Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, June 13, 2012

TAK SANGKA BOLEH PASS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Petang tadi saya drive ke kedai kereta untuk tukar bumper saya yang pecah sebab eksiden. Masa tengah drive tu, ternampak satu kereta kancil yang ada lambang sekolah memandu.


Teringat masa saya mula-mula ambil lesen kereta dulu. Saya masa dulu memang 'zero' tentang cara-cara nak drive kereta ni. So, saya ambil pakej untuk orang tak tahu langsung drive kereta.


Memang mula-mula drive kereta dulu, gementarnya tak ingat dunia. Slow motion je saya drive. Masa itu, orang yang train saya pada masa itu ada seorang lelaki india. Dia suruh saya drive di jalan kampung dulu sebelum dia bawa ke litar ujian memandu. Mula-mula je rasa susah. Lepas itu, sayalah yang agak laju. Hehehe.


Lepas itu saya dibawa ke tempat ujian memandu untuk train cara nak parking undur ke belakang, drive naik bukit dan break atas line putih atas bukit dan drive keluar ikut route yang dorang arahkan.


Setiap petang saya berlatih sampai hari 'Exam' dengan JPJ. Bahagian parking memang saya lepas tapi bahagian drive naik bukit dan behenti di line putih ada masalah sikit. Masa nak turun tu, enjin saya mati tapi nasib baik hand brake saya tak release lagi. So, JPJ tu dengan belas kasihan suruh saya start kereta dan jalan. Sipi-sipi je nak gagal bahagian bukit ini. Bahagian bukit ini, antara 10 orang yang test, 2,3 orang saja yang lepas. Yang lain kantoi bila enjin mati dan kereta menggelongsor ke belakang.


Lepas saya kena drive di jalan biasa dan nasib saya baik sekali lagi saya kena route A, route yang paling senang. Tengah best drive, JPJ suruh saya buat pusingan U dan drive laju sikit. Masa itu saya fikir saya gagal tapi lepas dapat result, Ahamdulillah saya lulus. Dan tamat sesi training dan 'exam' dengan sekolah memandu dan JPJ. Dapatlah saya lesen.


Selepas dapat lesen, saya dapat sambung belajar di UiTM Seri Iskandar dan hampir 4 tahun tak drive kereta. Lepas saya beli kereta pertama saya sekarang, mula-mula memang cuak nak drive tapi bila dah biasa, tak ada masalah dah. Hehehe.


Bila tengok kereta sekolah memandu, terus terkenang pengalaman ambil lesen memandu dulu. Hehehe.


Korang ada pengalaman menarik semasa ambil memandu dulu tak?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. Pengalaman memandu belom lagi.Pengalaman menunggang motor je.Owh agak lama 4tahun tu , tapi ingat lagi.Auto kah ? Manual ingat tak? Hehe

    ReplyDelete
  2. dlu sy gagal parking sbb silab bhnti awl. blh buat 3 pergerakan saja, tp jln raya lulus...

    ReplyDelete
  3. saya kena dengan ketua jpj. fail jalan raya

    ReplyDelete
  4. exam memandu lepas terus, exam lesen L tu yang kantoi sekali adoyai -__- ahahaha

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...mudah je amek lesen asalkan keazaman dan latihan yg fokus....awal2 memg takut..lama2 ok...

    ReplyDelete
  6. bnyak kenangan time memandu.. belajar memnadu.
    1- dalam litar, kereta yang nieya bawak tu ternaik atas divider.. memang memalukan..semua org test jpj sume pandang. nasib baik time tu belajar bukan test..haha
    2-time jpj, test bukit, dapat kereta swear sgt.. keta malang.. so kereta mengelongsor ke blkang.
    3-kat jalan raya test jpj, dkt bukit, lepas. smpai kan abg jpj tu ckp nie boleh pulak lepas, knpa kat dlm x leyh lps.
    4-x sangka dpt blaja keta dan lepas.. hehehee...
    5-setahun simpan lesen, dan kat ipoh baru stat bawak.. cuakk..
    :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah , remy dulu lepas semua.... senag jer rasanya...... abg jpj pun sporting habis..... siap suruh bwk 90km/j.... huh!!!! dah mcm pro remy rasa waktu test tu.....

    ReplyDelete
  8. hari ni test jpj. cuak aje rasa. lagi2 waktu nk turun bukit. doa2 kan lah ye?

    ReplyDelete