik saya. Adik saya sekarang ini dah masuk semester dua Sains Sukan di UiTM Arau, Perlis. Dah alang-alang sampai Arau, Perlis, saya plan nak dorang pergi Thailand terus. Buat Border Pass dan ronda-ronda area sempadan Thailand jadilah. Lagipun kami memang tak pernah berjalan ke luar negara.


Saya pun parking kat tempat parking kereta di sempadan Padang Besar dan Malaysia. Masa itu langsung tak ada kereta dan saya yang memang tak pernah buat Border Pass memang tak tahu apa-apa.


"Tunggu dalam kereta. Pergi tanya macam mana cara nak buat Border Pass jap"


Saya pun berjalan ke kaunter dan terserempak dengan 2 staf imegresen.


"Assalamualaikum encik. Tumpang tanya. Kat mana nak buat Border Pass ye?"


"Hai ini tutup adik. Kalau nak buat juga, kena pergi Bukit Kayu Hitam"


"Alamak. Ye ke? Jauhnya. Takpelah. Terima kasih encik"


"Sama-sama"


Hari minggu pejabat imegresen untuk buat Border Pass tutup pula. Memang saya tak ada masalah nak pergi Bukit Kayu Hitam tapi adik lelaki saya nanti kena hantar ke rumah sewa dia dekat area UiTM Arau tu.


So, shopping je la kat Padang Besar Perlis je la. Banyak gak kami borong. Hehehe. Saya ada beli barang untuk plan buat Giveaway Simple nanti. Insya Allah.


Korang yang dah habis mesti busy nak balik tempat belajar masing-masing kan? Hehehe.


p/s : Walaupun dah habis belajar tapi pelajaran hidup tetap sentiasa ada yang perlu dipelajari.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, November 13, 2011

GIVEAWAY SIMPLE : KEYCHAIN DARI PADANG BESAR

TAMAT


Assalamualaikum dana salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak buat Giveaway Simple di blog ni. Hadiah pun memang saya dah ada tapi kekangan masa dan juga kekangan kemalasan diri ni. Hehehehe.

Cara nak join:

1. Buat satu entry baru, copy Header saya kat atas tu dan paste di entry korang tu. Linkkan ke post ni.

2. Salin tajuk ni, "GIVEAWAY SIMPLE : KEYCHAIN DARI PADANG BESAR"

3. Tulislah apa saja yang korang nak tulis.

4. Publish dan letakkan url korang kat kotak komen kat bawah.

Itu je. Tak susah pun. Kan? Hehehe.

Saya akan pilih 12 pemenang bertuah menggunakan random.org.

Mesti korang nak tengok hadiah kan? Inilah hadiahnya:


Best tak hadiahnya? Hehehe. Biasa je.

Tarikh tutup Giveaway Simple ni adalah 13hb November 2011 jam 11.00 malam.

Senarai list blogger yang join akan dikeluarkan dalam entry pengumuman pemenang bertuah nanti.

p/s : Next week nak ke UiTM Perlis untuk hantar adik. Tapi, tak pasti lagi akan singgah Padang Besar lagi tak? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, September 17, 2011

SAMPAI GAK PADANG BESAR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah sampai Padang Besar Perlis. Tadi hampir terlepas nak masuk Padang Besar Thailand. Tapi kami mana ada bawa passport atau border pass.

Hehehe. Shopping jap.

Wassalam.

p/s : Nampak jersi sempoi dan murah.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka