Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Semalam saya berjaya menonton movie KL Gangster untuk kesekian kalinya. Memang best dan penuh ke'drama'an movie tu. Ada part menyentuh jiwa dan ada part yang menyentuh fizikal. Dan ada mesej yang henda disampaikan di sebalik drama dan ganasnya movie ini.
TAPI... Kita ikut mesej yang lain. Part ganas-ganas tu yang kita ikut sangat. Saya ada rakan yang anak kecil dia tengok movie KL Gangster ni. Lepas habis tengok movie ni, anak kecil dia tu dah pandai bahasakan diri dia dengan emak ayah dia dengan 'lu' 'gua'. Bahasa yang tak elok pun dia ikut.
Mungkin betul movie ni dah diberikan rating untuk tontonan 18 tahun ke atas sebab atas unsur keganasan tapi DVD cetak rompak berlambak kat pasar malam. Mungkin salah emak dan ayah sebab biarkan anak dia tonton movie sebegini. Mungkin kalau tak ada movie macam ni, ada lagi movie lain yang akan pengaruh budak-budak. Semuanya mungkin.
Budak-budak sekarang ikut perkara yang dilarang. Lagi dilarang, lagi orang buat. Pengaruh paling kuat adalah movie. Sebab movie ni hiburan dan selalu dipromote. Movie semacam 'Syurga Cinta' memang jarang kita nampak.
Kita perasan tak industri filem kita ni ada musim. Musim movie seram, kebanyakkan movie seram release. Musim movie action, kebanyakkan movie action release. Dan musim-musim seangkatan dengannya. Korang sendiri boleh senaraikan.
Mungkin cara paling afdal, ibu dan bapa kena pantau movie apa yang ditonton oleh anak-anak dorang untuk elakkan anak dorang tersilap ikut dan menyesal kemudian hari. Korang ada cara lain ke? Kongsilah.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
budak2 skrg cpt terpengaruh...zmn2 CM kecik dulu layan maria mariana je..hehe
ReplyDeletebetul tu nasz....
ReplyDeletekita kena pantau dirumah.... mana yg tak sesuai utk anak2... tak payah ler beli... kekadang kita rasa beruntung jugak lahir zaman dahulu... kurang expose dgn benda2 camni kan ?
yesss sangat betul =)
ReplyDeletebw here...
ReplyDelete