Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label dunia blog. Show all posts
Showing posts with label dunia blog. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

"GIVEAWAY BY MISS BELLA RAZALI"

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Berjalan-jalan ke blog Remy terjumpa satu giveaway dari Miss Bella Razali. Rasa terpanggil untuk join disebabkan ketandusan idea untuk update blog. Lagipun, dah terlalu lama saya tak join mana-mana Giveaway yang dianjurkan dalam dunia blog ini. Lagipun, hadiah-hadiahnya simple dan mengujakan. Hehehe.

Saya nak kena ceritakan dah berapa lama saya di dunia blog ini. Saya pun tak berapa ingat sangat. Rasanya bertahun jugalah. Saya mula berblogging dalam Bulan Mei 2009. Saya ini tak ada apa-apa kelebihan pun. Cuma tahu tulis blog je kelebihan saya. Menulis sesuatu bukan senang walaupun nampak senang.

Senang nak baca tapi nak tulis bukan sesuatu yang senang. Kalau idea tengah melimpah ruah keluar dari kepala, takpelah. Tapi, kalau kepala memang dah blank, memang tak dapat tulis apa-apa pun. Bahagian untuk edit blog ini pun saya tahu sikit-sikit je. Header blog saya ini pun dah lama tak tukar.

Tetapi, apa yang saya tulis datang spontan dari kepala saya sendiri. Mungkin saya ada edit sikit supaya nampak sopan dan tak menyakitkan hati yang membaca. Saya kena juga jaga hati para pembaca blog saya yang tak seberapa ini. Sekurang-kurangnya dorang sudi baca walaupun terpaksa. Hehehe.

Giveaway ini dijangka tamat pada 10 Mei 2013 tetapi tarikh tersebut akan bertukar mengikut sambutan. Ini yang dikatakan oleh penganjur. Di sini saya menyeru supaya korang di luar sana untuk ramai-ramai join giveaway ini. Untung-untung dapat hadiah. Hehehe.

Saya nak tag :

TeAqArH
MizzTina

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 18, 2012

"DIA TAKPELAH, DAH FAMOUS"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam dunia blog ini, sama macam dunia realiti, cuma yang bezakan kita bukan jumpa face to face (kecuali ada orang yang rajin buat gathering blogger tak kira kecil atau besar). Bila ada blogger yang famous, mesti akan ada orang tak puas hati dan busuk hati. Biasalah, di dunia realiti pun busuk hati dan tak puas hati sebegini ada, mestilah dalam dunia blog pun ada.

Kalau iri hati secara positif takpe juga. Iri hati kepada blogger famous ini dan disebabkan nak mengatasi si blogger famous ini, si peng'iri hati' ini berusaha secara berterusan sehingga berjaya. Sehingga berjaya mengatasi si blogger famous itu. Lepas itu, takkan si blogger famous ini nak tengok je. Mesti dia pun akan tingkatkan ke'famous'an dia supaya dia kekal di atas. Ini dinamakan persaingan sihat.

Tapi, bila orang yang jenis iri hati secara negatif ini suka menggunakan maki hamun, memburuk-burukkan orang lain, fitnah, tikam belakang dan macam-macam lagi aktiviti yang teruk dan buruk, busuklah dunia blog ini.

Orang di luar sana bukan tengok blogger seorang demi seorang, tapi kalau seorang buat busuk, semua blogger terpalit busuknya. Padahal seorang je yang busuk. Samalah, dalam satu jabatan, kalau seorang buat hal, maka terpalit kat semua kakitangan dan tercalar reputasi jabatan itu.

Oleh itu, jom kita berblogging dan bersaing secara sihat. Supaya dunia blog ini meriah seadanya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 8, 2011

"TAK USAHA, APA PUN TAK DAPAT!"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!

FREEDOM TO LOOK HOT!

HURRY! PURCHASE A SAMSUNG PRODUCT AND REDEEM YOUR FREE GIFT TODAY!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang nak jawab exam, korang tak usaha nak baca buku dan studi, korang rasa boleh jawab tak exam tu? Boleh tapi IQ kena la tersangat sangat sangat pandai sebab bila lecturer mengajar, secara automatiknya melekat dalam otak korang. Korang orang macam tu ke? Kalau tak, pergi studi. Hehe.

Sama gak dalam dunia blog ni. Kalau setakat goyang kaki tunggu orang masuk blog kita, ada la sikit masuk dan makin lama makin takde la. Saya tahu sebab saya pernah goyang kaki dulu. Anggapan saya ada orang nak masuk jengah blog tak popular saya. Hahaha. Cuma beberapa bulan lepas, saya terfikir kenapa takde orang nak datang blog saya? Pastu, saya usaha sikit dengan blogwalking dan komen kat blog kawan-kawan blogger lain, baru ada yang sudi datang jengah.

Lagi satu, kalau setakat join segmen, macam segmen Abang Ben, Ini Kisah Tia, Firdaus Life dan lain-lain blogger yang hostkan komen tapi lepas join tak amik apa-apa tindakan susulan, korang rasa banyak ke orang nak datang blog korang? Memang ada. Bila kita join segmen yang memerlukan kita terjah menerjah, kita terjah. Sebab bila kita terjah dan kita tinggalkan link kita, Insya Allah dorang akan terjah balik. Bagi saya, terjah guna segmen lagi senang sebab kita bleh guna ayat yang sama untuk terjah semua blogger yang join segmen tu. Tapi, kalau setakat tunggu orang terjah kita, kita tak terjah orang, buat apa join segmen? Buang masa je.

Di sini bukan saya nak kutuk atau merendahkan blogger lain, dan bukan juga nak meninggikan diri saya yang memang tinggi (saya memang tingg k?..hehe), saya cuma nak highlight apa yang saya tengok selama saya berblogging dan bersegmen ni. Saya cuma harap kita dapat sama-sama memeriahkan lagi dunia blog. Kalau semua orang duduk tunggu orang datang blog dia, sampai bila pun tak meriah kan? Hehe..

Kalau ada yang tak puas hati dengan entry ni, sila-silalah serang saya. Saya terima dengan hati yang terbuka. Bring it on!

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 15, 2011

DUNIA BLOGGING SEMAKIN BERKEMBANG...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Blogger baru makin bertambah.  Menambahkan seri dan kemeriahan dunia blogging.  Dulu dunia blogging ini meriah gak tapi tak la semeriah sekarang. Huhu...

Saya start blogging May 2009 tapi kejap aktif...kejap tak aktif...sekarang saya mula aktif semula berblogging.  Memang berbeza rasa kemeriahan dunia blogging kini...

Ini menunjukkan dunia blogging semakin berkembang.  Dunia Blogging ini tak mustahil akan pergi jauh lagi. Jauh ke mana? Saya tak tahu. Huhu...

Saya harap dalam berblogging ini dapat lah kita saling hormat menghormati.  Dunia blogging sama seperti Dunia Luar Blogging, cuma kita berkomunikasi menggunakan medium yang lebih kompleks (hehe...kompleks la sangat).

Anyway, happy blogging dan tak nak gaduh-gaduh tau? Huhu....

Jangan dilupakan untuk mengdrop komen bernas korang. Muahaha...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka